Tuesday, July 26, 2011

Buat perangai la Kasyah ni...

Aku ngantuk giler sekarang... Pagi tadipun lambat bangun dek kerana tak mampu membuka mata yang masih ingin tertutup rapi walaupun tahu jam dah hampir nak pukul 7 pagi. Dalam hati dah rasa macam nak cuti saja tapi kuatkan semangat untuk pergi keje sbb baru jumaat lepas cuti. Ni sume gara2 si kecik tu buat hal malam tadi.. huwarghhh..

Boleh pulak die merengek2 macam orang ngigau. Kebetulan papa die belum tido, so die handle la tapi last2 Kasyah terus bangun dan bermain2 di waktu jam menunjukkan pukul 2 pagi. Hello..anakku, pukul 2 pagi bukan waktu bermain tau x. Sekejap die masuk bilik sekejap die pergi main kat hall. Sekejap die guling2 atas aku... Aku pulak memang mamai kadang2 terlelap terus and tibe2 aku terkejut tgk die sedang berdiri kat grill tingkap. Hadoila nasib baik cepat sedar sbb die berdiri sikit lagi nak jatuh katil... Bile nampak aku bangun terus die gembira sambil hangguk2 kepala macam tenagh layan lagu rock. tak sesuai ok. Bile die boring die keluar pergi hall sbb papa die ade kat situ. Aku terlelap lagi tapi tibe2 terjaga sbb dengar bunyi bising tapi bukan bunyi my husband suruh Kasyah tido. Sah laki aku dah tertido tapi anak aku dok main sorang2. Aku keluar tgk Kasyah tengah main kunci. Aku tengok jam pukul 4 pagi. Wei, anakku! Takmo tido ke?

Aku terus buat susu sbb tahu mesti die haus. ye memang betul. Die nampak jek susu terus grab dari tangan aku. Lepas minum susu ingat die nak terus tido tapi nan hado.... Layan lagi die guling2 atas toto sampai aku sendiri tak sedar bila aku tido and bile Kasyah tido. Aku sedarpun sbb dengar sayup2 bunyi alarm henpon dlm bilik. Terus bangun tgk jam pukul 6 pagi. What? Aku ngantuk lagi ni. Terus sambung tido and nasib baik husbandku tak keje and boleh soh die hantar lambat sikit.

So mood hari ni memang mood nak tido jek. Tak syok pulak kite dok ngumpat si kecik ni tapi kite tak letak gambar die...Mari tengok gambar budak buat hal malam tadi ni..huhuhu




daaaaa........

3 Magic Words:

nuyui a.k.a miss NUSHA said...

amboi,nakal dia!!

Fieza79 said...

haishh apa hal la yg buat dia takmo tido tu hah..lama tido di siang hari kot anne..?

AnneRaini said...

kak fieza: entahlah nape die takmo tido. Xtau pulak kalo die tido lame kat taska...sy yg ngantuk nak layan..hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...