Thursday, March 3, 2011

Gigi lagi...

Hari tu dah tunjuk gigi bawahkan so kali ni nak tunjuk gigi atas pulak.. Dah 3 minggu dah gigi atas si Kasyah ni tumbuh tapi baru la ni nak bagitau..huhuhu lembab betul mama ni.. Patutnye dah masukkan weekend haritu tapi biasalah mama Kasyah ni 'terlebih rajin' tu yang baru hari ni nak cerita..

Nampak tak gigi baru saya????Susah tau nak dapat gambar gini sebab biasalah si Kasyah ni kalau nampak kamera mulalah diam seribu bahasa...Daripada bising terus senyap..

Ni lagi satu..gambar masa kat KFC last weekend. Sempena kebercutian papa daripada kelas so dapatlah kami gi jalan-jalan Midvalley. lama tau tak pergi Midvalley.. tapi bukan jalan mana pun. Pergi Jusco dengan carefour 'penipu' jek.. Kenapa aku panggil carefour ni penipu? nantilah kalau rajin aku cerita..

Tu jek nak bagitau...Ade lagi gambar Kasyah aku nak upload tapi tungguuuuu...

daaaa......

0 Magic Words:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...