Friday, February 11, 2011

Seafood di Pantai Remis

Sempena cuti Hari Wilayah haritu, aku ajaklah suamiku untuk pekena ikan bakar kat Pantai Remis Kuala Selangor. Bukannya ape dah lama gile tak pergi makan seafood ni. Last kami makan kat Umbai ujung tahun 2009... Lamakan??? Ikutkan hati nak ke Umbai Melaka tapi jarak nak ke Umbai tu lebih jauh daripada nak ke Kuala Selangor so pilih yang dekat jelah. Lagipun nak juga mencuba rasa mentarang. So petang tu dalam pukul 5 kamipun gerak le ke Pantai Remis tu... Berpandukan GPS akhirnye kami sampai juga ke sana tanpa sesat. kami sampai pukul 7 malam. Sempatlah pergi beli kupang dengan mentarang segar untuk bawa balik.

Kami pilih untuk makan kat Restoren Nur Cahaya Seafood sebab tak banyak pun kedai makan yang ada kat situ. Sementara order makanan apalagi 'berperasaanlah' di situ.. Ambik gambo le yang benonye..

Walaupun dah pukul 7 tapi masih terang benderang lagi. Matahari masih memancor tepat ke muka ku..hehehe.

Inilah kunjungan pertama Kasyah ke laut dan pantai.. Sbelum ni tak pernah bawa lagi. Tapi sebab silau diepun tak lah sibuk nak menengok ke laut tu.

Papa terpaksa cover muka Kasyah daripada terkena sinaran mentari senja..chewah.. Masa ni takde orang pun lagi kat kedai ni.. Yela masih terang benderang lagipun orang selangor bukannye cuti..

Muka budak lapar.. Mama terlupa anak mama belum makan lagi walaupun dah pukul 7. Dok sibuk nak bergambar dan tengok laut dibiornye anak aku lapar..tak patut betullah aku ni..hehehe

Alolololo...kesiannya muka.. Lagipun Kasyah ni baru bangun tido. Dalam kereta die tido jek bile sampai terus bangun..

Nak jugak enterprem... Walaupun tau diri ini tak sekurus dulu tapi nak jugak perasan cantik..huahuahua


Mood die sudah mari... Sudah mula nak melepaskan diri..

Inilah menu kami malam tu... Ikan siakap 3 rasa yang boleh je. Mentarang berlada yang tak pedas. Tom yam campur yang agak cair. Kailan ikan masin yang takde ikan masin , sotong goreng tepung yang sedap dan juga kerang bakar yang fresh... Kami ni suka pedas so kalau masakan tu tak pedas memang aku anggap boleh jela..Kalau pedas barulah mantop..

Sesi menyuap Kasyah makan. Masa ni die dah merengek lapar.. Aku terus buat nestum.. Nak bagi makan pulak terpaksa dukung camni kalau tak tak mau makan..Nasib ade tok mak kalau mama sorang jek nak bagi makan memang ntah cemana gayanye...

Lepas makan terus gerak balik sebab nak kejar tengok cerita Hani dengan Glee... Sampai rumah pukul 9.30 malam terus lepak.. Keseluruhannya makan kat Umbai lagi syok... Tak kire ade cuti lagi aku nak ajak suami aku pergi Umbai jugak...

2 Magic Words:

Fieza79 said...

smpai bila pun lepak2 tepi pntai jugak la yg best...melain kan nanti dah ada umah betul2 tepi pantai je kot dh jemu hehee...

kasyah dh nmpk besar dh..lama jgk xnmpk dia kat sini..

Zur@ZaRi said...

geram tgk kasyah!!!

sangat comel..

yups me pun pantai lover=))

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...