Monday, May 30, 2011

"Ulangtahun ke-3 NUSHA"

Setelah bertangguh beberapa kali dek kerana ketandusan idea maka harini aku merajinkan diri untuk menjahanamkan tag yang telah diberi oleh Nusha



Ucapan ini khas ditujukan buas pasangan kekasih yang sedang asyik masyuk bercinta ni... Nurul Farehah dan Apek. (akak paksa diri fikir ni tau...)

Selamat ulangtahun percintaan yang ketiga buat adikku Nurul Farehah dengan kekasih hatimu. Kakak mendoakan semoga perhubungan kamu akan terus kekal dan diserikan dengan ikatan suci yang menjadi impian setiap pasangan bercinta. Ingatlah wahai adikku cinta itu indah namun tidak selamanya keindahan itu mengandungi cinta. Cinta yang sejati saling memahami ibarat tangan dan mata, apabila mata menangis tangan mengusap dan bila tangan terluka mata menangis. Dengan cinta kita belajar erti hidup dan dengan cinta juga kita belajar erti sakit. Sesungguhnya cinta itu luka dan cinta itu juga penawarnya.

Adikku, jagalah hubungan ini sebaiknya dan jangan benarkan dirimu disakiti. Belajar menerima kekurangan dan jangan terlalu mengejar kesempurnaan. Terima dia seadanya kerana penerimaan itu yang akan membuatmu terus menyayanginya selamanya.
glitter-graphics.com

Wah, tetiba jek akak terfeeling romantik gitu... Tapi ingat yek, jaga hubungan tu dan jaga juga batas yang perlu. Akak tau adik akak ni takkan buat benda yang bodoh. Jangan gaduh2 selalu... Sentiasa berprasangka baik dan doa yang baik2. Cemburu itu perlu tapi jangan berlebihan. Hubungan jadi lebih menyenangkan kalau kite dapat kawal perasaan. Okaylah, sekali lagi akak ucapkan Selamat Ulangtahun percintaan yang ke-3.. Make sure lepas ni sambut ulangtahun perkahwinan pulak ye
glitter-graphics.com...Sayang adik kakak!

Aku kena tag seorang maka aku nak tag Muzai..Sila buat ye...

daaaa....(terasa kejahanamannya..hehehe)

1 Magic Words:

nuyui a.k.a miss NUSHA said...

suke3 akhirnya kakak ku ini joinkan diri..

syg lebih ni!!

heheh,terharu sy kak..ibarat bc puisi lak..lalala...

thnx kak..doakan yer moge pasni smbt ulgthn perkahwinan..

insyaALLAH,ader rezeki+jodoh kan..

amiinn...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...