Tuesday, April 12, 2011

Ketam Bercili

Wah..lamanya aku mengabaikan aktiviti pemblogkan aku ni..Bukan merajuk ke ataupun dah putus asa berblogging tapi sekarang ni busy ya amat. Jangankan nak update blog nak baca paper pon kadang2 tak sempat. Amboi betul-betul busy kau ya!hehe. Banyak gak entry tertangguh yang sepatutnya aku dah masukkan dari bulan lepas lagi tapi dek kesuntukan masa jadilah entry basi lepas ni.. Ah..basi-basi pun aku nak letak gak.

So hari ni aku nak kongsi resepi Ketam bercili yang aku masak sabtu lepas. Kire baru lagilah. Belom basi lagi ye. Eh, kenapa pulak aku rajin nak bagi resepi ni????Kompius tak korang?? Hah, tak kompius? Ala..kompiusla... Aku saje jek nak tayang ketam tu..hehe sejak aku kawen baru nilah pestime aku beli ketam uols..Selama ni nak beli asyik "nanti" jek. tapi haritu dek sudah lama giler aku tak makan ketam so akupun sambar gak. Mahalla ketam kat KL..(mana der barang murah kat sini..) Aku beli 4 ekor RM30. Boleh buat lepas gian. Lagipun setahun sekali pon belom tentu aku beli ketam..

Ketam sebelum dikerjakan. Besar-besar ketam ni. Memang puas hati makan. Esoknye aku dengan suami masing-masing gatal hidung. Asik tergaru2 jek. Dahla kami dua2 ni ada resdung. tapi resdung saumiku lagi terukla. Aku ni taklah teruk sangat.

Taraaaaa..Ketam bercili yang sungguh enak sekali. Marveles bak kata suamiku. Sungguh menyelerakan... Serius tak tipu. Resepi ni was given by my father. Jangan tak tau bapak I pandai masak yek. Okaylah terus ke resepi. Aku tak letak sukatan tau. Korang agakla eh. Sebab akupun ikut sedap rasa jek.

Ketam Bercili

Bahan
Ketam
Cili Kisar
Bawang Merah kisar
Bawang Putih kisar
Bawang Besar hiris
halia kisar
sos tomato
sos cili
gula
garam
air
minyak utk menumis

Cara2
1. Tumis bahan kisar hingga pecah minyak. Masukkan sos tomato dan sos cili
2. Masukkan ketam. Tambahkan air. Kalau suka banyak kuah boleh lebihkan air.
3. Tutup kuali dan biar ketam masak.
4. Perasakan dengan gula dan garam.
5. Dah siap..

nota:sos tomato tak perlu letak banyak sangat sebab sos cili pon dah masam dah.

So bolehlah cube kalau nak tahu kesedapannya. Tapi kalau tak sedap tu bukan salah resepi ye tapi salah orang yang memasaknye. Yela mana tau terlebih garam ke, terlebih sos ke..memang tak sedap ler jawabnye..

daaaaaa.....

2 Magic Words:

nusha said...

alamak,sedapnyaaaaa.....

AnneRaini said...

buatle

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...