Tuesday, June 7, 2011

Petua Cantik ~ Part II

Harini bos masuk lambat so sebelum bos sampai boleh update petua cantik part II pulak. This time nak kongsi petua penjagaan mata.

Mengurangkan mata gatal
Ambil beberapa helai daun sirih muda. Ramaskan dan masukkan ke dalam air suam. Selepas itu tapis. Rendamkan mata sambil berkelip secara berulangan. Lakukan selalu.

Menyegarkan mata
Ambil timun yang sudah dihiris membulat dan lekap pada kelopak mata. Biarkan berapa ketika. Anda akan berasa kesegarannya.

Menghilangkan lebam mata
Teh uncang yang sudah digunakan dilekapkan pada mata dan dibiarkan semalaman. Lakukan 3 kali seminggu ketika hendak tidur.

Bulu mata lentik
Gunakan daun lidah buaya. Sebelum masuk tidur, sapukan lendirnya pada bulu mata dan amalkan sehingga bulu mata lentik.

Menghilangkan ketumbit mata
Gesel dua sudu dan letakkan pada bahagian ditumbuhi ketumbit. Lakukan sekali sehari.

ha, itu sajalah petua untuk mata kali ni. Kalau ada lagi petua untuk mata cantik, aku share ye.. Yang ada nipun belum tentu korang amalkan..hihihihi.

daaa....

3 comments:

nuyui a.k.a miss NUSHA said...

nk bulu mate sy jd lentik melentik cmne??

hekhek..

AnneRaini said...

selain guna daun lidah buaya seperti di atas..boleh juga sepit dgn penyepit baju selama sebulan..insyaallah dgn kelopak mata sekali lentik...huhuhu :P

nuyui a.k.a miss NUSHA said...

hakhak!!ngda plak!!

p/s: ceh,blogger pemes pe nya..merepek!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...