Friday, April 22, 2011

Pesta Buku Antarabangsa KL


Yeay..pesta buku kembali lagi..I sukeee... Sejak 3 tahun yang lepas memang aku tak pernah miss pergi pesta buku ni. Seronok tengok macam2 buku ada. Selalunya aku pergi ke booth yang memang aku dah aim dah macam Karangkraf, Utusan, DBP, Alaf 21, MOY, Creative dan beberapa lagi. This year pulak selain booth2 kat atas ni, aku nak pergi ke booth BESTA. Nak usha2 bape harga Besta tu. kalo affordable memang aku grab. Dah lama dah plan nak beli Besta ni tapi belom ada rejeki. Tengokla nnti came.

Korang tak suka ke pergi pesta buku??? Aku ni memang hobi membaca sejak dari kecik. Dulu masa baru pandai baca memang setiap kali pergi bandar aku mintak beli buku. Kalau ada syarikat penerbitan dtg sekolah aku mesti beli buku. Minat beb. Aku memang tak banyak mainan tapi aku ade banyak buku. Sampai sekarang masih minat membaca cuma bahan bacaan tu berubahlah mengikut usia.

Kepada sesapa yang pergi Pesta Buku Antarabangsa ni bolehlah pergi nanti. Aku insyaallah akan pergi this sunday. Ada hampir 700 booth yang boleh dilawati. Memang pitam kalau pergi semua.

Tempat: PWTC
Tarikh: 22 April - 1 May 2011
Masa: 10 pg - 9 malam

Marilah ramai2 kite meriahkan Pesta buku ni. Bangsa membaca bangsa berilmu...Jadikan membaca budaya kita..

daaaa...........

5 comments:

nusha said...

aish,asyik2 sane je..
mehla ke Perak plak,adoi..teringin nak p situ..

AnneRaini said...

alah perak dgn kl bukannye jauh..jomlah dtg sini..hehehe

FiZ said...

jom2....

nida husna said...

plan nak pergi minggu ni :)

Nini Hartini said...

waaaah bestnya. doakan sy juga berpeluang ke sana. plan mmg nk pergi. tp xtau lah masa mengizinkan @ tak.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...