Saturday, April 2, 2011

Nasi Ayam Best

Harini mood rajin masak datang so decide untuk buat nasi ayam. Untuk pengetahuan korang, aku teramatlah jarang masak nasi ayam. Sejak kawen ni aku rasa aku pernah masak sekali jek kot nasi ayam. Itupun masa aku baru-baru kawen dulu. Bukan malas ye tapi nasi ayam bukan aku punya specialty so tak kuasalah nak buat selalu.

Mempersembahkan nasi ayam tersedap aku pernah makan... Betul serius sedap. Aku cakap sedap bukan sebab aku masak tau tapi sebab memang sedap. Nasinya jadi sangat lembut dan secukup rasa. Even my husband said that it was the best chicken rice he ever taste. Better than Ayamas. huahuahua..Banggo den. Makan macam tu je pun sedap..There goes my diet. Dek kerana kesedapannya, aku makan dua kali..huhuhuhu..habislah diet aku..

The chicken..Nampak macam hangus tapi marvellous.. Again my husband said it was delicious.. Success.. Yahoo... Bolehlah rajin2 masak nasi ayam lepas ni..

The full set. Ada kicap, sambal dan sup. Mixed very well.. Ade yang nak resepi ke? Macam malas jek aku nak taip ni. Tapi takpelah aku cube merajinkan diri...

Nasi Ayam Best

bahan2 Ayam

Ayam
Bawang Merah
Bawang Putih
Halia
Kicap manis
Madu
Sos Tiram
Lada hitam tumbuk
Minyak

Langkah 1
Perap ayam dengan bawang merah, putih dan halia selama 1/2 jam. Rebus ayam separuh masak dgn api perlahan. Keluarkan ayam kemudian perap pula ayam dengan kicap, sos tiram, madu, lada hitam dan sedikit minyak. Perap sekurang2nya sejam. Goreng ayam hingga masak.Air rebusan jangan dibuang.

Bahan2 nasi
Beras
Bawang merah*
Bawang putih*
halia*
kulit kayu manis*
bunga lawang*
buah pelaga*
bunga cengkih*
mentega*
daun pandan
susu cair
garam
serbuk pati ayam
air rebusan ayam

Cara2nya
1.Basuh beras dan toskan. Masukkan ke dalam periuk nasi.
2.Cairkan mentega. Tumiskan bhn bertanda * hingga naik bau. Masukkan susu (5 susu je), garam,separuh air rebusan ayam dan serbuk pati ayam. Biarkan mendidih.
3. Tuangkan ke dlm nasi dan masak nasi seperti biasa. tambah air jika tidak cukup.

Bahan2 sos
Cili merah
Cili padi
Bawang putih
Garam gula
jus limau

Cara2
Blend cili dgn bwg putih. Masak atas api. perisakan dgn garam gula dan jus limau.

Bahan2 kicap
Bahan perapan ayam di masak atas api. Sedia dihidangkan.

Cara masak sup
Separuh air rebusan ayam tadi di masak semula. tambah sedikit serbuk sup dan perasakan dengan garam. taburkan bawang goreng dan daun sup ketika menghidang.

Itu saja..Jenuh gak aku nak tulis ni..Resepi ni asalnya aku amik dari blog nanirostam tapi biasalah aku dah modified sikit. Mintak halal ye..So guys cubalah. Insyaallah sedap.

daaa....

3 Magic Words:

ieda said...

aduhh sedap kalau buat sendiri kan :) ayam tuu nampak garing sgt :))

eT said...

bila lapar apa pon sedapp..ngeee...kelaparan neh...

nusha said...

lau sy wat,lg special jd sy nak minx akak buatkan bleh??lalalla..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...