Wednesday, June 15, 2011

Jangan ganggu singa yang diam..

Orang kata jangan dijolok sarang tebuan kang nahas kang. Tapi aku pulak jangan diganggu singa yang diam..hehehe.. Hah citer apa pulak ni? Ni takde kena mengena dengan lawatan sambil belajar ke zoo ye. Apatah lagi dengan cara-cara untuk mendapatkan madu lebah tualang.

Ini cerita tentang Taska anak aku..Bukan nak komplen lelebih tapi ada limit yang perlu dijaga antara pengasuh dengan parents. Pagi tadi seperti biasa kami akan hantar Kasyah dalam kul 6.50 pg. So dalam lift, tetiba aku terasa basah kat tangan dan perut. Laaaa...rupanya Kasyah kencing campur beyak sekali...Hahahaha bacin terus baju aku nasib baik aku perasan cepat so taklah banyak sgt kena. Dek kerana memang dah keluar rumah so tak mungkinlah aku nak naik balik pergi salin pampers Kasyah. Nanti lambat pulak nak sampai opis. So bawak jela dia ke taska. Lagipun taska selang beberapa blok jek.

Sampai taska, aku terus bagitau yang Kasyah beyak dan dah bocor. Hah, ni yang aku bengkek sikit ni. Boleh lak die cakap "Tak cek dulu la ni" dengan muka macam tak puas hati. Aku teruslah cakap die beyak masa on the way. Tapi dalam hati dah rasa sentap dah. Nampak macam die nak menyalahkan aku lak hantar anak aku yang dah beyak kat die. Hello, bila aku dah hantar anak aku ke sana, menjadi tugas ko lah utk settle anak aku. Aku bayar okay. Bukan ko free2 jek jaga anak aku. Dah la hantar terawal atau terlambat kena caj 10sen seminit. Bengkek aku.

Selama ni aku hantar Kasyah yang dah beyak tu pengasuh lain ok jek. Dah memang rutin si Kasyah ni pepagi dah beyak. Selalunya time aku nak hntr dielah. Cume sama ada bocor dgn tak jek. Pagi tadi sbb die kencing sekali tu yg bocor tu. Jaga sikit mulut tu kalau nak cakap pape depan parents. Selama ni aku diam jek walau banyak tak puas hati dengan corak jagaan diorang. Akukan tak suka kecoh2. Tapi since ko dah buat aku sentap meh aku citer ape yang aku tak puas hati.

Antaranya lepas diorang bagi makan kat Kasyah diorang langsung tak basuh mulut kasyah. Tetiap petang aku balik mesti muka die comot dengan bekas bubur yang dah kering kat pipi dan rambut. Tapi aku diamkan ajek sbb balik rumah aku mandikan Kasyah sekali lagi. Momantai.. Lepas tu, kalau Kasyah beyak bocor kat taska diorang cuma masukkan baju tu dlm plastik tanpa buang dulu kesan tahi. So jadilah baju Kasyah yang mulanya kena sikit terus satu baju kena kesannya. Tension tak bile ko nak basuh???Pernah sekali aku tak tau ape yang melekat kat baju Kasyah. Hitam2 dan lekit dan byk pulak tu. Sikitpun diorang tak mention kena apa. Aku gak yang basuh tp gua diam jek..

Lagi satu aku tak tahulah apa silapnya, kasyah selalu kena ruam bila dok taska and tugas aku utk hilangkan ruam tu. Bila dah okay mesti jadi lagi. Aku suspek diorang ni tak lap betul2 sblm pakaikan lampin. Tu yang balik taska kelengkang merah2.. kalau korang, korang bengang tak??? Aku diamkan jek. Tanya pun tak pernah. Lagi satu diorang ni berat mulut. Adela sorang dua yang ramah tapi mostly tak. Kalau ptg2 amik kasyah, langsung taknak bagitau ape jadi kat anak. Takmo makan ke..kurang menyusu ke...cirit birit ke...Selagi kite tak tanya selagi tu die tak bgtau. Kdg2 jawabpun cam tak konfiden. kalau susu tu, die tak bagitau pun, susu baru buat ke..susu dah lama jangan minum ke...kan kalau bagitau senang aku nak bajet.

Hah, cukuplah tu. Malas nak bebel lagi..belum aku citer kesan calar kecik or kesan merah2 kat badan.. Semua tu aku diamkan jek. Tu yang aku kata jangan ganggu singa yang diam. kang kalau singa tu dah mengaum kang korang gak yang susah. jangan amik kesempatan bila tengok singa tu diam yek...

daaa.....

3 Magic Words:

nuyui a.k.a miss NUSHA said...

mcm bg free lak suh jg!!

sengal toi..akak2..sy xnk bg ank sy kat pengasuh cam dia la..heheh..

sound je kak!!tp sblm tu make sure akk dh jumpe pengasuh len dlu yer..

lalalla..

SweetLikeWhat said...

ish geram lak baca..

AnneRaini said...

memang sakit hati...Nasib baikku diam lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...