Thursday, May 5, 2011

Fenomena "Kepala Air"

Aduh, sedih dan sayunya hati bila baca pasal kejadian hanyut tiga beradik kat Ulu Bendul tu.. Tak dapat ku bayangkan luluhnya hati seorang ibu bila tengok jasad kaku anak-anaknya. Anak yang dikandung 9 bulan pergi dalam sekelip mata. Bagi ayahnya pula, tentu lebih meruntun jiwa sebab berada ditempat kejadian namun tak mampu untuk menyelamatkan anak-anaknya. Tentu die rasa seperti seorang ayah yang tidak berguna kerana tak mampu nak melindungi anak-anaknya daripada malapetaka..

Namun itulah yang dikatakan takdir Allah. Tiada siapa mampu untuk menghalangnya andai itulah ketentuanNya. Kesian sungguh aku pada keluarga mangsa. Aku pasti mesti diorang trauma lepas ni. Bila aku tengok gambar 3 beradik tu lagilah sedih hati aku sebab budak2 tu comel sangat. Masih best untuk dipeluk cium. Sedihnya...

Oh ya, sebelum ni aku tak tahupun ada kejadian dipanggil 'kepala air'. Serius aku tak tahu. Selama ni aku ingat air terjun jadi deras sebab air hujan tapi aku tak bajet pulak ade air melimpah macam 'kepala air' tu kat air terjun. So kejadian ni memang satu pengajaran bahawasanya mandi kat air terjunpun bahaya. Kalau kat laut ada ombak besar dan air pasang so kalau kat air terjun ada 'kepala air'. Ish menakutkan wey..Aku ni dahla fobia air. Sejak kejadian hampir lemas dulu tu, aku memang tak nak mandi laut lagi. Bukan setakat laut, mandi kolam pon aku takut. Biarlah orang nak kata aku bodoh ke sebab tak nak mandi kolam, aku tak kisah. Aku lebih rela duduk tepi kolam masukkan kaki semata-mata sambil fefeeling ala puteri raja daripada masuk dalam kolam tu...huhuhu..

Okaylah...Kite doakan moga keluarga mangsa tabah menghadapi dugaan Allah ni. Kitepun kenalah sentiasa berhati2 semoga kejadian seumpama ini tidak berlaku pada keluarga kite sendiri. Kepada semua, sedekahkanlah Al-Fatihah buat adik-adik itu. Semoga rohnya tenang di sana. Al-Fatihah...

daaaa........

8 Magic Words:

eima said...

org yg biasa mandi air terjun semua tahu yg bila hujan renyai kat bwh maknanye atas bukit tgh hujan lebat...
air besar skali ngan kayu kayan dr atas bukit hanyut sekali ngan air besar tu ...

kes cam ni bkn sekali terjadi dah byk kali ... tp org kite yg tak beringat/berwaspada...wlu cam ne pun semua ni ketentuan Allah ...

tp lain kali jd kan ini sebagai pengajaran/peringatan kpd kite semua .....

AnneRaini said...

oh yeke???bagusnye info awak tu..thanks..memang sy tak tahu sbb jarang sgt mandi air terjun ni...

@izY@N said...

lecturer aku pnah gtau..selalunya bila kepala air ni dtg mula2 sekali akan turun banyak daun2 kering.. dia kata kalo macam ni cepat2la naik ke tebing.. sebab tu tanda tsunami sungai nak dtg.. cm kat ulu bendul tu

LindaRahim said...

Allah lebih menyayangi mereka...

AnneRaini said...

muzai ko pun tahu??bagusnye..apasalla aku sorang jek yg tak tahu pape ni????hehe..tpkan ngeri pulak nak mndi air terjun lg...

AnneRaini said...

linda: ye betul...

nuyui a.k.a miss NUSHA said...

al-fatihah utk mereka..

sy dh ttnya google tp xder tndk blas..refresh page dg byk kali ni...

Ummi AmnaAmzar said...

ummi pernah skali mandi kat sg sedim kedah...pakcik2 panggil naik atas bila hujan renyai2 kat tempat kita mandi tu...terjerit2 dorang panggil..naik! naik! jgn mandi dahhh..terus kitorang naik..dah faham dah la kan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...