Thursday, March 3, 2011

Uishh Sedapnyer...

Burppp..Alhamdulillah kenyang..Hari ni ade orang belanjer mestilah kenyangkan.. Bos aku ade hutang dengan aku dan kawan aku so hari ni barulah bos bayar hutang tu..Bukanlah hutang duit tapi bos dah janji nak belanja kami lepas Education fair bulan 12 tahun lepas. Disebabkan busy baru la ni dapat pergi makan sesama. Mula-mula nak pergi makan kat restoran Rakuzen kat G Tower tapi penuhla pulak.. terpaksa kami pusing balik dan makan kat Kirishima sajek. Kirishima ni memang restoran Jepun paling dekat dgn ofis. Dah jadi macam restoren rasmi officer2 kat sini. Kitorang yang local pun kalau terasa nak makan Japanese food kat sini jugaklah tempatnye..

Harini kami ketuk bos amik set yang mahal. Satu set RM58. Ade lagi yang paling mahal tapi sashimi semata2 so tak naklah. Set ni dipanggil Kirishima Gozen set. Dalam set ni ada sushi (ikan mentah), sashimi (hirisan ikan mentah semata2 makan dgn wasabi dan soya sos), daging grill yang maveles, tempura yang rangup, sup, salad, chawan mushi, pickles, sayur, soba dan juga tembikai..

Aku tahu masih ramai yang ragu2 nak makan ikan mentah ni tapi belum cuba belum tahu. Rasa ikan ni memang tak hanyir ye tapi lembut dan juicy. Sedap weh makan dengan wasabi. Menusuk ke hidungku. Dulu akupun geli gak nak makan ikan mentah ni tapi bile dah cuba rupanya not badlah. Sedap jek aku rasa...Korang kalau tak pernah makan bolehlah cuba..

Selain amik set tu kami order gak unagi roll ni. Tamak haloba betul. Unagi ni dalam bahasa melayu belut ye kawan2... Ade ke yang tak makan belut? Ruginye sebab belut ni sedap sangat.. Dicampur dengan sos grilled yang pekat dan sedap memang yummy lah...oishii bak kata orang Jepun. Unagi ni memang salah satu feveret aku kalau makan makanan Jepun tapi harga unagi ni agak mahal so kalau orang belanjer baru aku amik..huhuhu. Jahat!

Oh ya, bukan ni jek yang kami makan. Lepas habis set ni kami request nak makan desert pulak sbb set lunch bos smpi lambat. Since kami dah habis makan so nak tunggu bos pulak kami orderlah desert. Aku order Fondant Chocola..Kek coklat dengan coklat syrup didalamnya di makan bersama aiskrim vanilla. ala-ala brownies dengan aiskrim la jugak..sedap weh...nikmat betul makan.. Kawan aku lak amik macha aiskrim. Aiskrim berperisa green tea. Aku tak suka sebab ada rasa pahit..hehehe.. Gambar terlupa nak amik sebab terus ngap bile die sampai..nampak sangat gelojoh...

Anyway, thanks bos sebab sudi belanja. Walaupun bos selalu menyusahkan dan menyakitkan hati aku tapi bos pandai balancekan dengan belanja aku huhuhu.. Lepas ni akan ada lagi edisi makan2 dengan bos sbb next week ada education fair kat KLCC pulak...

daaaa.....

1 comment:

nusha said...

sdpny akak.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...