Wednesday, September 7, 2011

Panas! Panas! Panas!

Panas hati aku. Bulan2 raya ni ingat takmo nak marah2 orang tapi meletus gak bom jangka aku ni.. Gerammnyer.....Lupakan dulu cerita pasal raya ok. Meh sini aku nak luahkan rasa sakit hati yang amat pada taska anak aku tu. Taska Vonad yang lebih sesuai ditukar nama kepada taksa tenat.

Korang ingat tak aku pernah mention pasal taska anak aku tutup masa puasa haritu? Yang aku bengang diorang tak bagitau diorang kena tutup lagi seminggu..Alah yang ni dengan yang ni...Kan aku dah cakap kat die yang aku cuma akan byr separuh saje. So semalam aku cek bag Kasyah tgk ada kad pembayaran tu. Cek2 tengok die letak jumlah kena byr RM350. Maknanya kami kena bayar penuhlah. Huii,bengang aku sbb aku dah khabor awal2 aku xnak byr. Jaga Kasyah baru 6 hari tapi bayar nak penuh. Mana adil. So pagi ni aku tulis note pada penyelia tu suruh die kire semula berapa kena bayar sbb aku taknak bayar penuh. Suami pulak try call owner tu untuk bagitau kami nak jumpa die. Tapi owner taska tu tak angkat2 tepon. Korang nak tau tak, kami try call owner tu since kejadian taska tutup tu lagi sampai skrg tak dapat2....Musykil betul.

Last2 aku try call taska tu. Good penyelia taska tu yang jawab. So aku tanya die dah bgtau owner tu ke belum yang aku xnak bayar penuh? Die cakap dah. Aku tanyalah apa owner cakap. Die kate owner tu cakap parents lain boleh je bayar penuh. So akupun kenalah bayar penuh gak. Hangin dah ni. Terus kena berdas2 tembakan mulut berbisa aku tadi..



Aku: Habis tu, parents lain ada tak masalah macam saya?
Takde kan?
die:Memanglah tapi bukan kite yang nak tutup taska. Pejabat
kesihatan yang suruh..
(masa ni aku dah start naik hangin dah)
Aku: Taska tu tutup 2minggu tu salah saya ke? Taska kena tutup sbb penyakit tgn kaki dan mulut tu salah saya ke? ada budak kena penyakit tu salah saya ke?
die: saya bukan nak salahkan puan..
Aku: dah tu? penyakit tgn kaki dan mulut tu sbb ape? sbb kotor kan? maknanya taska tu kotorkan? itu semua salah saya ke? Awak kalo kami awal or lewat amik anak bukan main awak berkira. Seminit pun awak kire. Habis bile taska tutup 2 minggu kenapa tak pulangkan balik duit kami? tu salah saya ke? Dahla kena tutup 2minggu.. saya terpaksa import mak sy dari kampung, hantar mak saya balik kampung lepas tu awak tutup lagi... terpaksa pulak sy balik kampung, amik cuti hantar anak sy balik kampung semua kos tu sape yang tanggung? awak? saya jugakkan? Selama ni saya tak pernah berkira tau x? sampai 3 minggupun sy tak hantar anak sy, sy tetap bayar penuh. Ape je jadi pada anak sy pernah sy komplen? Anak saya calar sana sini, lebam sume ade sy marah2? Tapi sbb awak dah buat hal sampai menyusahkan sy jadi sy tak boleh nak diam. Kenapa awak
tak call sy bgtau taska tutup?

die:kami dah htr sms dah..
Aku:kenapa tak call? kalau telefon sy rosak macammane? awak fikir hntr sms sume org akan tahu? Awak ingat sy suke nak marah2 macam ni?
(sebenarnya panjang lagi aku cakap..kite pendekkan jelah ye..penat nak taip :p)
Aku: Awak cakap dgn hajah, sy taknak bayar penuh. Saya jadi marah sbb apa yang awak dah buat pada sy.
die: Hajah cakap nnti die jumpa puan.
Aku:Call sy bila hajah ada kat taska.

Hah, lebih kurang gitulah perbualan aku dgn penyelia taska tu. Memang angin marah naik ke kepala. Serius weh, aku mmg tak suke nak marah2 orang luar. Selama ni aku diam jek. Apa je benda yang aku tak puas hati, aku cume bebel kat suami aku je. Bile suami aku kate nak komplen kat hajah, aku selalu kata tak payah. Tapi kali ni betul2 dah buat aku sakit hati sgt. Korang ingat senang ker nak amik cuti tibe2 pastu pecut balik kampung and kemudian balik semula ke kl. Dahla mak aku terpaksa naik bas sorg2 utk jaga anak aku seminggu and balik semula sbb igt taska dah bukak. Pengorbanan tu beb tinggalkan bapak aku kat rumah.

So aku nak tanya korang salah ke kalo aku nak byr kurang bulan ni??? Taska tu tutup sbb penyakit tgn kaki dan mulut dan penyakit tu berpunca daripada tidak menjaga kebersihan, so salah aku ke? Bukan anak aku yang kena. Lepas seminggu pejabat kesihatan dtg cek and diorg kena extend lagi tutup taska seminggu yang bermakna taska tak cukup bersih untuk teruskan operasi. Itupun salah aku ke? Aku terpaksa suruh mak aku dtg seminggu dan hntr mak aku balik lepas tu, tu salah aku ke? Aku terpaksa hantar Kasyah seminggu lebih smpi raya balik kampung, tu pun salah aku ke?

Salah ke aku????????????????

14 Magic Words:

nuyui a.k.a miss NUSHA said...

mmg bukan salah akak!! hampeh..

p/s: akk halakan cursor mouse tu pd gmbr..kompem jelas =) sje nak kasi akk wat kerja lbh..hahah

SweetLikeWhat said...

tak payah bayar jer kak..geram betul lah..

Puan Gee said...

mmg panassss nih...
jom kita bakoo je taska tu...huhu

ieda said...

salah bila dia x inform parents tuu akak x leh terima .. so kalau dia dah nyusahkan kita , jelaskan baik2 dik ngan hajah tuu , harap2 hajah paham kan :)

Wanita2u said...

Jom join giveaway dari Wanita2u pula. :)
Hadiah mmg sangat menarik. Berbaloi-baloi join. Hehehe.

http://portalwanita2u.blogspot.com/2011/09/wanita2u-2nd-giveaway.html

C.M.A @ CikMoonAdnan said...

kalau moon pun marah jugak... xpatut langsung dia wat gtu... mcm lepas tangan pon ada gak.. wat keje sambil lewa...

wahida said...

mmg tak patut dia mintak bayar penuh..kalau aku pun, aku bayar separuh jer...

mmg menyakitkan hati taska mcm ni...tukar taska lain la...kalau dah ada kes lebam2 bagai, jgn diamkan jer...

Mamamya said...

waduhhhhh.....b'asap2 ni anne..tp mmg x s'pttnya lah anne bayar penuh klu dah smpi 3 minggu taska tutup...x kan lah jaga 6 hari nak bayar smpi 350...byk tu...

harap2 masalah ni dpt diselesaikan bila anne n suami dpt jumpa hajah tu nnti...sian kasyah...cari lah taska lain anne....kat situ kebersihan pun x terjamin....pastu siap lebam2 lagik..aduh lah,,,sian anak tu...

eyma said...

hmmm...ank sy dulu pun htr sini gak tp sbb x puas hati, sy keluarkan ank sy..
kalo kita bising2 kat penyelia atau owner takut nnt ank kita yg disabotaj mereka atau mendpt layanan yg kureng..

my personal view, taska di tidak diuruskan dgn baik oleh pengusaha kerana pengusaha mempunyai byk mempunyai rangkaian TASKA dan mempunyai perniagaan lain (training centre), oleh disebabkan itu, taska2 cawangan seperti ini tidak di awasi dan uruskan dengan sempurna...


..

AnneRaini said...

eyma tak sangka pulak ada juga yg tak puas hati ye..sy hntr anak smpi ujung thn ni je. thn depan jiran bawa rumah pulak jaga.. malas dah nk hntr taska tu..

Kak Zabedah said...

Taska ni memang masalah banyak... Dia punya owner bukan peduli pun... Janji untung jer... Harap anak anak kat situ selamat insyAllah.. Tu belum lagi citer yg tak di gemari didengar mcm teacher cubit sampai lebam.. Teacher tidur pastu anak2 jagaan play sendiri sampai cedera.. Ada masa owner kalau ditegur ntah apa angin kita pula kena marah balik... Patutler ramai teacher berenti pastu amik teacher baru main cincai jer janji ada training sikit2 terus amik.. Redha jerlah... Akak memang dah tak hantar sini lagi daaahhh.. Serik

Hjh Ummi Has said...

Kitaorg nak hantar taska ni pun tak jadi. Kalau tgk website dengan facebook page dia dengan orang yang reply tu mcm bagus tapi bila tgk dengan mata sendiri alahai, Memang betul komen komen kat atas ni. Pergi tempat lain pun lagi bagus.

Taska ni antara taska yang takda limit intake dia, selagi ada orang nak hantar dia amik dan sumbat jer. Takda pengajar tak mencukupi amik jer mana2 yang nak kerja untuk cukupkan syarat, tu yang iklan cari pengajar sampai dalam laman web mudah.my pun ada.

Harap sesiapa nak hantar taska ni boleh konsider tempat lain dulu. Banyak sangat isu tempat ni.

Hjh Ummi Has said...

Kitaorg nak hantar taska ni pun tak jadi. Kalau tgk website dengan facebook page dia dengan orang yang reply tu mcm bagus tapi bila tgk dengan mata sendiri alahai, Memang betul komen komen kat atas ni. Pergi tempat lain pun lagi bagus.

Taska ni antara taska yang takda limit intake dia, selagi ada orang nak hantar dia amik dan sumbat jer. Takda pengajar tak mencukupi amik jer mana2 yang nak kerja untuk cukupkan syarat, tu yang iklan cari pengajar sampai dalam laman web mudah.my pun ada.

Harap sesiapa nak hantar taska ni boleh konsider tempat lain dulu. Banyak sangat isu tempat ni.

Makcik Ku said...

saya dah tengak tempat ni masa diaorang hari terbuka hari tu, memang betul macam apa komen yang saya baca kat sini, ada pontensi masalah, kalau tengak sekali imbas macam bagus tapi bila teliti betul betul baru perasan..saya cek kat google ni, kalau macam blog ke atau facebook ke yang bagi review tempat ni hebat dan komen semua indah rupanya kebanyakan diaorang ni sedara mara dengan owner rupanya, tu yang nampak macam indah jer komen jer, tolong promote ler katakan. saya masa time tu siap selisih ada sorang kakak kat situ dia cakap dia ada hantar anak dia kat sini tapi tahun depan dia akan cari tempat lain, dia cakap sini banyak isu dan pernah dia cadangkan dekat situ pasang pagar grill supaya anak jagaan tak panjat area tingkap, staff situ selamba jer buat macam tak dengar sampai sekarang pun takde. Staff pun asyik bertukar tu yang taska vonad ni depa ni sapu seberapa banyak anak anak jagaan yang dapat tanpa peduli pun benda lain. Walaupun cat baru dengan macam macam mainan untuk anak anak jagaan siap ada diskaun lagi kalau jadi nak hantar anak saya ni... takpalah saya cari tempat lain yang lagi baik... setakat banyak cawangan dengan sijil JKM ... kualiti takde dan asyik kira duit masuk jer... susah juga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...