Tuesday, October 18, 2011

Kecoh budak 2 tahun kena langgar....

Okaylah, sejak petang semalam, memang kecoh pasal video budak 2 tahun kena langgar dengan van dan lori tapi malangnya takde seorang pon yang peduli. Budak malang tu dah terbaring berlumuran darah tapi orang yang lalu lalang tu buat dek jek... Video tu mmg tersebar dgn cepat dan ramai yang marah dengan kejadian ni... Kejadian ini berlaku di China dan bukan di Malaysia. Pagi ini pon HOT fm buat topik pasal ni...

Sekarang aku nak cerita fakta sebenar dan boleh juga dikatakan peringatan pada korang yang nak pergi ke China... Kalau korang jumpa or ternampak orang lain dalam kesusahan seperti seorang makcik terjatuh basikal, atau budak kecik dipukul or dibuli ataupun ko nampak seorang tua yang tibe2 diserang sakit jantung, sila jangan tolong.. Ye, benar2 kawan2. JANGAN TOLONG! Nak tahu kenapa? Sebabnya bila kau tolong, orang itu dah menjadi tanggungjawab engkau. Contohnya, kau nak tolong makcik yang jatuh basikal tu, katakan makcik tu patah kaki, maka ko yang kena tanggung sume kos perubatan die sbb ko yang tolong dia...Ataupun ko akan disaman oleh anak makcik tu sbb ko lah penyebab mak die jatuh... Inilah faktanya di China. Nilai moral dah takde. Mereka akan pentingkan diri sendiri sbb kalau mereka tolongpun mungkin mereka yang akan tanggung akibatnya... Serius wa cakap lu. Cerita ini diceritakan oleh ofismate aku yang membacanya dalam akhbar cina minggu lepas.

Dalam akhbar tu penulis bagitau ada seorang askar (kalau tak silap aku) menolong seorang tua yang terjatuh secara tiba2.. Kerana prihatin takde org lain nak tolong maka askar ni pon naklah bantu tapi anak org tua ni nampak die pegang mak die so die tuduh askar ni yang tolak mak dia. So askar ni kena saman dan terpaksa menanggung kos perubatan org tua tu.. Akibatnya die kena buang kerja. Jadi kes budak yang kena langgar ni pun sama. Baik biarkan jek budak tu sbb kalau tolong and jadi pape yang lebih teruk kat budak tu, diorang yang kena tanggung.

Nak tahu tak apa yang pemandu van tu cakap pasal die langgar budak perempuan tu? Mula2kan die dah terlanggar budak tu and die berhenti kejap sbb perasan die langgar budak. Masa tu budak tu berada di tgh2 antara tayar depan dan belakang. Die terfikir kalau budak tu mati, die cuma perlu bayar denda lebih kurang RMB10,000- RMB20,000 je tapi kalau budak tu hidup die kena tanggung akibatnya seumur hidup so die teruskan langgar budak tu dengan harapan budak tu akan mati. Itulah undang2 di China yang mana kalau langgar mati lebih senang nak kira drpd langgar hidup. So sekarang pemandu van tu sangat berharap yang budak kecik ni akan mati.. Terukkan? Ini bukan tipu tau tapi seperti yang tertulis dalam paper cina hari ni...

Jadinya kalau sampai di China ingatlah pesan aku ni... JANGAN TOLONG kecuali family ko sendiri... Kalau ofismate aku tu tipu maka tipulah aku... Semoga perkara ini takkan terjadi di Malaysia tercinta ini...

p/s: Aku dah siap buat list peserta GA tp mlm tadi lupa pulak nak buat cabutan..Insyallah malam ni aku cuba buat ye..hehe.. Sory

21 Magic Words:

nuyui a.k.a miss YUI said...

teruk btol undang2 depa..

patutlah rakyat dia cmni..

bangang sungguh!!

wan nurul hezrina said...

ada jugak ek undang2 mcm nie..nie info barunie..sbbkan undang2 yang cengginilah org sekeliling tak pahan erti tolong menolong..huhu

Mamamya said...

masya'allah...akak baru tau ttg undang2 kat china mcm tu...zalimnya!! ada jg dgr kat Hot.fm pagi td tp x dgr btl2 la sbb tgh sibuk uruskan anak2 pi sekolah....

hidup ke x yer budak tu....sedihnya....

Qhaifa Nur said...

kita yang tonton semalam pun naik geram..tak berperikemanusiaan betul..budak tu

ღnFashyaღ said...

cis teruk betul undang2 diorang tu. Takkan jejak kaki ke china....uwaaa... dashyat betullah!

Mama Gee said...

owhhhhhh itu mcm kaaa....patot arrrrrrr...huhuh

Nurul Syuhada said...

mengucap panjang membacanya~~~~

Wanita Mutalib said...

terima kasih kongsi :)

gadisBunga said...

siyes ni fes taim tau. scary ok....

betullah kita kene study dulu lifestyle org kt sesuatu tempat sebelum judge.

tapi, kes budak ni teruk sgt la.....

ღnFashyaღ said...

glemer ko anne, ade orang amik artikel ko ni n share dekat fb.....ko tau tak?

Me & The Boys said...

Hi Anne ye,I ada link kan u punye article ni dekat blog I tau.( I buat dulu baru mintak permission :)ok kan? Hu..thanks for sharing ye.

Bitt (double IS) said...

isk isk isk...hi slm singgah ;)

cik asam jeruk said...

kak aini mintak maaf. sbb mula2 sy xperasan. sy amik dr fb,ade org share. saya credit kt orang tu la.tp bila sy baca2 balik baru sy pasan dia ada linkkan blog akak.

jadi saya mohon kebenaran akak utk share ye.

terima kasih. btw,alang2 da jmpe.folow sini hehe :)

Miss Nadya said...

entry sini kan dak tu amik..

xpe2..sabar2..

mas saari said...

undang2 yang kejam namanya tu!

fiza said...

Baru tau mcm tu citernya. Nak minta izin...nak share dlm blog. Mekasih.

.:Mama Dhia:. said...

salam..nak mintak izin share dalam blog..

hidayahjamal said...

undang2 cina zalim. jatuhla trus china:(

ゆき said...

Kak,
Yuki kind of re-write your article a bit in English, (cos I just found this blog after Yuki baca kat facebook (org share punya share punya share)). Will update soon with credit to your article juga. peace

FiZ said...

artikel ni ke kak?saya bru bca kat fb tadi...hmm..pnt2 akak tulis pastu diorg xmintak izin pun kan...sabar ye kak...

h A n Y S said...

sapa yg gubal undang2 ni memang talak otak wo! e! geram!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...