Tuesday, June 14, 2011

Lelaki yang patut ditinggalkan

Versi edited

Ini sebagai peringatan buat gadis2 comel diluar sana yang masih belum berpunya... Antara lelaki2 yang tak patut korang jadikan suami

1. Suami orang
Sejak kes Salih Yaakob kawen 4 tu tersebar, ramai lelaki2 diluar sana terutamanya yang dah berkahwin menjadikan SY sebagai idola. Bahaya ni. Mereka rasa syoknye kalau banyak isteri. Dan tinjauan pulak mendapati sekarang ramai anak dara tak kesah bermadu.. So kalaulah korang dah tahu pakwe korang tu laki orang silalah angkat kaki dan tinggalkan die. Bukan tak boleh tapi tak elok. Menggugat kebahagiaan perempuan lain tu sgt lah tak wajar ye. Tapi kalau korang tak kisah utk makan hati selalu so go on. Dalam 10 kes poligami, belum tentu 1 akan bahagia.... Ingat tu...Yang paling ketara time raya. Orang lain bergumbira raya dgn laki, ko raya sendiri sbb turn ko mungkin 4 tahun lagi..huhuhuh

2. Panas baran dan kaki pukul
Sekali anda kena hempuk dengan pakwe anda, anda boleh say goodbye kat dia. Lelaki macam ni memang tak boleh bagi muka. Jangan bagi alasan terlalu mencintai sampai membiarkan diri sendiri dipukul. Bila dah kawen nnti lagi susah nak lepaskan diri sbb kesian kat anak2. So sblm terikat baik korang angkat. Angkat kaki blah ler tu maknanya.

3. Cemburu buta
Macammana nak kesan yang pakwe korang ni kuat cemburu. Aku tak kata cemburu tu tak bagus. Eh, bagus tapi kenalah bertempat. Die terus marah2 korang bila nampak korang dgn lelaki lain. Lepas tu siap nak ugut pulak lelaki tu padahal lelaki tu sepupu korang jek. Ni dah menunjukkan die cemburu buta sbb kalau die gentle die patut tanya dulu. Lagi satu die mintak korang buang semua no phone lelaki dlm hp korang dgn alasan takmo ade lelaki lain dlm hatimu... Nipun poyo gak, dah kalo bos ko lelaki, pak guard opis ko lelaki camno ko nak kontek diorang kalo kena kunci dlm opis????tak dapek den nak nolong..

4. Penipu
Hah memang cari nahas kalo ko dah tahu pakwe ko menipu tp still nak teruskan hubungan. Orang yang suka menipu ni akan terus menipu. Memang susah nak kesan tapi tak susah jugak nak tahu. Bile die kata ade meeting or outstesen, tak salah korang call opis die tanya. Bukan cemburu tp nak kepastian jek. Takpun guna friendfinder, so bolehlah korang tau lokasi die kat mana.

5. Seks base
Kalau awal2 hubungan die dah ada tanda2 nak merenyam dgn korang, silalah bagi penampar kat muka die. Jangan senang2 jek nak bagi apa die nak. Pergi mampus kalau die kata untuk buktikan cinta kita. Bile dah dapat bukti aka anak tak nak pulak ko ngaku tu bukti cinta korang... So pada gadis2 diluar sana, walau apapun yg korang nak buat sentiasa ingat mak dgn bapak. Memang nafsu sukar dikawal tp kalau kite tak ke arah itu, maka tak jadilah.. Terlajak perahu boleh diundur tapi kalau terlajak sperma tak boleh keluar balik wooo... Tapi kalau nak rewind balik, boleh buat rakaman video..sepuluh kali rewind pon takpe.. tapi nak kena penampor???

6.Curang
Ni lebih kurang cam penipulah jugak. Cuma curang ni melibatkan pompuan lain. Sekali die kantoi curang, korang jg bagi peluang sbb ciri2 tak setia tu dah ada dalam diri diorang. Kalau die merayu2 kat korang nak berubah, bagi die 3 kali jek peluang. Kali yang ketiga memang korang bagi flying kick sebelum blah.. Nak lagi best kick kat "tutttt". Padan muka.

7. Sosial - mabuk, club
Orang yang mabuk ni adalah orang yang tak berfikir. kalau die dah mabuk, nenek tua pon die boleh nampak cam bidadari. Janganlah pilih lelaki yang bersosial dan pemabuk. Kalau tempat leapk die di club2 memang cerahlah hidup korang untuk tak nampak jalan ke masjid. Lagipun orang mabuk ni tindakan die tak boleh dijangka. Silap2 korangpon kena tikam dengan dia.. nak???

8. Kaki judi..
Ni sama jugak parahnya dengan pemabuk. Kalau dah addicted, duit susu anak pon digunakan utuk berjudi. Kalau korang kawen dgn die, korang jugak yang sengsara sbb die memang sengkek sentiasa...Orang kawen nak senang tapi ni jadi makin susah pulak...

9. Pemalas
Kalau pergi dating pakwe ko tu bau macam orang tak mandi sepuluh hari, sahlah die tu pemalas. Sama ada die memang tak mandi atau baju die tu dah lama tak berbasuh. Nanti kalau kawen nak minta tolong angkat cawan segelas pon malas. Lagilah nak mintak tolong yang heavy2. Silap2, berak diepun korang kena cebokkan. huh memang tak sesuai..

10. Pengotor dan tak tahu malu
Nak ke korang jalan dengan orang pengotor ni??? Ape perasaan korang kalau tgh2 mkn tetiba die hembus hingus kat bawah meja dekat dgn kaki ko... Takpon die korek hidung lepas tu jilat..uwekk.. geli aku. Ade gak yang dah terpegang taik cicak tapi tak basuh tangan terus makan...huwarghh..janganlah pilih lelaki macam ni...Kalau makan kat depan org pulak tak reti nak behave. Betul2kan spender depan2 orang..korek hidung depan orang. Yang lagi best selamber jek kentut kuat depan orang. Die dah tentu tak malu tapi korang mana nak letak muka...huhuhu

11. Penagih dadah, HIV, AIDS
Sebelum kite kawen kite kena buat ujian HIV ni. So kalau bakal suami korang sah HIV positif, sila fikir masak2 sebelum terima. Memanglah korang syg kat dia tp risikonya tinggi. Kalau dapat anak hidup anak tu jadi sengsara. Kecik2 orang dah tak nak kawan dia. Fikir panjang dan jangan ikut hati sgt. Lagi satu kalau dah tahu pakwe korang tu penagih watpe nak teruskan kawan. Ramai lagi lelaki lain. Kebahagiaan itu kite yang mencoraknya. Kalau dah memang sengsara yang korang pilih, jangan pula pandai nak salahkan takdir...

Itulah sebelas orang yang tak patut korang jadikan suami. Kalau dapat ciri2 seperti yang disebutkan di atas, silalah pura2 histeria dan katakan, ada makhluk tak suka kite bersama...hahahaha..

daaaa......

1 Magic Words:

nuyui a.k.a miss NUSHA said...

alhmdulillah,xder pada apek..

xwajar sy tgglkan dia..hekhek..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...