Friday, September 9, 2011

Raya kedua

Meh sambung citer raya kedua pulak...Hari ni tak byk amik gambar pun sbb sibuk beraya saja. Raya kedua turn balik kampung mak pulak. Kat Segamat gak. Tak jauhpun. Kami gerak dalam pukul 10 pagi.. Terus ke rumah maklong. Jalan sana sini 10 rumah kami terjah. Last sekali tentulah ke rumah makcik aku yang aku panggil cik. Rumah atok akupun sebelah je rumah cik ni. biasanya rumah cik jadi pilihan untuk lepak2 baring tido lepas penat berjalan. Lagipun kat rumah cik lah kami makan tengahari..hehe. Lauk haritu spesial utk kami udang galah masak lemak..Terbaik.. Gambar mmg xdelah ye..Busy makan..

Alkisahnya sblm gerak balik kampung tu aku suruhla suami aku setting kamera utk amik gambar kami anak beranak. Yelah semalamnye kan tak sempat nak amik sbb Kasyah tido...Nak tengok ape jadi?????

Hah ginilah rupanya. Langsung tak boleh dibuat gambar raya famili tau.. Kasyah takmo amik gambar....Asik nak melepaskan diri jek...

Tengoklah tu..Tak reti diam...Geram aku tau... Buruk beno gambarnye.. nak tau kenapa die takmo amik gambar??? tengok bawah ni..





Sibuk nak main tolak kete dgn sepupunye tu... Bukan die nak naik. Die cume nak tolak jek... Hailah anak..anak...

Raya ketiga mulanya takde plan sbb ramai gak mak2 sedara adik beradik mak abah aku call nak dtg. Lepas diorang sume balik mak terus ajak kami pergi beraya ke keratong rumah atok sedara dan makcik aku yang juga adik abah aku. Jangan tak tahu abah aku aad 9 orang adik beradik hidup tau.. Kalau takde yang meninggal 11 orang semuanya.. Mak aku pulak adik beradik satu ayah je ada 7 orang. Adik beradik tiri ada 3 orang. Memangla ramai mak2 sedara aku ni. Tu lum campur lagi dgn sepupu2 mak aku dan abah aku...Memang ramai.

Malam raya ketiga tu lepas kami balik dari keratong, cik aku pulak dtg...Raya keempat pulak turn aku beraya ke rumah kawan2.. Tahun ni tak meriah sbb cuma aku dgn kawan baik aku izan jek yang dpt join. Yang lain2 nan hado jah. Xpelah zan, dah mmg kite ditakdir bersama forever beb!hehe..(saje jek kasi shaz jeles)... Balik dari rumah kawan aku tu kami terus ke rumah atok suami aku dan terus balik rumah mak mertua aku pulak...

Sabtu tu mmg turn raya belah suamilah. Kami raya sampai Melaka sana tau. Seronok sbb malam tu makcik suami belanja kami makan seafood tepi laut kat pengkalan balak. Sedap weh...Hari ahad pulak balik semula ke rumah mak aku and kami pergi beraya ke rumah pakcik aku yang duk sefelda dgn aku..Jauh2 dah pergi, rumah pakcik yang dekat tu dah nak balik baru pergi..hahaha... Malam tu kamipun gerak semula balik ke Putrajaya... Gitulah kesahnye....Malas aku nak buat part2 lagi...okaylah..daaaa...

p/s:Semalam suamiku kata kawan opis die bg idea kalo nak buat makan buat mee hailam..huhuhu ..dulu dah buat mee hailam takkan nak buat lagi..nampak sgt diorag kemaruk mee hailam aku...hahaha riak..:p

5 Magic Words:

nuyui a.k.a miss NUSHA said...

amboi kasyah..dia plak nak tlak org ea..

meh2 tolak aunty lak..ngeh3

Rizziela said...

samalah dengan bujang saya..bukan main susah lagi nak ambil gambar dia

ainnoraini said...

tak banyak gambar raya tahun ni mase kat kg...sibuk beraya dan makan2 jer...

Uncle Lee said...

Hi, you have a very nice blog and I enjoyed looking thru the pics here.
Have a nice weekend and keep a song in your heart.
Lee.

SweetLikeWhat said...

amboi kuat betul kasyah nak tolak orang besar dari dia..hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...