Tuesday, September 13, 2011

Hati tak tenang

Ikutkan hati nak jek aku amik cuti tapi memandangkan ujung bulan ni nak kena amik cuti lagi so terpaksa aku biarkan saja...Tapi bila terpaksa keje ni hati mulalah tak seronok.. Dok teringat2 anak kat rumah. Sekarang Kasyah tak sihat. Muntah2 dan berak2.. Kesian dia. Badan pun dah susut dah. Asik merengek jek. Mungkin sbb badan rasa tak best. Apa je yang masuk dalam mulut die, mesti akan muntah semula. Dahla tak makan, pastu berak2 pulak...Mane tak kosong perut tu...Alahai sayu jer hati ni tengok die merengek lapar dan haus tp die pun cam takut2 nak minum susu sbb mesti muntah balik...

Sume ni start hari sabtu haritu... Salah laki akula. Geram betul kalo ingat balik. FYI, malam hari sabtu tu kami buat makan2 so siang tu aku mmg busy gile menyiapkan apa yang patut. So Kasyah mmg dibawah pengawasan papa diela. Tapi boleh pulak laki aku tu sibuk nak main laptop. Kasyah pulak mmg pantang kalo org on laptop tu die pun mesti nak join sekaki.. Yang laki aku boleh biar jek anak cube nak panjat kerusi nak main laptop sama dgn die.. Last2 Kasyah jatuh terhantuk meja.. Berderau darah aku tgk kelopak mata die berdarah.. Risau kalau mata die yang luka. Terus kami pergi klinik. Aku tinggalkan semua yang aku buat kat dapur tu. Menurut doktor kelopak mata Kasyah kena jahit sbb lukanye dalam tapi sbb Kasyah tak reti diam doktor xberani nak buat. Lagipun darah Kasyah tak keluar banyak dan dah berhenti. So doktor kata cuci je dgn air suling sbb takleh letak ubat takut masuk mata. Petang tu, Kasyah start muntah2. Minum suus muntah, makan muntah. Badan pun dedor jek. Tapi sbb die aktif kami still ok lagi. Masa tido pon die muntah2 gak. Esoknye sbb die muntah lagi kami terus ke klinik lagi.. DOktor terpaksa refer ke hospital sbb die kate muntah2 tu sign of trauma..

Kami terus ke hospital Serdang. Doktor cakap tekak die bengkak and maybe sbb jangkitan kuman kerana luka tu. Dia kata kepala ok takde benjol ke apa ke. Die just bagi antibiotik dgn ubat demam saja. Die kata selagi Kasyah aktif, so nothing to worry. Aku call mak aku soh dtg jaga Kasyah. Takkan nak hantar ke taska pulak. Petan smlm lepas aku balik keje mak aku kata Kasyah melepek jek lepas makan ubat. Die nampak jek aku terus merengek. Senang citer sejak petang smlm asik merengek jek. Kurang aktif mcm selalu. Risau gak aku. Malam tadi kena pulak cirit birit. Dalam tidopun die boleh cirit gak. Tu yang hati ni tak seronok nak gi keje tapi terpaksa jugak. Hopefully harini Kasyah start recovery.

Aku ni kalo tgk luka kat mata Kasyah tu meluap2 rasa marah tau. Ikutkan hati nak jek aku sepak muka laki aku tu. Serius aku tak tipu. Tu juga yang aku cakap kat die. Yelah, kalo aku main laptop sibuk die suruh tutup sbb anak nak main sama. Tapi die boleh selamber biar anak memanjat sbb die sibuk nak main laptop.. Geram betul. nasib baiklah laki aku. Kalo tak mmg aku dah ketuk kepala die dgn tukul besi. Tau pulak cakap sory kat anak..

Luka di mata Kasyah... Lebih kurang 15mm panjang....

Hopefully anak aku bukan head trauma. Hopefully die cuma sakit tekak dan akan baik sehari dua ni...

p/s: Miss Malaysia tak dpt pergi semifinals..Benci! Nampak sgt politik dan bisnes menguasai...Biar sebagus manapun, kalau bukan dari negara popular mahupun berkepentingan, jangan harap nak dpt peluang...Miss Universe Sucks!

3 Magic Words:

nuyui a.k.a miss NUSHA said...

alahai,cian kasyah..

moga dia cpt sembuh yer..amiiinn..

SweetLikeWhat said...

kesiannya kasyah..sabar ye kak..moga kasyah cepat sembuh..

Mamamya said...

aduh lah...kasian kasyah...smpi trauma jadinya.... moga cpt sihat yer...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...