Wednesday, October 5, 2011

Cuti-cuti Sabah- Day 1- Part 2

Salam buat semua...ada yang rindu aku ke? Ke ada yang tertunggu2 entry sabah aku? Hehe sorrylah uolss aku mc hari Isnin.. Semalam pulak mmg langsung takde can nak update blog. Takpe harini aku rajinkan diri ye. Sambung pulak part 2... Lepas dah letak beg (belum check in lagi. Check in kul 2) memandangkan baru pukul 10.30 so aku mmg dah plan awal2 nak ke Gaya Street sbb hari ahad ada Pasar Gaya or orang Sabah panggil Tamu Gaya kalau tak silap aku. Pasar ni cuma ada hari ahad saja dari jam 6 pagi sampai 1 tghri.. Dah alang2 sampai hari ahad mestilah jengah ke sini ye dak? So akupun heretlah semua yang nak ikut aka kaki berjalan pergi sini. Family sepupu suami aku mmg tinggal kat hotel kerana masalah kesihatan. Jarak dari hotel nak pasar ni taklah jauh sgt. Rasanya lebih kurang 500meter. Tapi disebabkan cuaca kat KK mmg panas terik ko rasa macam dah jalan 10km dah.. Huii panas kat sana lain macam tau. Bahang wei mcm Langkawi. Ate sebelah laut kan.

Jalan wei jangan tak jalan. Panas pon panaslah yang penting dpt gi shopping...hehehe

Kalau jalan kaki mmg akan lalu Dewan Bandaraya Kota Kinabalu ni.. Pasar tu cume sebelah saja dgn DBKK ni.

Apalagi cargaslah kite mengambil gambar.. Cer tegok muka masing2 menahan panas...Jangan tak tau aku balik dari Sabah ni kena tegur kulit makin gelap... Dahlah mmg tak berapa nak cerah...haduilah..

Sampai jek pasar tu, Kasyah buat onar merengek nak susu sbb die dah ngantuk. Dah tengahari mmg waktu die tidolah ni....Tak memasal aku tercongok kat tepi kaki lima ni mcm nak mintak sedekah dah...Nasib baik takde org baling duit.. Kalau ada aku amik..hahaha

Masing2 mulakan aktiviti perabih duit. Tau tak kitorang sampai2 je pasar ni terus serbu gerai jual topi.. Panas kooo..hangat membara lagi. Kesian kat Kasyah sbb die nak tido tp kena panas. So topi sorang satu utk kami 3 beranak. Pastu suami aku pulak beli spek hitam sbb Rayban die tertinggal kat rumah...dah membazir RM15. Belum ape2 dah terbang RM70 sbb beli topi dgn spek tu...hihihii

Ada macam2 barang yang dijual kat pasar ni. Aku sempat sambar gelang mutiara air masin yang murah. RM15 saja. Tengok kat pasar filipina gelang yang sama corak dgn gelang aku RM45 kooo.... Nasib baik aku dah beli kat pasar ni. Kat sini juga aku ada belikan mak aku beg duit comel sbb beg duit syiling die dah punah rabak segala...

Antara gerai jual mutiara dan barang perhiasan wanita....Rambang mata tau tp disebabkan bajet aku terhad (tak gaji lagi) maka perbelanjaan aku turut terhad...

Baju2 pun ada tp aku taklah sibuk nak tanya baju kat sini...

Barang2 hardware pon ada...

Gong pon ada... kalau rasa larat nak bawa bolehlah beli hehehe

Seramik antik turut ada dijual di sini...Banyak lagi sebenarnya macam pets pon ada...Pokok2 sume ada...Taklah jauh beza dari pasar malam kat semenanjung ni tapi apa salahnye pergi jengah kan...dah alang2 mmg pergi ke Sabah...

Kami makan tengahari kat kedai2 area sini jugak. Hampir kul 12.30 kami pun gerak semula balik ke hotel sbb cuaca dah semakin panas. Sampai2 hotel masih tak boleh check in lagi.. Pukul 1.15 barulah kami dapat bilik... Yahooo boleh tido2 rehatkan badan sebelum sambung aktiviti di petang hari... Tapikan yang tak bestnye Kasyah dah bangun tido masa ni so kami mmg tak dapat nak tido sbb Kasyah ajak main..huhuhuhu

Kemana destinasi kami petang tu? tungguuuuuuuuu lagiiiiiiii.....

daaaa.........

4 Magic Words:

nuyui a.k.a miss YUI said...

syioknya shoping...

Mamamya said...

bestnya baca n3 ni...bila la akak nak smpi sna..kene tunggu anak2 besar sikit la kot.... tp yg x tahan tgk gmbr anne yg ke-4 tu...t'senyum2 akak nengok...haduiii lah...gitu lah nasib jadik mama yer...sabo je lah..demi anak t'syg....

amiey lee said...

huh tak sabar nak g sabah plak thun dpan :p

SweetLikeWhat said...

wah kak rase nak pergi jugak :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...