Monday, June 6, 2011

Petua Cantik

Nak letak gambar masa himpunan belia tapi pendrive lak tak bawa. So dengan malas (ye memang malas pun) aku nak kongsi petua cantik nenek moyang kite dulu. Dah namanya pun petua mestilah daripada orang tua kalau orang muda dah tentu namanya pemuda...hehehe. Hari ni nak share petua untuk wajah berseri...Jangan tanya kenapa muka aku tak berseri sebab aku ni nama jek banyak simpan petua tapi nan hado jek nak amalkannye..

Kulit muka segar kemerahan
Ambil sebiji tomato masak, lenyek hingga halus. Sapukan ke seluruh muka. Biarkan kering selama 20min dan bilas. Amalkan seminggu 2 atau 3 kali.

Menghaluskan kulit wajah
Didihkan susu segar atau susu tepung bercampur air. Biarkan ia sejuk sebelum disapukan pada muka. Biarkan kering dan basuh.

Menegangkan kulit muka
1.Gunakan tepung ubi kayu dan timun yang sudah dihancurkan kedua2nya lalu campurkan kedua2nya dgn sedikit air. Kacau rata dan jangan terlalu cair. Selepas itu sapukan di muka hingga kering sebelum dicuci.
2. Rebus segenggam biji manjakani di dalam periuk tanah sehingga menggelegak dan pekat. Apabila suam, sapukan pada wajah atau kulit bermasalah. Tunggu kering sebelum dicuci.

Merawat kulit berkedut
Parutkan sebatang lobak merah dan dicampur bersama sesudu tepung jagung dan sebiji kuning telur. Kacau bancuhan untuk disapu ke kulit sekali sehari.

Kulit cerah dan licin
Ambil sebiji limau nipis dan dibelah dua. Semasa mandi, gosokkan pada muka dan seluruh badan. Kesannya kulit akan cerah dan harum.

Menghilangkan jerawat
campur bedak sejuk dan sam jawa. Sapukan pada jerawat. Ia akan hilang beransur-ansur.

Hilangkan panau
Tumbuk sepotong halia atau belereng hingga lumat dan sapukan ke muka. lakukan setiap hari sebelum tidur.

Itu sajalah buat masa ini ye... Nanti2 aku share petua rambut, mata dan ape jelah yg sesuai.. daaaa....

3 Magic Words:

nuyui a.k.a miss NUSHA said...

petua yg menarik ni kak!!

kena try lau ade mase.. heheh..

mls sbnrnya!!

AnneRaini said...

samela akak pun malas..lagi2 dgn anak mengacau..memang tak buat ler

Aida Azryn said...

wah bagus ni kak. thx sebab kongsi pasal petua2 ni. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...