Tuesday, April 12, 2011

Pameran Dinosaur di Pusat Sains Negara

Hallu...hah, yang ni memang dah agak basi. Aku pergi ke pameran dinosaur ni masa cuti sekolah bulan lepas. Kebetulan anak-anak sedara aku datang so bawaklah diorang pergi tengok pameran ni. Kalau tak bawa jalan kang, diorang cakaplah "maksu ni tak memahami perasaan kak long" hihihi.. Kami gerak pukul 10. Pagi tu sempat siapkan nasi lemak untuk sarapan dan bawak bekal makan tengahari. Kami sampai lebih kurang pukul 10.30. Masa ni orang dah ramai dah. Tiket masuk RM10 untuk dewasa dan RM5 untuk kanak2. Oh ya, pameran Dino's alive ni akan diadakan sampai bulan 6 ni. Sesiapa yang nak pergi masih sempat lagi.

Sebelum masuk kite posing dulu. Gambar my husband takde sbb die kena jadi photographer.Gambar pun tak clear sgt lepas lupa tegok setting camera yang cuma 1.3 megapixel jek..hampeh. Kalau gambar mesti clear sbb camera telefon aku 12 mp..tensen betul Sebelum masuk ke ruang pameran kena lalu mini underwater world ni dulu. Ikan semuanya ikan sungai ye. no laut-laut fish..hahaha

Bile dah masuk jek kat dalam, anak sedara aku yang lelaki terus takut. Die taknak masuk dah sbb bunyi dinosaur tu agak skeri. Padahal die yang beria2 nak pergi. nasib baik aku pandai psiko die.



Tok mak yang setia melayan karenah cucu-cucunya..tensen gak mak aku masa ni sebab anak sedara aku tu...tapi sebab aku nikan agak garang so baik ikut aku...hihhihi.. Sebelum pergi tengok lebih dalam lagi umpan dulu anak2 sedara aku main kat playground yang disediakan. gile besau palyground die. Puaslah budak2 tu main.


Jom naik atas pulak. Kat bilik pameran yang ade lebih banyak dinosaur. tengok mulut T-rex tu. nak makan aku konon. Serius aku tak takut..hahaha



Masa ni anak sedara lelaki aku dah mula berani2 dah. Tengok T-rex kat belakang tu pun tak heran..siap berlagak lagi..



alah comelnye anak mama...amik mood nak tido ni...



Manja tak I dengan dinosaur ni??? Masa ni anak sedara aku yang lelaki tu tak nak masuk sebab bunyi dinosaur dlm ni memang menakutkan. Even Kasyah pun lentok jek sebab takut. Nasib baik die tak nangis.







Lepas di psiko oleh aku akhirnye anak sedara kupun nak gak ikut masuk dlm ni. Maunye tak nak ikut. Mak aku dah tinggalkan die sorang2 kat luar terus die berlari masuk dalam..hahaha. Aku cakapla dinosaur ni robot bukan betul. kalau betul dah lama dah orang semua kena makan. Pastu aku tunjuk kat budak2 pompuan yang selambe tak takut tu. Aku provok kat die cakap die tak malu. Terus berani...kihkihkih...Selalu kalah dengan awek tau!




Itu jelah ceritanye. Lepas balik tu plan nak singgah KLCC sambil piknik tapi car park full pulak. nak park kat dlm klcc mmg aku malas nak angkut bakul mknn segala. so terus plan balik rumah jek. Tensen anak sedara aku sebab diorang dah lama tak pergi KLCC... Alah nanti Maksu bawaklah korang pergi...


daaaa......

3 Magic Words:

bobhandburry said...

Salam kunjungan.. singgah la ke blog saya ;)

http://www.zuwairiaiman.com

nusha said...

@ kak anne

biaq betik??sape2 yg jual tu??? link...

amboi kasyah,xajak aunty pon..lpe la tu... =(

nusha said...

sy dh tgk akak..amat tertarik..tp slow plak nk tgk..heheh..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...