Thursday, July 14, 2011

Petua Cantik ~ part IV

Salam semua....

Dah lama tak kongsi petua cantik... So harini dengan sedikit masa yang aku sempat curi, aku share tips cantik untuk mulut pulak... Mulut ni fungsinye pelbagai... Nak makan guna mulut, nak minum guna mulut, nak mengumpat guna mulut, nak gaduh pun boleh guna mulut. Malah nak tuuuttt pun boleh guna mulut...ooppss!

Mengelakkan mulut berbau
Ambil tujuh helai daun sirih. Hiris halus, kemudian diramas dengan air suam. Campurkan garam, berkumur setiap hari dengan air itu...

Memutih dan mengilatkan gigi
Ambil beberapa helai daun kelapa kering. Bakar hingga jadi abu. Gosokkan gigi dengan abu daun kelapa itu. Lakukan setiap kali membersihkan gigi.

Gusi bengkak
Hancurkan umbut nenas. Campurkan sedikit garam halus lalu disapukan pada gusi yang bengkak. biarkan sehingga kering.

Atasi masalah suara serak
Campurkan asam jawa dengan air sejuk sebelum direndam mahupun diramas. Masukkan ke dalam peti sejuk. Minum dua kali sehari.
Gunakan dua biji bawang besar dan kulitnya dibuang lalu dikisar hingga hancur. Tapis dan ambil airnya. minum dua kali sehari selama dua hari berturut2.

Okay.. Itu saja tips mudah kali ni.... Boleh cuba kalau nak cantik. Kalau rasa diri tu memang cantik, boleh cuba untuk jadi double cantik..hihihi

daaaaa.......

5 Magic Words:

Mama Gee said...

heheheeh bab 'tuts' tu yg tak tahan tu....kentut yaa... :D

anyway tq for sharing...

daun sirih susah le nk cr skrg...

Fieza79 said...

byk petua leh try ni...tq anne..

ieda said...

ahhahah yg tuttsssssss tu menarik perhatian akak ekekek gatai kan ! ngeeeeeee

ta[i betullah dikkk semua tu harus dititik beratkan :)

Khamiza-Khalisha said...

wah anne byknya petua dia kasi..

merahitujambu said...

terima kasih share..wah...terbaik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...