Friday, May 27, 2011

Coklat: Mitos atau Fakta???

Dah lama rasanya tak share info kat sini.. So harini ada sikit rajin saya mau kasi info pasal coklat. Ade yang tak suke coklat ker??? Sile ketuk kepala sendiri sbb coklat memang sedap weh(cit poodah..akupun bukan peminat tegar coklat..hehe tapi kalo ade I makan you!)

Ramai yang suka makan coklat dan ramai juga yang kata coklat ni tak baik untuk kesihatan..ye ke? So untuk clarify benda ni jom tengok antara mitos dan fakta tentang coklat...



Mitos
Coklat yang mengandungi koko adalah makanan yang tidak berkhasiat.
Fakta
Satu bar 1.5 auns coklat susu menyumbang kandungan peratus berikut kepada nilai pemakanan harian yang disyorkan USRDA : Kalsium - 9%, Ribofalvin - 9%, Protein - 6%, Zat Besi - 3%, Vitamin A - 2.4%, Thiamine -2%. Nilai khasiatnya akan bertambah jika kacang atau mentega kacang dicampurkan. Coklat sungguh berkhasiat!

Mitos
Coklat adalah sumber utama 'dietary sugar' untuk kanak-kanak
Fakta
Kajian yang dijalankan di Michigan State University menunjukkan kurang daripada 3 peratus daripada jumlah pengambilan gula oleh kanak2 diperolehi dari coklat dan lain-lain konfeksyen.


Mitos
Coklat mengandungi sodium yang tinggi
Fakta
Satu bar 1.5 auns coklat yang tidak manis atau separuh manis hanya mengandungi 1.5mg sodium;satu bar coklat susu -40mg. Cuba bandingkan dengan : 1 cawan susu - 122mg; 1 keping roti gandum -132mg dan 1 auns keju swiaa yang mengandungi 440 mg sodium.



Mitos
Coklat menyebabkan kerosakan gigi
Fakta
Kajian telah mendapati bahawa satu daripada bahan yang terdapat dalam serbuk koko menghalang pembiakan bakteria yang akan membeuk plak gigi. Oleh itu coklat bukanlah penyebab kerosakan gigi.

Mitos
Kafein dalam coklat menyebabkan kanak2 terangsang dan menjadikan mereka terlalu aktif
Fakta
1 auns coklat ada 5 mg kafein. Satu cawan kopi ada antara 93 - 153 mg dan bagi teh pula bergantung kepada berapa lama ia dibuat, mengandungi antara 28 dan 44 mg kafein secawan. Ada juga minuman ringan yang mengandungi antara 32-65 mg kefein bagi satu tin 12 auns. Jadi anda terpaksa memakan banyak bar coklat (lebih kurang 10 -15 auns bar coklat ) barulah anda boleh menyalahkan coklat kalau anda tidak nyenyak tidur.

Mitos
Memakan coklat adalah penyebab kegemukan kanak2
Fakta
Kajian menunjukkan kanak2 obes mengambil gula yang kurang tetapi lebih kepada lemak dan protein.



Haa..berguna tak info aku ni? So makan coklat ni sebenarnye tidaklah membahayakan kesihatan. Lagipun kite selalunya makan dalam kuantiti yang sedikit. Tapi kalau korang bantai pagi petang siang malam 24/7, memanglah boleh jadi penyakit.. Senang cerita makan ikut keperluan... Badan kena jaga (peringatan untuk diri sendiri jugak).

daaaa........

1 comment:

nuyui a.k.a miss NUSHA said...

ape yg ptg n perlu sy tau ialah sy SUKA coklat.. =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...