Monday, October 10, 2011

Apam dot dot

Salam Isnin semuaaa.......dah ptg baru nak sibuk bagi salam isnin bagai..hehe..Biasalah aku kalau Isnin mmg bizi pepagi.. Almaklumlah byk paper nak kena baca.. Malam tadi aku gi hantar makcik aku nak pergi haji.. Ramainya umat manusia.. Meriah betul kat kompleks tabung haji tu.. Tapi mmg taouchinglah bila makcik dgn pakcik aku tu dah mula kena panggil masuk...huhuhu. Yang ni nanti aku citer eh..

Harini nak update pasal kerajinan aku membuat apam dot dot ni... Alah apam yang glemer yang boleh dikatakan otai2 blogger masakan sume dah buat.. Aku buat apam ni sempena kencuri doa selamat makcik aku yang nak gi haji tu.. Majlis berlangsung 2hb so pepagi tu aku dah tercongok kat dapur utk buat apam ni.. Tghri jugaklah baru settle sbbnye acuan lompang aku ciput so tak dptlah nak kukus byk2 sekali... Tapi hasilnye mmg marveles..lembut dan gebuss jek...Kejadiannya pon subhanallah cantiklah!

Nak resepi ke? Aku igt2 lupalah sbb aku mmg tak simpan resepinya... Masa kat kampung tu aku call my husband and suruh die carikan dlm tenet resepi apam ni and aku saling base on apa yang die jumpa and baca je. So aku mmg tak tahu die amik kat website mana and nak kredit kat sapa..sory ye pada penyumbang resepi..


Apam dot dot aka apam polka dot

Bahan2.
3 biji telur gred A
200gm gula halus
275 gm tepung gandum
3 sudu teh baking powder
1 sudu teh ovellete
150ml susu cair
1 sudu teh esen ros (yg ni aku tmbh sendiri)
pewarna ikut suka

Cara2..
1. Campurkan kesemua bahan2 dan pukul dgn kelajuan maksimum sampai jadi gebu...(aku pukul telur dgn gula dulu pastu masuk bahan satu, satu..)
2. Bahagikan adunan ikut warna yang diingini...
3. Tuang adunan dlm mangkuk kertas dan corakkan dot dot..Lebih mudah masukkan mangkuk kertas dalam acuan lompang sbb aduan lembik dan untuk elakkan adunan tumpah.
4. Kukus 10-15min atau hingga masak..Jangan guna api besar sbb nnti apam merekah pulak..

Apam yang dah siap dimasak dan sedia untuk di bawa ke kenduri... Sorilah gambar2 kat kenduri takde sbb aku sibuk makan..ek??haha sibuklah dgn anak so tak berapa nak layan amik gambar. tepon pon tinggal dlm kete jek...


daaaaaa.......

p/s:Tak sangka ramai gak nak join mini GA aku tu.. Thanks semua...Minggu ni aku busy so sorry kalo aku tak jengah blog korang ye...

2 Magic Words:

nuyui a.k.a miss YUI said...

camner nak wat bulat2 tu?? cer citer..

Mama Gee said...

apam ni sebenarnya takdelah susah sgt nk buat kan...cuma malasss jek..hehee

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...