Monday, March 7, 2011

Emosi dan hiburkan hati

Minggu lepas benar2 mencabar emosi aku..Memang aku agak terganggu sampai aku demam. Tak sangka hal ini boleh aku jatuh sakit. Aku tak tahu rasa apa yang lebih. Marah atau kecewa?Yang pasti aku memang emosi. Nampak sangat ketidakadilan berlaku.. Tapi apa yang mampu aku lakukan? Nothing..

Sabar jelah. Moga-moga akan ada sinar untuk aku lain. Manalah tahu ada peluang yang lebih baik menanti aku..Dek kerana dah beberapa hari ni emosi memang terganggu dan most of the time memang aku gunakan untuk menghiburkan hati so harini pun aku masih cuba memujuk hati yang lara ni. Balik keje tadi hujan memang lebat..Jalan pun jem luar biasa. Kete tak bergerak. Aku yang naik motor ni pun susah betul nak lepas. Pelik gak sebab walau hujan camne pun jaranglah kete sangkut kecuali banjir tapi jalan nak balik dari ofis aku memang tak banjir. Rupa-rupanya ade pokok tumbang. Bukan satu tapi banyak. Bayangkan kat jalan Tun Razak berhampiran terowong dekat jalan nak gi bukit bintang tu ada 2 pokok tumbang. Lepas terowong ade lagi. Jalan atas terowong pun ada. Yang lagi syahdu kat tempat parking kereta sebelah bangunan RHB. Habis kereta kat situ kena hempap. Pokok kat Menara Technip pun tumbang jugak. Dah macam hari pokok tumbang sedunia dah..

Since hari hujan dengan lebat so kami taklah terus amik Kasyah kat Taska. Balik rumah dulu mandi2 tukar baju baru amik Kasyah. Disebabkan nak bayar kad kredit so terus decide nak makan kat luar. Lagipun perut memasing dah lapar. Kami makan kat Kenny Rogers Alamanda jek. Thanks to my husband sebab hiburkan hati aku belanja Kenny's.

Walaupun ade perkara yang dah menyentap emosi aku tapi ada juga yang dapat menghiburkan hati. Cek nuffnang dah sampai.. Yahoo.. walaupun tak banyak tapi nak suka gak sebab setahun aku tunggu baru dapat cash out.. Hehe orang lain dapat beribu aku dpaat RM60 pun dah banggo..Tak kisahlah at least dapat gak hiburkan hati ni..

Gambar semasa makan..Padahal dah ngap dulu baru teringat belum amik gambar..hihihi

Ni aku punye meal..amik mashed potato sbb nak bg Kasyah makan..Boleh tahan gak die makan. Muffin tu pun aku suap gak kat die.. Ayam pon aku bagi tp sikit jela kasi rasa..




okaylah..daaaaaaa

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...