Monday, April 25, 2011

Kuala Lumpur International Book Fair 2011

Hallu..hallu...Macam yang aku bagitau sebelum ni aku nak pergi ke pesta buku kat PWTC. Dah selamat pun aku pergi hari ahad. Kami gerak dari rumah pukul 9 pagi dan sampai lebih kurang pukul 10. Aku bajet dah awallah tu. Pergi awal sebab tak nak bersesak-sesak dengan orang tapi masyaallah memang penuh pwtc tu. Punyalah ramai umat manusia kat sana. Nak bergerak pun susah. Baru pukul 10. Kalau dah petang ntah cemanalah pulak agaknye ye.

Aku taklah round semua tempat sebab Kasyah pulak tibe2 jek demam. So fokus pada booth yang memang aku nak pergi je. Nak cari buku-buku untuk Kasyah pun tak dapat sebab ramai sangat orang dan Kasyah pun dah tak sihat. Terpaksalah aku lupakan jek hasrat murni aku tu. Takpelah tahun depan ada lagi. Betul tak?Ha, meh tengok ape yang aku beli..

Komik..yeay..Aku memang jarang beli komik tapi aku suka beli koleksi komik2 lama. Macam dalam gambar ni aku beli koleksi Mat Despatch, Koleksi komik Workshop, Abe dan Tiga Dara Pingitan. Semua ni nostalgia bagi aku sebab aku baca masa aku kecik2 dulu. Sekarang ni bile dah besar aku takdelah beli ujang ke gila2 ke cuma aku beli koleksi komik dolu-dolu jek.

Yang ni memang sangat bagus. Kenapalah aku tak jumpa buku ni awal. Panduan pemakanan anak sihat & pintar dan juga buku rahsia anak cergas dan cerdas. Sangat informatif. Pada mummy to be, aku cadangkan dapatkan buku ni. Berguna tau.

Hasil paling best aku dapat di pesta buku. Kamus elektronik BESTA. Macam yang aku cakap sebelum ni yang aku nak pergi booth BESTA ni. Akhirnya aku sambar gak kamus ni. Oh ya aku akan buat satu entry khas pasal kamus ni nanti..Tungguuuuu....

Itu jela yang aku beli. Cadangnya nak gak beli novel tapi sebab ramai sangat orang sampai aku dah tak tahu nak tengok dan pilih. Takpelah takkan lari novel dikejar kecuali novel tu dah tak leuar lagi..hehehe...

okaylah daaa....

1 Magic Words:

nusha said...

wah2,bli kamus laaa...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...