Thursday, April 28, 2011

Kek Coklat super lembab tanpa telur

Projek petang semalam leas balik keroje. Terjumpa resepi ni dalam blog Kak Madiha terus berminat. Bahan-bahannye mudah dan cara membuatnye pun senang. Dah macam nak buat lempeng jek gayanya. Tapikan hasilnye sangatlah mengkagumkan. Very the moisturizer...Lembab jek. lagipun kek ni tak begitu manis. Sedang2 elok jek rasanya. Kek nipun quite healthy sebab tak guna telur mahupun mentega..

Amacam tergoda tak??? Yang bintik2 coklat tu bukan defect ye tapi parutan coklat makan yang ada banyak kat rumah tu. Jadilah gitu ropenye... Nak siap beria takde bahan2 hiasan.



Meh terus ke resepi. Aku copypaste jek dari blog kak Madiha. Halal ye kak... Dengarnye resepi asal adalah dari blog DayangJack.

Super Moist Eggless Chocolate Cake

Bahan-bahan

* 1 cawan tepung gandum
* 1 sudu kecil baking powder
* 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
* 1/2 cawan serbuk koko
* 2 sudu besar susu tepung
* 1 1/4 cawan air sejuk (dari peti ais)
* 1 cawan gula perang
* 1 sudu kecil esen vanilla
* 1/2 sudu kecil coffee emulco atau chocolate emulco
* secubit garam
* 1/2 cawan minyak masak sayuran atau minyak jagung
* 1 sudu kecil cuka atau jus lemon (Aku tak letak sebab takde)


Cara membuatnya :

1. Panaskan oven pada suhu 160C. Sediakan loyang kek. Griskan dengan mentega. Jika ingin menggunakan paper cup pun boleh juga.
2. Ayakkan tepung gandum bersama baking powder, soda bikarbonat dan serbuk koko di dalam bekas besar.
3. Masukkan tepung susu, garam dan gula perang. Kemudian dikacau rata-rata.
4. Masukkan air sejuk dari peti ais, minyak masak, esen vanila dan coffee emulco @ chocolate emulco. Kacau perlahan-lahan dengan whisk. Pastikan adunan tidak berketul.
5. Akhir sekali masukkan cuka atau jus lemon. Terus dikacau serta merta sehingga sebati.
6. Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar selama 30-40 minit atau hingga masak.
7. Sejukkan kek setelah masak. Boleh juga dihiaskan dengan topping kegemaran. Aku bantai topping dengan coklat masakan ade lebih sikit..Sedap gak..hahaha

Kalau nak mencuba dipersilakan. Tak rugi sebab senang dan sedap. Daaaaa......

9 comments:

nuyui a.k.a miss NUSHA said...

@ k.anne

adik kamu ni ngh obses ngn blog..heheh..

promote blog akk ea??
boleh2...no problemo..

wah..sedap3..pos kat sy kak!!

AnneRaini said...

akak tak buat delivery..nak?meh dtg umah..makan puas2..hihii

Nini Hartini said...

bestnyeee....tp saya tak pandailah buat mcm tu. x sabar. nnt habis hancur. jenis2 biskut bolehlah buat. kalau kek, asyik fail. hehe

nuyui a.k.a miss NUSHA said...

amboi,nk diskaun ajerk!!

heheheh..

Aida Azryn said...

yummmyyy..0_0

AnneRaini said...

nini:tak pandai boleh belajar..hihi

nusha:mustilah...

aida:memang yummy..cubalah

kisah_hearty said...

kalau xletak cuka atau jus lemon tu ada kesan pape x??

kisah_hearty said...

klu xletak jus lemon n cuke tu ade kesan pape x??

AnneRaini said...

kisah hearty:sy tak letak ok jek...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...