Wednesday, July 20, 2011

Buffet Ramadhan - Cyberview

Ramadhan tinggal lagi 11 hari je.. Mesti ada yang dah sibuk pasal persiapan raya kan? Eh, akupun tak terkecuali lah. Berkira2 berapa helai baju untuk Kasyah, kasut raya, kuih raya dan banyak lagilah. Tapi still berpada2 berbelanja takut lepas raya aku terpaksa telan serdak kuih pulak sbb semekin.

Citer pasal bulan pose nikan, mesti ade yang dah fikir menu apa nak masak untuk buka. Gila melampau. Puase tak start lagi dah fikir nak makan apa..hehehe.. Biasalah tu naluri nak makan sedap tu tak boleh dikawal. Oh ya, aku sebenarnya nak share pasal buffet ramadhan kat Cyberview Lodge Resort & Spa Cyberjaya ni. Sekarang ada promotion untuk beli awal voucher buffet ni. Boleh dapat harga murah iaitu RM69++ shj. Tapikan RM69 ni untuk minggu pertama dan terakhir ramadhan saja. Untuk minggu kedua dan ketiga harganya adalah RM79++. Nak kata murah sgt tu taklah tp utk 5 stars hotel harga tu berpatutan.


Kenapa aku beria pasal buffet ni? Sebenarnya (kalau jadi) aku nak makan kat sini sempena anniversary aku dan suami yang ketiga. Dah anniversary jatuh bulan pose so kite sambut dgn buke pose kat hotel jela. Nak cari hotel lagi murah banyak kat KL sedangkan kami nak kena balik amik Kasyah lagi. Kalau dah balik Putrajaya pastu nak pergi KL pulak, memang buka dlm ketelah jawabnya. So setakat ni Cyberview ni yang paling murah. Equotorial pun dah nak cecah RM100 sorang. Taknaklah yang mahal sgt sbb aku ni bukan kuat makan. Yang Cyberview nipun dah rasa mahal tapi sbb takde pilihan so mungkin pilih sini saja.

So kalau korang nak buka puasa di sini, boleh call no yang ada kat poster atas ni. Semalam mereka hantar senarai menu buffet ni. Mak oii, byk giler. Kambing panggang pon ada. Lebih 100 menu dalam pilihan. Melantaklah ko sampai lebam..hihihi. Untuk senarai menu boleh klik sini

Okaylah, kalau sesiapa ada info psl buffet ramadhan yang lebih murah sekitar selatan KL ni bolehlah bgtau aku... Selatan KL tau. Tgh KL aku takmo.

p/s: Serius aku bukan artis. Tolong jangan kacau aku.

4 Magic Words:

Mamamya said...

x der gilernya anne..akak pun sama...hari2 sambil masak dok b'angan dah ama lah menu yg best utk dihidang masa b'buka nnti....bukan je citer nak sambut pose je...citer pasal persiapan raya pun sama....over ekk...heheheeeee....

nuyui a.k.a miss NUSHA said...

wah,patutlah merancang sakan ni..

Mama Gee said...

walaupun mama kuat makan...tp bab2 buffet ni rugi kalo bawak mr B...dia tak kuat makan....skitt je makannyaa....huhuhu

Ameer said...

Sedap ni kalau berbuka puasa dengan buffet....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...