Monday, April 25, 2011

Kamus Elektronik BESTA

Hallu..hallu..harini aku nak tunaikan janji. Semalam aku dah cakap nak share pasal kamus BESTA ni kan?? Angguk kepala sekarang...Okay terima kasih sebab angguk (gile ke apa orang nak ikut cakap aku angguk depan komputer..hahaha) Macam yang aku bagitau sebelum ni aku memang looking forward pada kamus Besta ni bile aku pergi ke KLIBF. Sampai-sampai je, memang booth Besta ni antara booth yang aku nampak dulu. So bile ade salesgirl Besta ni approach, aku terus duduk jela.

Aku beli model paling latest iaitu MD856. Kamus ni hanya dilancarkan sempena pesta buku ni dan ada tawaran hebat ditawarkan buat pembeli. Sape yang beli kamus Besta MD856 ni akan dapat 5 barang percuma iaitu kamus elektronik MD221, kad memori versi Arab, kad memori pelajar (UPSR, PMR, SPM), beg BESTA dan juga hadiah misteri. Memang berbaloi.

Ha inilah rupanya kamus elektronik MD856. Kamus ni memang bagus sebab di dalamnya disertakan dengan 18 kamus termasuklah kamus Melayu-English, English-China, Melayu-Arab dan banyak lagilah. Selain kamus, dalam Besta ni jugak ada info seperti history dari zaman parameswara, geografi tentang kedudukan negeri, info mengenai ilmuwan Islam macam Ibnu Sina tu dan banyak lagi info lain. Apa yang aku suka pasal kamus ni jugak sebab dia ada multi dialog. Maknanya ada dialog2 yang banyak dalam pelbagai bahasa seperti Jepun, Korea, China, Thailand, Perancis, Sepanyol, Arab dan Indonesia selain Melayu dan English. Best wo boleh belajar cakap Perancis dan Sepanyol tu..Memang syiokk.

Inilah die kamus MD856 dan adiknye yang free tu MD221. Kelebihan MD856 ni sbb die colour screen dan juga touch screen (pen touch screen turut disediakan). MD221 ni black n white. Selain bertindak sebagai kamus, dlm MD 856 dan juga MD221 ni ada juga kalkulator biasa dan saintifik. Selain tu ade juga jadual kimia tu dan juga term2 fizik. Bagus untuk student. Game pun ada selain MP3. Bestla kamus Besta ni. Oh ya pasal belajar bahasa lain tu, jgn risau kalau tak tahu baca tulisan jepun ke korea tu ke sebab ada juga die ajar cara menulis setiap huruf dan cara menyebutnye. Ye kamus ni boleh bercakap ye, kawan-kawan. Kalau tak sure tentang sesuatu sebutan English tu tekan je talk, die akan sebut pronunciation yang betul. Hah, setakat ni best tak kamus ni????

Meh aku citer apa yang ada dalam kad memori arab tu pulak. Dalam kad memori ni telah dimasukkan dengan cara belajar bahasa arab. Ada alif sampai ya dan cara menulisnya. Selain tu ada juga perkataan arab mengikut kategori macam anggota badan (jumjumatun-tengkorak..hahaha ingat lagi belajar arab kat sekolah agama.)warna, buah dan banyak lagilah. Selain belajar arab, dalam kad ni juga ada cara2 untuk solat dan juga penerangan tentang solat2 sunat. Bagusnyerrr...(akupun kagum ye). Tidak dilupakan doa-doa harian macam doa makan, doa belajar, doa untuk ibu-bapa dan banyak lagi doa lain dan lagi best doa2 ni juga ada dlm bentukk audio. Ye korang boleh dengar doa2 ni. Ada juga sejarah tentang hijrah nabi dan juga senarai nama nabi 25. Ade juga Asma ul-Husna. Ish tak terkatalah betapa bagusnya kamus ni.

Inilah hadiah yang aku dapat bila beli kamus ni. Dah cerita panjang lebar mesti korang nak tahukan berapa harga kamus ni. Harga kamus ni adalah RM1298. Nampak macam mahalkan tapi dengan info dan kebaikan yang korang dapat harga ni memang berbaloi. Alah beli kamera DSLR beribu, henpon canggih takkanlah beli kamus elektronik ni tak boleh..hihihi aku ni dah macam penjual kamus Besta pulak. Padahal bukan dapat komisen pun..hahaha

Actually kan review yang aku buat ni sikit jek sebab fungsi kamus ni ada banyak lagi. Tak tertaip aku. Nak cerita semua memang tak dapekla ye. Apa yang dapat aku simpulkan adalah kamus ni sangat berguna dan akan aku ajar Kasyah cara nak guna kamus ni. Kalau info dlm ni macam dah outdated, jgn risau download je dari laman web Besta. Sure terbaru punya.

daaaaaaaa......

8 Magic Words:

nusha said...

wahai org besta,kak anne dh tlg promote ni!!

hahaha..sy dah angguk pale ni kak!!

amboi2,sy still leh sbr g nak kawen..hakhak..

Imiza | A.Rahman said...

Wah best la..sy mmg dah lame survey kamus ni tp smpi skrg xbeli lg..
dgr ape yg AnneRaini cite ni trus berminat nak dapatkan kamus ni..
berbaloi lah dgn harga die..
thanks info ni.. ;)

Irshad Izzudin said...

saya dah ade MD 800 Ia nya Comel La...!!!kawan2 pun kerumun saya...

AnneRaini said...

Irshad: baguslah..kamus ni mmg cute dan yg penting berguna sgt...best kan. tahniah kerana berjaya memilikinya...

Nabeela said...

lol..sya ada kamus besta cd168 untk bahasa cina sbb sya blajar di skolah cina dlu skrg ni nk bli kmus besta bru lak untk bahasa arab pulak insyaallah..

Kak Zana said...

Info sangat bagus! citer suma best-best. Tapi nak tau gak kelemahan kamus ni...

Kak Zana said...

Setakat ni baca komen tentang Kamus Elektronik Besta semua bagus-bagus. Memang nak beli. Tapi nak tahu juga aspek negatif. Bole Share tak kelemahan kamus ni?

Mohd Iskandar Che Hassan said...

Kat mana nak beli tu kengkawan..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...