Wednesday, April 27, 2011

Kasyah 10 bulan

Hai anty..hai uncle..dah lama saya tak cerita pasal diri saya. Mama ni asik citer pasal die jek. Harini saya nak citer pasal diri saya. Ingat mama sorang jek boleh glemer.. Saya pun nak glemer gak (Amboi anak mama ni, lawan tokey nampak)

Saya sekarang dah 10 bulan. Dah makin banyak ragam saya sampai mama saya tension. Asik nak menjerit jek kat saya. Langsung tak kasi saya nak main (dah kalau anak mama panjat kabinet tu takkan nak bior jek). Saya rasa tak bebas tau. Baru keluarkan kad astro, mama dah cakap NO. Saya nak kemburkan bakul toiletries, mama dah bising. Saya nak pergi dapur mama tak kasi. Saya nak main dlm toilet pun mama kata jangan. Tension la saya. Semua pun tak boleh buat.(Huh, tak sedar diri betul anak aku ni..baru 10 bulan berlagak macam dah 2 tahun..huhuhu)

Mama ni suka amik gambar sy tau..Malaslah sy nak pandang. Aunty2 nak tau tak saya sekarang ni dah makin garang. Semua barang yg sy pegang sy tak bagi sesapa pon amik. Igt mama jek boleh kata jangan. Saya pon boleh tau. Kalau mama amik jek barang sy sy nangis kuat2 smpi kuar air mata. Lepas tu kalau mama tak kasi balik barang tu sy merajuk tak nak kawan dengan mama.(hello anak mama suka sgt kulum brg2 yg bahaya..terpaksalah mama amik..mama berniat baik okey)

Tokmak kata rambut saya dah panjang. Dah boleh ikat dah. Kalau tak tau semua orang igt sy ni budak pompuan. Tapi sy tak kisah sbb muka jambu ni cute..kan?kan?kan? Bolehlah sy jadi model iklan nnti.. Saya sekarang ni suka berjalan. Siap boleh corner2 lg. Mama sy memang teruja kalau sy berjalan tapi kdg2 sy malas gak. hihihi. Saya suka jalan ke rak buku pastu sy capai buku2 yang ada sebab sy dah tinggi. Barang2 yang ada atas rak paling bawah semua sy sepahkan. Bagus tak saya???

Lagi satukan, saya sekarang pantang tengok orang makan. Semua saya nak. Kalau tak bagi saya mengamuk. Lepas tu kan sy nak makan sendiri nak pegang sendiri. Kalau tak bagi sy nangis sekuat hati. Lepas tu mama mesti kesian. Abis sofa mama saya lap tangan yang kotor tu... (Mama redha jela).

Mama ni menyibuk jek dlm gambar sy. Nasib baik nampak sipi2 jek. Kalau tak, ganggu keglemeran sy..hihihi. Saya tak sabar nak berlari pulak. Biar mama sy penat nak kejar. nanti die boleh kurus (ooo..Kasyah kate mama gemukla ni?) lagipun mama dah janji nak bawa sy jalan2 kat taman.(sekarang musim hujan le nak oi). Oh ya sy sekarang ni memang pantang nmpk pintu terbuka. Mesti sy nak keluar. Mama dgn papa tu selalu keluar tinggalkn sy. (mama dgn papa gi keje lah). Pastu sy nangis sebab kena tinggal. Eh, apasal dalam citer sy ni sy asik nangis je ek? Tak sangka sy bila sy makin besar ni sy lg kuat nangis. Dulu sy wat dek jek apa2 mama buat kat sy tp skrg tidak lg. Sy lawan balik dengan nangis...hahahah. Bijak tak sy?

Okaylah..nanti mama sy bising pulak sy main laptop lama2...(tak sangka anak mama terror guna laptop walaupun baru 10 bulan..Kagumnyer..hahaha)

daaaaaa....

0 Magic Words:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...