Wednesday, March 2, 2011

Nak cantik??? Ni ada petua melayu lama

Dah lama gak aku tak masukkan tips kat sini. So harini ada sedikit sisa kerajinan bolehlah aku taip tips cantik. Lagipun scholarship dah bukak so aku akan busy sampai bulan 6 nanti. Scholarship apa? Monbukagakusho MEXT Scholarship...Nak tahu lebih lanjut taip jek scholarship tu dlm google search. Malas nak cerita. Tips cantik hari ni memang petua orang dulu-dulu. Sesuai diamalkan oleh anak-anak dara dan juga mak-mak janda yang mahu diri cepat dipinang orang..eh??? Semua perempuan pon sesuai nak amalkan tapi lebih elok kalau diamalkan sejak dari anak dara lagi..

1. Bangkit Bersambut
Apabila mahu tidur malam, duduk berlunjur dan rebahkan badan ke tilam tanpa menongkatkan badan dengan tangan. Apabila mahu bangun dari tidur, lunjurkan kaki dan bangunlah tanpa menongkatkan badan dengan tangan.. Ala-ala sit up le konon...Cecah ibu jari kaki dengan kedua tangan..(Yang ni aku tak sampailah..perut kombung..hehehe)

2. Wajah Suci
Apabila bangun pagi elakkan mencuci muka dengan sebarang alat pencuci ataupun mengesat muka dengan sebarang pengesat. Biarkan air itu kering sendiri pada muka. Kalau lepas berwuduk pun biar air kering sendiri. Ini berfaedah mengekalkan kecantikan asli wanita dan menjadikan muka bercaya dan segar kerana pelembab asli muka tidak dibuang.

3. Menyegarkan payudara
Apabila mandi terutamanya waktu pagi, cucurkan air pancuran ataupun air paip ke atas kedua-dua belah payudara agar payudara sentiasa subur dan segar, tidak mudah jatuh.

4. Taman Semerbak Mewangi
Amalkan makan makanan yang segar seperti ulam-ulaman yang wangi baunya dan sayur-sayuran yang wangi sejak dari perawan. Nanti nafas dan badan akan berbau wangi.

5. Lubang jarum
Latih otot penahan kencing seolah-olah seperti menahan hendak buang air kecil, kemutkan berulang-ulang. Kemudian kemutkan pula otot dubur seolah-olah mahu menahan dari buang air besar, berulang-ulang juga. Jika boleh jadikan ia amalan setiap hari.

6. Suara Perindu
Elakkan dari banyak makan makanan pedas dan panas. Selalu minum air asam jawa. Berlatih bercakap dengan mengawal nada suara. Dikatakan bahawa suara perawan adalah bagai bunyi seruling yang merdu.

7. Mengurut pangkal bunting padi.
Biasakan mengurut di pangkal betis iaitu dengan cara menekan dan memicit kawasan antara urat keting dan buah betis. Lakukan selalu kerana ini baik untuk mempertingkatkan prestasi kepekaan rasa apabila berjima' setelah berkahwin nanti..

8. Payudara montok
Elakkan dari meniarap di atas lantai sama ada di waktu siang atau malam kerana meniarap di lantai akan mengendurkan payudara anda..

Itu sajalah tips cantik hari ini. Tips ni aku ambil dari akhbar berita harian. Lain kali kalau aku jumpa tips yang lebih menarik aku kongsikan di sini ye..

daaaa......

2 comments:

Zur@ZaRi said...

manyak nyer petua...
nak share2 gak... nak try la wat.. maner tau menjadi=))

Putri_Aizat said...

em...bangkit bersambut tu pe? ok tengs for the info...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...