Friday, May 6, 2011

Kenangan III

Lokasi: Sekolah Menengah

Sedang asyik aku berjalan sambil berborak dengan kawanku A, tibe-tibe kawanku I memanggilku dari tingkat 3 blok L. Aku nampak I berlari mendapatkan aku tapi tibe2 die hilang. Aik, peliklah pulak. Rupa-rupanya I jatuh tergolek kat tangga sebab beria-ia sangat berlari nak jumpa aku. Ada something happening yang die nak bagitau aku

I: N, H nangislah.
Aku: Nangis kenapa?
I: Y bagitau die ko dah ada pakwe
Aku: kenapa die nak nangis pulak?
I: H cakap die suka kat ko?
Aku: ?????

Sambil meneruskan perjalanan ke tingkat 3 blok L, kami terus berborak. Sebaik sahaja aku sampai di tingkat 2, aku terserempak dengan H yang bermata merah.

Aku: Betul ke awak nangis? Kenapa?
H: Sebab saya tau saya tak dapat memiliki awak..
Aku: Awak suka saya ke? Tapi kite baru kenal. Selama ni pun kite tak pernah berborak. Cuma sekali jek minggu lepas.
H: Sebenarnya saya dah suka kat awak sebelum tu sejak saya ternampak awak.
Aku: Bukan awak couple dengan M ke?
H: Kami dah takde pape.
Aku: Ooooo....
H: Betul ke awak dah ada pakwe?
Aku: ya tapi ianya sangat complicated. Saya pelik kenapa awak menangis. Betulke awak menangis sebab saya?
H: Memang saya nangis sebab awak. Saya sedih sebab saya suka sangat dekat awak.
Aku: Well, thanks sebab suka saya. Saya rasa kite masih boleh berkawan.

(The actual conversation was in English and long. I've cut it and translate it in BM)

p/s: Ini antara insiden2 lucu bagi aku. Macammana kawan aku jatuh tangga and kenapa H menangis. Kelakar bile ingat2 balik..hihihi

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...