Tuesday, March 29, 2011

Pengalaman pahit di Hospital Putrajaya

Hallu..hallu..hallu...Lamenyer aku tak menge'pos' apa2 kat blog aku ni. Bukan takde cerita tapi banyak beno halangannyer.. Ni pun curi-curi masa sambil key in data budak2 yang apply scholarship sambil tu meroyan kat sini..hehehe... Ade ke yang rindu aku? Sure takde kan sebab mak tak fofular uols.. Mak melukut di tepi gantang jek... (tetibe). Alkisahnye aku nak story pasal bad experience aku masa dapatkan rawatan untuk Kasyah di bahagian kecemasan dan trauma hospital Putrajaya. Ini pengalaman aku sendiri ye. Kalau korang nak puji melangit hospital putrajya tu best, lantak koranglah. Akupun bukan nak kondem sepital tu tapi nak tegur sikit perangai satu kakitangan kat situ.

kejadian ni berlaku 11 mac yang lepas. Hari jumaat. Aku pergi kerja macam biasa sebab semalamnya aku dah mc. Mc dek kerana aku terserempak penipu gemuk (yang ni malas nak cerita lebih2). Masa ni Kasyah demam dah 3 hari so suamiku cuti untuk bawa Kasyah pergi klinik kesihatan putrajaya kat precint 9 tu. Bile cek darah, doktor kata result darah tu ada yang tak kena. Darah Kasyah pekat daripada biasa and perlu direfer ke sepital. Suamiku call aku and aku yang dengar ni terus mintak half day dengan bos. Pecut terus ke sepital putrajaya tu. Sampai sana, turn Kasyah belum tiba lagi walaupun suamiku dah tunggu hampir 1 jam. Kamipun sempat makan pau nak hilangkan rasa lapar sebab dah tengahari. Bile Kasyah kena jumpa doktor, doktor kata mungkin doktor yang kat klinik tu tersilap tapi untuk lebih confirmation kasyah kena amik darah lagi. Hah, masa nilah semuanya bermula.

MA yang ditugaskan untuk amik darah Kasyah tu sangat tak professional dan tidak cekap. Nama MA tu Mohd Helmi. Orangnya gemuk pendek dan botak di tengah kepala. Sebelum ni memang tak pernah pun ada problem untuk amik darah Kasyah. Senang jek darah keluar dan die pun tak nangis beria sangat. But the problem was bile MA tu cucuk tangan Kasyah darah tak keluar sbb tak kena urat. So untuk cari urat tu die dok pusing-pusingkan jarum tu dalam tangan Kasyah. Tolonglah, sakit tau. Kasyah pulak dah menangis beria-ria sebab sakit. Aku yang pada mulanya tak tengok terus tengok sbb dok tunggu lama sangat masih tak settle lagi nak amik darah. Kasyah dah terjerit2 and MA tu masih lagi dok pusing2kan jarum cari mana urat. Suamiku yang dah mula hilang sabar terus tanya MA tu, "tak dapat lagi ke? Jumpa tak?" MA tu senyap jek. Bile dah lama suamiku kata "dah lama dah ni takkan tak jumpa lagi?" MA tu terus keluarkan jarum and aku nampak dengan muka bengang die terus blah tutup tirai sebelah katil. Aku boleh kata proses tu lama sebab nurse yang lalu kat situ pun boleh tanya kat die "tak dapat ke?nak tolong tak?" Kalau nurse pun boleh tanya macam tu nampak sgt dah lama sangat die cucuk tangan Kasyah tapi masih tak berjaya untuk amik darah.

MA tu mintak nurse tu tolong. Nurse tu cakap dengan aku dan suami soh keluar dulu. Akupun keluarlah cume suami jek berat hati nak keluar tapi nak keluar gak. Sebelum keluar tu suamiku pesan "jangan ambil lama2. Kalau tak dapat dah. Cuba lagi." Yang si MA bodoh tu terus cakap keluar! keluar! Makin lama makin kurang ajar cara die cakap keluar tu. Siap halau-halau lagi. Nasib baik aku ni penyabar gak orangnya. Tapi suami aku memang pantang kalau orang kurang ajar dengan die. Naik anginlah. MA tu dengan suara yang agak tinggi sebut keluar sambil tolak suami aku ke pintu. Apalagi mengamukla my husband. Die tanya "Yang awak nak kurang ajar dengan saya ni kenapa?" Aku yang dah nampak suami aku tu naik angin terus tarik die dan MA tu dengan kurang ajarnye hempas pintu bilik semi kritikal. Dek kerana MA tu hempas pintu makin hanginlah laki mak. Terus ditumbuknye pintu tu. Tapi pintu tak apa-apa tangan die yang sakit sampai ke hari ni. hehehe.

Kalau korang, korang marah tak dengan MA tu? Secara peribadinya aku memang marah tapi biasalah aku ni tak suke tunjuk kemarahan kat orang. Dahla tak cekap ambil darah anak aku lepas tu tak boleh terima teguran pulak. Kurang ajar lagi dengan pesakit. Memang wajar kalau kena tindakan disiplin tu. Ikutkan hati nak jek aku jumpa pengarah hospital putrajaya dan adukan hal ni sampai die kena buang kerja tapi tak patut pulakkan. So aku luahkan kat sini aja. Sesapa yang nak ke sepital putrajaya bahagian kecemasan berhati-hati dengan ketidakcekapan MA bernama Mohd Helmi tu. Sesapa yang kenal Mohd Helmi tu boleh tolong sampaikan salam kebencian aku pada dia.

Sampai ke hari ini memang aku benci dengan dia. Aku rasa die tak layak kerja MA tapi lebih layak kerja dengan lembu. hah, bencinya aku kat die... Well itulah pengalaman pahit aku di sepital putrajaya. Dek kerana wujud MA bodoh tak professional tu tercalar sikit imej sepital putrajaya di mata aku. Erm, okaylah malas nak cerita lagi...Memang sakit hati..

17 Magic Words:

Keluargaku Syurgaku said...

Pernah jugak dgr kwn complan bhgn Emergency Hospital Putrajaya ni lmbt...jgn ckp x cukup staff plk...
saya punya pengalaman plk bukan di bhgn emergency...tp bersalin kat wad coz dah x sempat gi delivery room....tghari 2 saya kena induce so DR 2 ckp dlm kul 6 ptg nanti adalah DR dtg cek lg...Pkl 3 ptg dah rasa sakit nie...wlpn saya dah ada pengalaman bersalin sblm nie tp x tahu lg time btl2 baby nak klr...coz sblm nie bukaan 4cm pun dah kena msk delivery room...dlm kul 9 lbh diorg dah tukar shiff dan misi dtg nak ltk alat apa 2 kat perut dan saya ckplah dah x thn nie dan rasa mcm nak bersalin dan air ketuban pun dah pecah....baru padan muka diorg kelam kabut...siap cari pad lg nak sumbat jgn klr dulu coz nak bawa gi delivery room...nasib baik hr 2 saya x bawa pad dlm bag sbb saya ingatkan mcm di Sibu kita kena pakai pad hospital dan kena ganti blk double....jadi kita bersalinlah kat situ...Hubby pun x sempat temankan mcm bersalin sblmnya...Hubby memang ingin complan ngan pengarah hospital...tp Dr 2 ckplah mlm 2 delivery room penuh dan ada kes plk baby lemas....tp x jadi plk complan,mls nak pjg2kan kes.....

bonda dadif aka akish said...

huarhhhh..bukan naek hangen aje...bleh tukar jd jin juge pasal kuang ajar sgt...

dah la budak kecik tuh...dia igt org ebso ke nk godek2 jarum cam tuhhh

haiyokkkkk...

mrs adam said...

saya pun ada pengalaman pahit kat hospital putrajaya,masa tu sakit nak bersalin,nurse kat kaunter pendaftaran dewan bersalin tu kate "katil penuh,pergi hospital klang atau kajang",padahal dah booking.ewah2 sedap je diorang halau,husband suh check berapa cm dulu,takut terbesalin dalam kete pulak,diorang check tapi marah saya sbb tak bw buku merah.pas tu laluan lum bukak,so keluar la nak g hospital lain,tapi saya nangis kat husband ,so husband terus marah nurse kat kaunter tu.Lepas bersalin saya emailkan report pasal kejadian kat pengarah hospital putrajaya(sbb tak puas hati kan dengan nurse sengal tu),siap bg no phone husband lg,sehari lps email ketua jururawat wad bersalin telefon husband mintak maaf dan dan siasat kes tu.haha.puas hati lepas email kat pengarah hospital!

NaNaSaHiR DaTaNg KoMeN.. said...

perh..leh lak dia layan mcm tu erk..tu ank cover la tu...kononnye da takut la tu tak jumpa urat...erm..sian kasyah...buat je aduan kak...

AnneRaini said...

keluargaku syurgaku:wah tak sgka betul ade gak org yg ade bad experience kat sana.mmg sakit hati betul..tapi tu la kite ni kdg2 mls nk pnjg2kn kes kan..malas nak gaduh

AnneRaini said...

bonda dadif: memang nak bertukar jadi hulk hogan dah rasanya..kite yg besar ni pon rasa sakit kalo jarum tu diputar2kan inikan pulak budak kecik. mau tak meraung...

AnneRaini said...

mrs adam: adui..dahla sakit nak bersalin boleh pulak suruh pergi sepital lain...mmg patut kena komplain..sy ni bukan tak nak komplen tp tak kuasa...takut tak dilayan..

AnneRaini said...

nanasahir: dah buat dah aduan kat biro aduan awam tapi ntah cemana aduan tu jadi error pulak..geram betul.bile nak buat balik terus tak boleh...last2 biar jek...

ibu_Arifa said...

kesiannyer kasyah. mmh kurang ajar sangat2 mamat tu. geram ni baca citer akak ni.

(Sabar..sabar...)

AnneRaini said...

ibu arifa: mmg kurang ajr sgt..dahla tolak kite pastu siap hempas pintu lg..mau tak sentap...

♥ EeiNz ♥ said...

klu saye, saye pun hangin. penah ada pengalaman gi hosp sana jugak. dkt nak 1 hari dok sana. lambat gile service !

norshazwani nasaruddin said...

Salam, saya Wani, student nurse bachelor bakal grad dari UKM. sedang google Hospital Putrajaya terjumpa entry blog ini. =)
sebagai client, puan ada hak untuk complaint pekara mcm ni. tak pun next time, boleh je request staff nurse yg ambil darah. sbb sy ada blaja law and ethic, so patient/client have right to refuse treatment/health care provider. dan secara etika nya kita kena terima kalau patient taknak kita beri jagarawatan.
so, boleh je kita ckp nak nurse yg buat, taknak MA or student nurse ke, or takank nurse A nak nurse B sbb nurse A garang. boleh berbuat demikian. nurse A yg garang tu tak boleh marah/ugut/tidak puas hati. otherwise dia yg langgar etika. lgipun MA takda la blaja sgt bab2 therapeutic communication or law and ethic, tu yg takda etika tu.
hehe, sy suka baca blog akak, thanks for sharing the experience.. will improve myself as a nurse as well. baby kak comel!!!!! hehe.
dan suka lagu kat blog nih!
=)

norshazwani nasaruddin said...

lagi satu, kat malaysia ni, orng malaysia ni sgt baik, "takpa la, taknak panjang2 cerita", "biarla, biar Tuhan balas", "tak sampai hati nak comment/complaint", sebab tu nurse/ health care professional mcm MA ke, lagi bertambah2 naik tanduk..
kalau kat UK, tmpt sy pernah posting 2 bulan, mat salleh memang terus saman je. sy tak berani nak kerja kat oversea, terpotong rambot sikit pon boleh kena sue. tapi kat malaysia ni, rakyat malaysia tak exposed lagi malpractice/negligence (kecuaian). so tak tahu yg sebenarnya kita boleh saman nurse/dr tu, or kita boleh complaint. =)

mrS May said...

pernah berlaku gak..yg amik drh anak saye tue nurse perempuan..!dah taw yg nak diamik darah tue budak kecik berumur 3thn,,pegang lah kuat sikit. ni idak pegang mcm jijik jerw..pastu bile cucuk jarum kompom2 budak sebesar tu tersentap bile dicucuk jarum..dgn kuang ajernyer nurse tue sound anak saye..diam lah dik!!dgn nada sore agak tinggi..rse nk lempang jerw nurse tue..bodoh ke hape? budak kecik cmtu ko herdik suh diam..meh aku cucuk jarum kt tgn ko tue secara tetibe..xtersentak ke ko?geram mrh kt nurse..huh!klu ikut byk sgt xpuas ati dgn sepital putrajaya..duk bilik 1st class tp sumenyer zero..bilik air kotor..!mntk air panas pon kena marah!pdhal i bayar lerw..hampeh!

Mann said...

Assalamualaikum...

Bukan nak membantah apa yang kakak-kakak semua adukan kat sini. Mungkin ada kurangnya / kelemahan staff itu sendiri. Tapi kita sebagai ibu bapa, kenalah bantu....macam contoh kes mrS May tu...dia kata anak kecik meronta, sepatutnya, tolongla ..bantulah doktor atau MA pegang anak tu, takkan MA nak kepit anak celah kangkang sebab nak masukkan jarum? Bantu mana yang boleh...Kalau kesiankan anak tu.

Lagi satu,...PENJAWAT AWAM DI PUTRAJAYA ni telarrrrlalu educated (katakan)..Semua nak komplen, semua nak pakai jawatan kat pejabat tu..Nak cepat. Nak komplen cepat sangat..Eh! sama-sama makan gaji kija kerajaan laaa....please la....dia orang kerjaan...korang pun orang kerajaan.... Bukan kata nak suruh tolerate ker aper...sikap kita sendiri..mudah sangat nak melihat kelemahan orang..Cuba orang komen kelemahan kita dipejabat kita. Kita sempurna ker? Tak la... renung-renungkan. Janagan mara ek...kalau tak puas hati dengan pandangan saya: my emel: mann_rahul@yahoo.com .:-p

Mann said...

Assalamualaikum...

Bab -bab kelemahan orang ni, memang la, kadang kala kita lebih cenderung tengok kelemahan orang. Memang ada kurangnya staf , MA kat sana.

Nak share sikit situasi penjawat awam di Putrajaya... Dimana-mana pejabat di Putrajaya lah, terutamanya, contoh terbaik, Hospital. Banyak sangat komplen yg pihak hospitila terima. Nak tahu kenapa? Penjawat awam @ pelanggan kat sana nun...cerdik-cerdik belaka, semuanya educated la katakan. Duduk di kawan elit..Ehemmm... pastu suka guna jawatan / pangkat kat pejabat ..dibawak ke hospital untuk dapat cepat.

Itu lah situasi di hospital. Sama jugak di Sekolah2 di putrajaya. MAK BAPAK dah terlalu pandai...suka sangat komplen pihak sekolah...naik pening cikgu2 dan pihak pengurusan sekolah dok layan kerenah mak bapak. Nak rotan tak boleh, cubnit lagi la...SAAAAAMMAAAAANNNNN. Biar bodo jadi anak diorang kalau dah tak boleh nak tegur. Pastu komplen cikgu tak nak ajar betul2. Silap2 pasni, akalau anak fail exam, nak saman pihak sekolah plak.hahahahah. Parent educated katakan.

Berbalik pada cerita hospital putrajaya ni, staff kat sana sebenarnya dah letih dengan perangai pesakit yang datang di HPJ tu. Kes tak emergency pun datang ker jabatan Emergency. Anak demam 3 jam dah datang kat kecemasan, bukannya nak bagi makan ubat, dok diam2 kat umah tak. Terus datang...yang best tu...kul 3-4 pagi datang tu. Kesian kan anak2 diorang. Anak yang patut rehat dibawa kuar pagi-pagi buta. Highly educated la katakan. (bukan kes ni ok- kes orang lain).

Jadi kesimpulannya, kurangkan komplen, tingkatkan prihatin. Anak kita...kalau bukan kita, siapa lagi nak menjaganya. Assalamualaikum. :-p

azwan said...

Salam,

Bila type keyword "Hospital Putrajaya", antara yang teratas keluar search result ialah blog ni. Saya pasti ramai warga hospital yang dah baca blog ni.

Dorang bukan ape...malas nak layan blog2 gini sebab korang2 semua kan dah terlebih pandai dari doktor. Senang je citernye gini....

Parents/waris actually tak dibenarkan berada disisi pesakit sewaktu prosedur dijalankan. Ini arahan Pengarah...tak caye boleh tanye pengarah sendiri. Sebab utamanye mengganggu tugasan paramedik. Kalau tak bagi kerjasama.. doktor akan expalin. Tak boleh terima gak...kita akan document. Ape2 jadi bukan salah kite. Budak2 nangis tu biasalaa..saya pun ada 3 org anak. Yg terpaling penting dalam keadaan camni, ialah penentuan status kesihatan pesakit pada akhirnya. Means in the end tau keadaan sebenar penyakit. Melalak melolong menjerit memekik tu biasala. Bagila kerjasama.

Jgn samakan prosedur, gerak kerja kat hospital ni mcm kerja office PTD korang tu. Kitorang ni deal dgn nyawa. Penyakit lain2. Harap bersabar sikit. Kerenah mcm2. Ape2 kerenah pun kitorang serap dan sabar. Org komplen tiap2 hari.

Tapi biasala...semua org dah terlebih pandai..never ending story.

Wassalam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...