Tuesday, April 12, 2011

Jala Ikan

Aku tengah pulun nak habiskan entry tertunggak ni. Kali ni nak cerita pasal menjala ikan pulak . Eh, aku dah tukar profession jadi nelayan ke??? Haah tapi bukan jadi nelayan. aku jadi mandor jek. hehehe. Lepas balik dari tengok dinosaur aku, petang tu aku terus siap2 gerak balik kampung pulak. Suamiku tak ikut sebab die ada kelas. Aku balik sebab nak hantar anak-anak sedara aku sebab cuti sekolah nak habis. So kesempatan dapat balik kampung ni aku gunakan sepenuhnya. Yelah sekarang ni bukan senang nak balik. Hari sabtu tu sempat jugaklah aku keluar ke bandar dengan my family kecuali mak sebab mak pergi kenduri. Dapat jugak beli kuali yang menjadi idaman hati. Suka. Balik dari bandar tu, aku, abah dengan angah pergi sungai pulak untuk cari ikan. Yeah..dah lama giler tak buat aktiviti kampung macam ni. Kebetulan pulak badan aku dah mula rasa tak sedap. Macam orang nak pitam.. Pening jek rasa. Tapi biasalah i, degil . Nak ikut jugak. Peluang sekali sekala ni kena rebut..


Aku tak turun sungai. Abah aku sorang jek turun. Even abang akupun tak berani nak masuk dalam sungai ni..hahaha. Kami jadi mandor jek dok kat tepi. Petang2 ni macam ni cuma datang pasang jaring jek, Esok lepas subuh baru kutip hasilnya..


Nak menyampaikan ke sungai ni kena rempuh semak samun ni dulu. Aduhai aku ni dahla pening2 lalat tapi kugagahkan diri jugak jalan dlm semak ni.. nampak cam semak biasa jek tapi sebenarnye tinggi ni. Belum lagi masuk ke hujung sungai lagi.. Lagi mencabar..


Hasilnye memang muai...banyak betul ikan. Tapi semuanya ikan banyak tulang. Goreng garing2 sedaplah. tapi aku bakor jek. Sedap jugak. Dapatlah bawa balik KL ikan ni sikit.



Entah bilalah lagi dapat peluang nak cari ikan macam ni. Entah Kasyah nanti nak tak buat aktiviti kampung macam ni???


daaaaa

3 comments:

ieda said...

wow sedapnya , leh masak ikan fresh2 nie .. manisss :)

AnneRaini said...

memang fresh...syok tangkap ikan sendiri ni...hehehe

farinas's family said...

anne, ni kawasan mana ni... aku cam pernah tgk lak... ko bagitahu aku lokasinya eh..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...