Wednesday, March 2, 2011

Pengotor hak tuih!


Nampak tak gambar apa kat atas tu??? Hah tak nampak?? Cube korang klik gambar tu pastu zoom sikit..mesti nampak punye.. Ini gambar original dari my camera okay. Gambar ni baru jek berusia 2 jam.. Memang freshhh baik punye..

Ini kejadian pagi tadi. Aku memang bengang betulla. Dahla tengah lapar gilak. Tapi tak dapat makan..ish geramnye. Pagi ni aku terpaksa pergi ke Hospital Ampang Puteri antar stool sebab diorang mintak. Lupa nak cerita yang semalam aku pergi medical check up kat sana tapi tak dapat nak bagi stool so malam tadi akupun makan ubat supaya pagi ni boleh lah "baking stool" untuk hantar kat sana. Bile dah membuang tu of cos la perut lapar kan. So lepas hantar stool kat sana aku ajak suami aku singgah beli mihun jap. Perut lapar beb terpaksalah aku brekfes berat sikit.

Sampai opis aku terus bukak mihun. Fikir nak baham jek ni. Bile makan sesuap terasa bihun ni macam nak basi jek.. Aku bau-bau lagi memang macam nak basi... Tapi sedapkan hati aku katalah perasan aku je kot. Pastu aku kuis-kuis mihun tu ntah cemana nampak baik punya lipas dok mati terbongkang dalam mihun tu.. Hampeh.. Bladihel. Terus terputus selera aku nak makan. Macam ni punya orang meniaga pun ada. Dahla mihun tu dah lama (serius bau basi) pastu ada lipas pulak. Aku terus bungkus balik dan buang. SO sekarang ni aku memang menahan lapar yang amat... Tengahari ni tak tau nak makan apa. Tension aku..

So kepada sesiapa yang opis die dekat dengan lrt Ampang Park, aku nasihatkan janganlah beli sarapan dekat makcik dengan pakcik rambut kembang tu.. Dahla tak sedap, pengotor pulak tu.. Dulu aku memang pernah gak beli kat amkcik pakcik ni dan memang dah tau yang makanan die tak sedap langsung tpi tadi terpaksa beli sebab makcik yang biasa tu dah bungkus sebab dah habis makanan die... So no choice aku beli jugak kat makcik pakcik ni.. Aku bukan nak tutup periuk nasi orang tapi aku taknak orang ramai teraniaya. Ini bukan kejadian pertama dan aku bukan orang pertama yang kena..

Peringatan untuk yang nak meniaga makanan ni, jagalah kebersihan dan kualiti makanan. Jangan pulak marah orang kalau orang tak nak beli kat ko ye..

daaaaaaa.....

6 comments:

Mama Balqis said...

me pernah terkena kat restoran yg agak femes kat trg ini...siap ulat2 gedik2 keluar dari ikan lagi...eeeeekkkkkkk

Fieza79 said...

eee...hilang terus selera nk makann...!

AnneRaini said...

mama balqis: alamak kalau ulat hidup lagi mau termuntah kat situ jugak...weeekkk

AnneRaini said...

k.fieza: memang hilang selera....rasa nak makan komputer lak sebab lapar tak makan lagi...huhuhu

Putri_Aizat said...

eee....nak muntah siot...adoai...em...terdesak camne pun sila jangan beli kat mak cik rambut kembang itew ye...

LinRosly said...

Assalaualaikum...

Bagus Petua Ni...Tapii...Kadang2 Terlupa Nak Buat....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...