Thursday, April 14, 2011

Mari Mengenal Makanan Jepun

Jom join aku berkenalan dengan spesis2 makanan Jepun. Aku ni bukannya terror tapi yang ni semua adalah yang basic pasal makanan Jepun ni. Senang cerita kalau korang pergi Jepun mesti makan benda2 ni semua. Kalau tak dapat gi Jepun, pergi jek cari kat restoren makanan Jepun nuu.. Kompem ada.

Memperkenalkan juara makanan Jepun tersedap abad ini iaitu Tempura. Aku kata juara sebab aku paling suka tempura ni..hihihi. Makanan yang digoreng bersalut tepung. Selalunya udang, ikan dan sayur-sayuran. Yang ni memang wajib di cuba. Tapi entah kenapa bile aku nak buat sendiri tak serangup macam kat restoren Jepunla. Dah macam jemput dah rupanya..hahaha.

Yang ni pulak namanya sushi...nasi bercuka yang digulung bersama inti ataupun letak ape2 topping kat atasnya. Kalau korang tak pernah dengar sushi ni memang sahlah korang ni baru keluar dari gua..huhuhu. fofular tau sushi ni. Kalau nak yang murah leh jek beli kat Tesco, Carrefour or Jusco. Tapi mestilah tak sesedap yang dibuat di restoren2 Jepun. Sushi dimakan bersama kicap dan wasabi..ermm enaknye!

Yang macam ais kepal ni pulak namanya onigiri. Nasi kepal or rice ball yang merupakan makanan asasi kat Jepun jugak. Selalunya bila nak makan onigiri ni kite bungkus dengan nori (seaweed). Yang ni bos aku ajar. Sebab tangan taklah melekit kena nasi..hihihi. Kenyang tau makan onigiri ni. Sedap pun sedap.

Nampak menarik tak gambar kat atas ni? colourfulkan? ini namanya sashimi. Hirisan makanan mentah yang dimakan bersama kicap, halia dan wasabi. Bagi orang yang tak biasa mesti macam loya jek nak makan benda mentah2 ni. Tapi belum cuba belum tahu. Actually rasa die not bad tau. Tak hanyir pun. Bile telan ikan tu terasa juicy je dalam mulut. Ditambah dengan wasabi memang mantop la. Selalunya sashimi ni diorang guna ikan salmon, tuna ataupun saba. Nak try?
Tau tak apa ni? Inilah unagi. Feveret aku gak ni. memang makan hingga menjilat jari. sedap giler. unagi ni adalah belut yang dipanggang bersama sos jepun. Nape? bile aku sebut belut jek rasa geli eh? eh, unagi ni sangat sedap tau. Aku memang highly recommend pada sesiapa yang nak cuba makanan Jepun untuk try unagi ni. memang sedap. Sambil taip ni pun air liur aku meleleh..Aduh..sedapnye wehhh..


Yang ni pulak soba iaitu mee Jepun. Mee ni kalau tak silap aku dicampur dengan teh hijau sebab tu kaler die agak kehijauan. Soba ni sedap dimakan sama ada panas atau sejuk dan selalunya di makan bersama kuah kicap.


Yang ni mee Jepun jugak. Namanya udon. Mee ni warna putih dan agak besar bentuknya. Udon ni aku jarang makan mungkin sebab mee yang bagak2 tu buat aku susah nak telan..huahuahua.. Tapi mee ni pun boleh tahan gak rasa die. macam mee laksa jugak.


Inilah lempeng versi Jepun aka okonomiyaki. Okonomi tu maknanya suka-suka dan yaki pulak panggang. so selalunya suka2 hatilah nak letak apapun kat atas lempeng ni. Hah yang ni aku belum pernah makan tapi ada terfikir nak buat. Cuma belum berkesempatan lagi. Kalau rajin nak buat nnti aku kongsikanlah resepi okonomiyaki aku kat sini ye..


Hah yang pulak ramen. Ini memang tak direkomen untuk orang Islam makan sebab tak halal. Ramen ni selalunya dimakan bersama daging "tuut" ataupun daging pape jela. Tapi kalau pergi Jepun dah sah-sahlah daging kat sana tak halal sebab tak sembelih. So memang tak boleh makan ramen ni. Actually ramen ni macam maggi kite kat sinila. Aku tak pasti pulak kalau ramen ni ade yang halal. So kalau korang ternampak mee ramen ni tolonglah ragu2 untuk beli ye.


Aku suka ini juga. Inilah miso sup. Sup yang dibuat daripada pes miso dan dicampurkan dengan tahu dan sayur. Miso sup ni sedap tau. Rasa pelik2 die tu unik buat aku dan aku suka. Selalunya kalau pergi restoren Jepun, bila kite order set, kite adan dapat sekali miso sup ni. Tak rugi mencuba ye kawan2.


Chawan Mushi. Telur kukus yang dicampur dengan pelbagai bahan seperti ayam, cendawan, lobak dan sebagainya. Teksturnye lembut sahaja dan terus masuk ke anak tekak. Chawan mushi ni pun macam miso gak. Kalau order set mesti ada sekali. Sedap tau


Kenal tak apa ni? takoyaki. Kuih Jepun yang femes dan sedap. Aku selalu gak beli tako ball ni dekat Jusco. Selalunya aku makan sorang sebab my husband bukan suka makanan pelik2 ni. Die tak adventerous macam aku. Takoyaki ni dibuat daripa tepung, sayur dan sotong. tapi sekarang ada macam2 versi. Dimakan bersama mayonis, fish flakes, shoyu. Memang marveles. Sape nak boelh gi beli kat Jusco sekarang...hehehe


Hah yang ni namanya natto. Makanan tradisional yang dibuat daripada biji soya yang diperam. Bagi orang2 yang tak biasa mesti geli tengok natto ni. Even aku sendiri memang tak suka rasanya.. Masin dan wek wek. Macam makan kacang busuk..hahaha.. Tapi tak salah mencuba. Kalau tak cuba tak tahu..betul tak????

Okaylah... Itulah antara makanan asas yang perlu dicuba kalau pergi Jepun ataupun pergi restoren jepun. Ini semua pandangan aku saje ye berdasarkan apa yang aku pernah makan. Kalau salah tu sory sesangat. Pada sesapa yang tak pernah cuba mungkin boleh cuba makan makanan Jepun ni. Mana tahu dah cuba sekali lepas tu nak lagi...hehehe


daaaaa............

11 Magic Words:

azzey said...

bab sushi tu saya mg fail..mmg x reti nak makan....hu3...

klik HB

AnneRaini said...

haha..yang lain tu makan tak???

nusha said...

wah,cam sedap je tempura tu..sushi aje slalu dok telan...

akak2..akk nmpak x header n banner sy?? aish,ader akk tu pon xnmpak gak..

nusha said...

huhuhu..xpe,skg kat office,sy xleh tgk yg masa itu emas kat blog akk ni..

blik t sy nak try guna lptop,leh x tgk..

Mama Gee said...

lately dh suka makanan jepun...skrg br terai sushi je..yg lain2 lum pernah lg...
shasimi atau apa2 yg mentah2 tu belum berani nk cuba....hik2

Nurain Ramli said...

so tak le nk mkn apa2 jenis daging la kat sana..?? hmm

Nurain Ramli said...

so kat sana xleh nk mkn apa2 daging.. sbb die x smbelih..?

AnneRaini said...

nurain: kalo nak mkn daging kena cari yg halal. selalunya dari kedai org pakistan. kalo yg biasa2 jual mmg xhalal. ayam pun sama. teriyaki sos kat sana pun xleh mkn gak.

Linda said...

Salam kenalan...Japanese food mmg makanan feveret sy since study sana.. ramen kalo kat japun mmg sah2 tak boleh makan sbb sup rebusan itu adalah dari daging "oink oink"... yg lain2 dalam gambar atas tuh okay jer.. yg pasti sedap!!

Btw, jemput lawat blog sy yer:
http://pearlbeautymomma.blogspot.com/

Shahir Tuan said...

Semua makanan tu halal ke

izieanne said...

Last year masa pergi hokkaido...ada satu kedai jual ramen halal kat ramen alley susukino, sapporo. InshaaAllah boleh makan tanpa was2

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...