Tuesday, June 28, 2011

Nasi Mandi

Setelah lama menanti akhirnya semalam tertunailah hajat di hati nak makan nasi mandi aka mendy ni... Aku tak ingat sejak bila aku teringin nak makan tapi memang agak lamalah. Bile tgk jalan2 cari makan lagilah aku teringin nak makan. Seb baik semalam suamiku baik hati nak belanja aku makan nasi mandi ni. Kami makan kat restoran dekat dgn rumah jek. Restoran Mr. Kabab & Beriyani hidangan Arab dan Pakistani kat diplomatik.

Inilah rupanya nasi mandi ni. Aku amik Grilled chicken with mendy rice RM13.00.. Portion die besar. Tak habis aku makan. Dah kenyang sgt so terpaksalah tinggalkan jek. Nasi ni sedap. Tak terlalu spicy macam beriyani. Kiranya rasa die soft jek. Nasi die memang soft pun. Nampak jek seketul2 tapi lembut giler. Syedappp.. Aku suke. Di datangkan dengan sambal tomato dan juga kuah kari. Nak lagi best makan sambil gigit lada tu..Masyukkk!

Bagi close up sikit gambar ayam...Hah, terliur tak? Nusha jgn tenung lebih2. Kang ngences kang..hihihi

Hah, yang ni pulak Nasi beriyani ayam. Sedap gak. bak kata suamiku memang boleh dtg lagi makan kat sini. Nasi beriyani ni cukup rempah ratusnya. Ayamnya pon lembut. Tak nampak ayam ye??? Ayam ada tersorok dalam nasi tu. Memang kenyanglah makan nasi ni. Ditambah dengan kuah kari yang cukup rasa tu.. maveles...

So tertunailah hajat aku nak makan nasi mandi. Lepas ni mungkin boleh cuba makan kat tempat lain pulak. Hah, korang dah penah try nasi ni? Sedap????

daaaa.....








14 Magic Words:

ainnoraini said...

sedapkan..hari tu mase kak ain buat kenduri khatam quran anak2 ade oder jugak nasik kambing mandy...mmg sedappp...

suke tengok nasik dia panjang2kan...

nuyui a.k.a miss NUSHA said...

mmg sedap ni!!

syrupmasin said...

perghhh..nmpak sedap je..

ieda said...

aloor sedapnya dik ! ayam tuuuuu huhuhu

AnneRaini said...

kak ain:tulah ramai yg ckp sedap terus teringin nak makan..memang kena dgn tekak sy ni..

AnneRaini said...

nusha:terbaikkk!!!

AnneRaini said...

syrupmasin:perghhh..bukan nampak sedap jek tp memang sedap..

AnneRaini said...

kak ieda: jom makan..sy pun dok terliur lagi ni..huhuhu

noor said...

aduhaiii sdpnyalah...buatku tliur huhuh
jom kenal2 ...i folo

LadyzuL ⎝⏠⏝⏠⎠™ said...

eeemmm...memang perghhh la....

Abang Long said...

Salam...pas makan nasi mandi tu jgn lupa mandi lak coz berpeluh...hehe. Skunk dah kurang minat mkn nasi camni or beriani.. kalau 2 bulan sekali tu mungkin kot.. nak jaga badan kononnya huahuahua...

http://abanglongonline.blogspot.com/2011/06/aku-masak-mee-bandung.html

Zefa NorAsmara said...

Hmm.. sedpnya. Tiba2 teringin yg amat sanagt ni.. nak kene cari juga nampaknya.. nyum3x..

AnneRaini said...

abanglong:sy pun takleh makan selalu..diet maaa...hihihi

AnneRaini said...

Zefa: cari jangan tak cari..kang kempunan kang...hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...