Monday, April 25, 2011

Tat nenas gulung

Projek aku petang sabtu. Kebetulan mak dengan abang aku ada bolehlah buat bersama-sama. Sebelum ni pernah gak buat tapi tak cukup so buat lagi. Lagipun jem nenas yang aku beli tu ada lagi. Tat nenas ni memang sedap. Aku suka sebab tat ni cair dimulut tidak ditangan. Eh, dah macam coklat M&M pulak. Aku dapat resepi ni daripada ita-delight. Alah tokey biskut yang femes tu. Terima kasih ye. Korang nak ke resepi. Aisehman, cam males jek aku nak taip. Tapi takpelah aku taip gak.

Tat nenas gulung



Bahan A
250gm mentega
2 suduteh gula castor
2 biji kuning telur
2 suduteh esen vanila

Bahan B
200gm tepung jagung
180gm tepung gandum
jem nenas secukupnya.

Cara2
1. Kacau bahan A hingga sebati
2. Masukkan tepung dan gaul hingga boleh diterap.
3. Buatlah tat nenas yang anda kehendaki.
4. Bakar pada suhu 150 deg celcius selama lebih kurang 20 min atau hingga masak.

Senangkan???So raya tahun ni bolehlah buat. KOmpem sedap. Tapi ada gak orang yang lebih suka tat nenas yang agak rangup. Bagi aku tat nenas yang sedap mestilah yang cair dimulut..Hehhe..terpulang pada anak tekak masing2. Betul tak???

daaaaa.................

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...