Tuesday, February 22, 2011

SUDIRMAN Dalam Kenangan

Hari ini 22 Februari 2011, genaplah 19 tahun pemergian Allahyarham Sudirman Hj Arshad. Seorang penghibur berbakat yang tiada tolok bandingnya. Perginya meninggalkan kesan yang cukup mendalam buat peminat-peminatnya dan juga seluruh rakyat Malaysia. Aku merupakan salah seorang peminatnya. Walaupun aku tak sempat untuk terus memujanya semasa hayatnya tapi aku tetap terus meminatinya sehingga kini. Aku sayang Sudirman dan aku rasa sedih bile aku menyedari hakikat yang aku tak akan mungkin dapat bertemunya.

Aku masih ingat tanggal 22 februari 1992, semasa aku baru berusia 8 tahun baru saja balik ke rumah dari sekolah, mak menyampaikan berita yang Sudirman dah meninggal dunia. Aku tak percaya. Aku cakap "Mak tipu!" tapi mak dan abah mengiakan. Mereka memang tau aku minat Sudirman sebab setiap kali ada persembahan Tv yang ada Sudirman mesti aku tercongok depan Tv. Apalah budak berusia 8 tahun faham sangat tentang muzik. Apa yang aku tahu, aku suka dengar lagu Sudirman sebab lagu-lagu dia semua sedap. Bila mak bersungguh-sungguh bagitau yang memang betul Sudirman dah tiada, aku terus lari sambil nangis2 sebab tak boleh terima hakikat yang artis kesayangan aku dah takde. Aku ingat lagi masa tu aku duduk kat tepi rumah nangis2. (alamak sebaknya. nak nangis la pulak). Bila malam tu tengok berita pasal Sudirman lagilah terasa sedihnya. Sampai ke hari ni aku tak leh lupa camna aku menangis sebab Sudirman dah takde.

Hari Ahad haritu, aku sempat tengok docu khas tentang Sudirman, sebak betul bila melihat betapa Sudirman seorang penghibur yang unggul tapi hanya mampu menghiburkan dalam jangka masa yang singkat. Aku terkilan kerana aku masih terlalu kecil untuk menonton persembahannya secara live dan bila aku dah mampu untuk berbuat begitu tapi dia tiada lagi di sini. Walaupun begitu, aku masih suka mendengar lagu-lagunya. Aku masih sebak setiap kali mendengar lagu Salam Terakhir. Aku masih ketawa mendengar lagu-lagu lucunya dan aku masih bersemangat setiap kali mendengat lagu patriotiknya. Itulah hebatnya Sudirman. Muziknya tidak pernah mati dan akan terus hidup di hati setiap peminatnya.


Marilah kita sedekahkan Al-Fatihah buatnya. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan tenang di SANA...

Sebagai mengubat kerinduan peminatnya. Mari kita layan video persembahan live Sudirman ini menyanyikan lagu Salam Terakhir. lagu ini akan terus jadi lagu kesukaan aku. (Sila pausekan lagu Aishah sebelum layan lagu ini ye)




Lagu ini juga merupakan lagu yang aku suka...Best sangat. Dengar banyak kalipun tak jemu..


daaaaaaa.......

p/s: Aku sayu sekarang...

2 Magic Words:

Mamamya said...

sya pun sgt meminati lagu2nya...tgh mendengar lagu2 allahyarham di HOT.fm... :D

rrmand6781 said...

kenapa RTM tahun ini agak sepi dalam menyiarkan rancangan, kisah2 atau mengenang jasa2 Allahyarham sedangkan Allahyarham adalah bintang kelahiran RTM..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...