Friday, April 15, 2011

Pura-Pura

Perlu ke berpura-pura

kalau diri ini sudah tidak mampu untuk menanggungnya?

Perlu ke terus bertahan

kalau diri ini sudah tidak tertahan?

Perlu ke terus melayan

kalau hati ini sudah lama benci?


Ingin saja aku berterus terang

Agar puas hatiku ini

Namun aku masih cuba toleransi

Dengan harapan perkara ini selesai di sini


Puas ku menunggu

Hati ku terus dirundung pilu

Khabar buruk terus menghantuiku

Membuat lenaku terus terganggu


Apalagi yang mampu aku lakukan

Aku cuba untuk bertahan

bukan busuk hati untuk mendoakan

dia takkan maju ke depan

apa di buat takkan menjadi

ada saja halangan menanti

kerana balasan menganiayai

insan ikhlas menabur bakti



Aku dah fedup dengan politik ofis. Terlalu banyak unsur dengki dan busuk hati. Banyak juga ketidakadilan yang terjadi. Akibatnya aku terus ditindas oleh bangsa aku sendiri. Takpe aku tahu sabar aku akan ada balasannya. Hikmahnya sedang menanti aku. Aku harap aku akan terus kuat untuk menghadapi segala unsur negatif ni. Ya Allah, kuatkan aku!

1 Magic Words:

Mama Gee said...

selalunyaa mcm tu...kat opis mana2 pun mesti ada 'species' yg satu ni...kenapalah manusia mesti bersikap mcm ni ek..huhuhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...