Thursday, June 9, 2011

Petua Cantik ~part III

Hallu hallu halluuuu..Bertemu lagi kite dalam ruangan 'mak cantik uols pon nak cantik macam mak'.. eh, eh, terover pulak. Kali ni aku nak kongsi petua untuk penjagaan rambut pulak. Dah namanya rambut tu mahkota wanita so kenalah cantik... Betul tak uols???

Melembutkan rambut
Ambil segenggam kangkung. Masukkan ke dalam bekas bersama enam camca air suam dan ramas kangkung hingga mengeluarkan lendir. lendir disapukan pada rambut dan biar seketika. Bilas. lakukan selama 2 minggu.

Melebatkan rambut
Ambil daun bunga raya dan bersihkannya lalu diramas sehingga keluar lendir. Ambil lendirnya dan campurkan dengan sebiji telur ayam kampung bersama satu sudu madu lebah. Gaul dan sapukan pada rambut. Perap guna tuala selama 10 min. Amalkan 2 kali seminggu.

Mengelak rambut gugur
Ambil daun bunga raya dan lidah buaya. Basuh dan kisarkan hingga hancur. Perap ramuan di atas kepala selama sejam. Lakukan 2 kali seminggu.

Rambut beruban
Ambil secawan air kelapa tua dan gosokkan pada kulit kepala perlahan-lahan. Lakukan setiap hari atau 3 kali seminggu. Uban yang jelas kelihatan akan berkurangan.

Menghilangkan kelemumur
Perahkan air limau purut atau nipis diatas kulit kepala dan lumurkan sehingga rata. Bagi mendapatkan hasil yang berkesan, rambut yang dilumur tadi dibalut dengan tualahingga beberapa jam dan dibasuh dengan air suam.

Meluruskan rambut
Ambil santan perahan pertama daripada sebiji kelapa tua. Kemudian masukkan air perahan limau nipis kedalamnnya. Sapukan sekali sehari. Selepas satu jam, cuci rambut dengan iar sejuk. Amalkan seminggu.

Rambut berbuah
Ramas daun pinang dan campurkan sedikit garam kasar serta air. Sapukan pada rambut. Biarkan selama 30min, kemudian bilas. Lakukan 2 minggu sekali.

Hah itu sajalah buat kali ini ye uols. mak dah penat menaip..uolas jgn tak amalkan pulak..nnti tak cantik macam mak..hahahaha (aku tau ade yang muntah darah dengan statement aku ni...huhuhu)

3 comments:

nuyui a.k.a miss NUSHA said...

mak!! sy nak cntik gak!! lalalla..

lau rmbut pendek,cmne nak bg pnjg nie??nk cpt2..lalalal..

AnneRaini said...

kalau rambut pendek, letaklah baja..cepatlah tumbuhnye nnti.. :P

ieda said...

alooor rambut pendek cantik jugak ape .. huhuh rimas berambut panjang nie ..:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...