Wednesday, March 30, 2011

Bila orang melayu dah kaya

Ini bukan nak mengutuk jauh sekali nak dengki dengan kejayaan orang lain tapi ini realiti. Pengalaman aku sendiri.

Aku berurusan dengan seorang makcik ni yang mempunyai sebuah butik pakaian di Bangi. Aku ke butik ni untuk beli barang obviously. Pekerja makcik ni sangat ramah melayan aku. Tapi makcik ni memang kerek. Dengan nada sedikit kurang ajar (pada pandangan aku as customer) die tanya pekerja die siapa aku. Aku nak senyum tapi malangnya makcik tu langsung tak pandang aku. Well takpelah. Jimat senyum aku.

Barang yang aku nak habis stok and makcik tu kata die boleh tolong hantar brg tu ke rumah sbb die lalu area rumah aku. Okaylah aku no problem. Makcik tu tanya aku peta rumah. Baru nak cerita, makcik tu dah potong macam die pandai. Dahlah cara die bercakap seolah2 die bercakap dengan kuli. Pandang pon tak. Asik mengeluh jek bile tak faham peta aku. Padahal peta aku sangat basic bagi die yang hari2 lalu jalan tu. Takpe sabar lagi. Aku ingatkan aku jek yang perasan makcik tu kerek rupanya suami aku pon rasa benda yang sama.

Apa yang buat aku rasa die adalah seorang orang agak kaya yang tak sedar diri adalah apabila die tak menggunakan perkataan2 sopan yang selalu aku gunakan. Aku rasa bukan aku jek guna tapi mungkin ramai lagi guna perkataan ni. Perkataan minta tolong macam 'boleh tak','tolong ambilkan', 'boleh tolong', 'maaf ye' dan sebagainyelah. Sebagai orang yang berakal dan menghormati orang lain, aku sentiasa guna perkataan2 tu. Tapi makcik tu tak. Die menyuruh bukan meminta. Contoh ayat die "awak datang amik sendiri kat butiklah. Susahlah saya nak cari rumah". Bukannya die tak boleh cakap "Maaf ye, boleh tak kalau awak datang amik barang tu kat butik? Saya takut tak jumpa rumahlah." Kan elok macam tu. Bukannya arah aku dtg. Lagi satu since aku refuse utk dtg amik sendiri brg tu sbb die dah janji nak hantar, die suruh aku turun amik brg kat die kat lobi tapi ayat die macam ni "Awak turun sekarang. Saya nak cepat ni." Hek eleh. Seeloknye die ckp "Saya dah sampai ni, boleh tak awak turun kat bawah?Saya nak cepat ni."

Erm..itulah orang melayu, baru nak kaya dah mula keluar sikap2 lupa diri tu. Aku tak rasa makcik ni dah jutawan tapi die memang agak senanglah. Pekerja diepun nampak macam takut2 dengan dia. Aku terfikir kalaulah makcik ni dah betul2 jadi jutawan dan dah dapat datin, agaknye die tak layan dah orang2 macam aku ni dtg kat butik die.. Hmm..manusia..manusia..

daaaaaa.....

5 Magic Words:

Honey said...

Kalau saya tak beli lah kat tempat cam tu ... Memang kena blacklist ...

ღnFashyaღ said...

die ade masalah rumah tangga tu. akikiki...

AnneRaini said...

honey:dek kerana kat kedai die jek dekat nak beli terpaksa gak..huhu

AnneRaini said...

fashya: ntah2 die kena sembelit..kahkahkah

b a m b a m ' s said...

bese ler tuh.. bila dah senang ckit mula lar lupa duniaaaa.. ekkekeke

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...