Thursday, September 8, 2011

Satu hari di hari raya

Jom sambung citer raya lagi. Harini citer hari raya pertama kami. Biasalah raya2 ni aku bangunlah awal sikit. Kul 6 rasanya aku dah bangun dah. Itupun sbb Kasyah pon dah bangun sama. Die kalau dah bangun mmg merengek ajak keluar jela. So akupun dukung die bawa gi abah aku yang mmg setiap pagi kena layan die tgk ayam kat belakang rumah. Tapi since masa tu masih gelap lagi abah aku just dukung die dalam rumah je. Aku pulak tolong ape2 yang patut. Mak aku sibuk masak lodeh and bapak aku buat satay goreng. Seawal jam 7 dah ada jiran yang dtg hantar makanan. Awal betul sbb kamipun tak siap masak lagi. Takpelah biar diorang tiggalkan dulu bekas makanan diorang tu nnti mak aku pulang balik dgn makanan kiotang pulak. Kat tempat korang ada lagi tak tradisi tukar2 juadah time raya ni? Tempat aku mmg masih amalkan lagi so hari raya pertama tu mmg lauk penuh atas meja. Campur tolak ada 7 rumah jugak yang kitorg bertukar juadah ni. Kiralah sendiri berapa banyak lauk yang ada. Tapi beb gua mmg lupe nak amik gambar makanan. Makan gua tak lupa..hahaha.

Since abang aku yang sulung tinggal kat rumah mak mertua die yang sebenarnye dekat jek dgn umah aku, so mmg die bersiap kat sana jelah. Bile abang aku sampai je terus kami siap2 untuk amil gambar family. Masa ni dah dekat pukul 11 pagi dah.

Sementara tunggu abang aku sampai, snap2 la gambar... tapi aku taklah publish semua. Mau tak muat blog ni nanti...Si Kasyah yang menjadi kesayangan atoknye. Mana taknye telatah die mmg menghiburkan betul. DItambah pakai baju melayu comel tu. Makin ensem.

Tapikan, bile kitorang dah siap nak amik gambar family boleh pulak si Kasyah ni bantai nak tido. Ditahan2 tak nak kasi tido pon die bolayan je. Sudahnye macam nilah rupanya...



My family member yang tak begitu ramai. Aku 3 beradik saja. Aku anak bongsu dan anak pompuan sorang. Abang aku yang no2 belum kawen lagi. Tema taun ni coklat...

Second version Atok plak pegang Kasyah. Korang tengoklah ade die kesah. Tido gak walaupun dah pegang gitu gaya...Sudahnya tahun ni aku takde gambar family bertiga tau...

Sesi mintak ampun dan maaf. Kitorangnye sesi ni sempoi je. Takde sedih syahdunye.

Syok betul anak aku tido..huhuhu

Yeay semua dah dapat duit raya.... aku jek tak dapat duit raya.. Kesian kat aku.. :(

Selalunya raya pertama memang kitorang akan pergi beraya kat kampung abah aku kat Labis. Tapi this year kami pergi lambat sikit sbb pakcik aku dah call bagitau nak dtg. Makpun tunggulah adik die dtg dulu. Lepas pakcik aku balik lebih kurang kul 1 tghri ada pulak jiran yang dtg. Senang kate ramai betul orang dtg pagi tu yang menyebabkan plan raya kami jadi tersasar sikit. Lepas jiran tu balik, kami terus tutup tingkap dan pintu and chow...hehehe. Lepas zuhur beb baru gerak. Destinasi pertama singgah dulu umah pakcik aku aka adik abah aku sblm sampai kampung.

Tengoklah si kecik ni. Baru bangun tido. Dari rumah sampai dah sampai sini baru bangun. nasib baik die nak pakai songkok tu.

Amboi syedapnye makan...Aku tak bagi die biskut raya yang rapuh2 tu. Even bahulupun aku tak bagi. Aku just bagi kerepek pisang jek..hahaha kejam tak aku. Malas nak kasi sepah berterabur rumah org. Makan kerepek takdela hancur macam biskut...

Lepas tu kami terus menuju ke kampung. Total rumah raya hari pertama adalah 9 rumah. Kul 7 kami kena balik sbb malam tu maklong aku anak beranak nak dtg pulak. Penat giler raya pertama tu tp seronok. Makan pun tak hengat dunia. Huhuhu...Nnti aku sambung raya kedua pulak ye..hehe...daaaaaaaa....

4 Magic Words:

nuyui a.k.a miss NUSHA said...

syiok beraya ea..

suka tgk kasyah tembam tu!!

Fieza79 said...

amboi kasyah..penat beraya smpai tertido..hehee

ada jgk gambar ramai2 satu fmly..huhuu kfieza punya fmly kecik aje...mak ayah pulak langsung tk nak begamba...lansung tkde gamba raya fmly..

Mama Gee said...

tahun depan...nk tema choc plak :)

SweetLikeWhat said...

alah kesian kasyah ibu bagi makan kerepek jer ye..hehe..sangat comel tema coklat :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...