Thursday, November 17, 2011

4 makanan untuk kurus

Tadi dah cerita pasal makanan yang dah kompem2 tinggi kolestrol, so skrg ni kite tengok pulak makanan yang boleh menguruskan badan. Dah lama jugak rasanya tak kongsi tips cantik kat blog ni. Tips kali ni aku ambil dari Berita harian. Saje jek nak berkongsi ilmu... Jom kite tengok makanan apa yang boleh buat kite kurus ni...

1. Teh Hijau
Rasanya dah ramai yang tahu teh hijau ni bagus. Cuma die pahit sikitlah banding dgn teh biasa tu. Berdasarkan kajian, teh hijau ni dapat menjaga berat badan stabil dan boleh meningkatkan metabolisme serta turut membantu membakat lemak dalam tubuh dengan lebih mudah.

Kajian sains mndapati apbl anda minum 2 hingga 4 cawan teh hijau sehari, ia akan membakar kalori di dalam badan sebanyak 17% lebih tinggi drpd biasa dan dalam masa yg singkat. Sebaiknya minum teh hijau semasa melakukan aktiviti untuk meningkatkan lagi keberkesannya.

Teh hijau juga antara penyelesaian yang dicari bagi orang yang ingin menurunkan berat badan. beberapa kajian menunjukkan ekstrak cannatic dan asid gymnemic dalam teh baik untuk mengurangkan keinginan untuk mengambil makanan manis. Selain itu, teh hijau juga membantu melancarkan penghadaman dan menstabilkan kandungan gula dalam darah serta suhu badan. Amalkan meminum teh hijau setiap hari seelok-eloknua sebelum makan.

2.Limau Gedang
Buah ini mempunyai reputasi yang baik dalam menentang lemak kerana mengandungi bahan khusus membakar lemak dalam tubuh. Pengambilan separuh daripada limau gedang sebelum menikmati makanan mampu menurunkan berat badan. Kajian mendapati limau besar ini mempunyai asid sitrik yang dapat menghambat kehadiran kalori dalam makanan.

Separuh drpd limau gedang hanya mengandungi 3 kalori. Selain dapat mengurangkan kalori, limau gedang juga mengandungi vit C yang baik untuk badan.

3. Cuka
Cuka memang sudah diketahui mempunyai banyak khasat sejak dulu lagi malah digunakan sebagai tonik kesihatan sejak beribu tahun oelh masy. Greek dan Mesir.

Pengambilan cuka sebanyak 1 sudu teh dikatakan mampu melambatkan rasa lapar kerana ia akan melambatkan proses pencernaan zat tepung. Bau cuka mungkin kurang disenangi tetapi khasiatnya banyak termasuk mencegah dan menyembuhkan pelbagai penyakit spt kanser, jantung, arthritis, alergi, gangguan pencernaan serta memecahkan molekul lemak sekaligus membantu menurunkan berat badan. Kajian menunjukkan orang yang mengambil 2 sudu teh cuka epal setiap hari selama lapan minggu dapat meningkatkan tahap kolestrol baik HDL (High Density Lipoprotein).

bagi umat Islam, cuka adalah makanan sunnah Nabi Muhammad SAW dan Rasulullah memakan roti bercicahkan cuka dan minum cuka bercampur air sejam sblm makan.

4. Halia
Sejak zaman berzaman, halia sering digunakan untuk melegakan rasa loya, masalah sukar penghadaman, arthritis, melegakan masalah kekejangan perut dan membantu melancarkan peredaran darah.
Halia juga dapat meningkatkan metabolisme dan membakar kalori kerana sel tubuh harus mengeluarkan tenaga ekstra hingga 20% untuk mengolahnya. Khasiat lain halia ialah meningkatkan suhu tubuh hingga merangsang mekanisme pembakaran lemak.

Bagi yang ingin menurunkan berat badan, bolehlah mencuba mengamalkan petua ini. Kisar 3 inci halia dgn setengah cawan air. Tapis dan perah sebiji limau dan sedikit gula. Amalkan meminumnya sblm tidur.

Wanita yang ingin langsing selepas bersalin kebanyakannya turut memanfaatkan halia. Antara kaedah yang digunakan ialah mencampurkan halia bersama lada hitam dan ikan bilia. Tumbuk lumat. Campurkan dgn air limau nipis dan dimakan bersama nasi panas sepanjang berpantang.

5 Magic Words:

nuyui a.k.a miss YUI said...

teh hijau leh tahan lg..

hukhuk..

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

salam anneraini...pasni kena cari ke4 barang nie..biar makin kuruzzzzz! :D

Unknown said...

kalu pakai cuka biase xboley ke?? huhuhu...

Unknown said...

kalu pakai cuka biase boley x ekk?

AnneRaini said...

salam..

seelok2nya guna cuka epal sbb lebih berkhasiat. 1 sudu cuka epal campur segelas air.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...