Friday, November 18, 2011

Aqiqah Kasyah

Dah nak masuk 2 minggu baru nak cerita.. Aparaaa aku ni, tak latest langsung. Patutlah takleh jadi blogger otai buat live update. hahaha.

Buat Aqiqah untuk Kasyah masa raya haji kedua haritu. Sebenarnya ini ajakan sedara mara kat kampung suami. nak tumbangkan seekor lembu so kami pon joinlah amik satu bahagian pastu buat sekali kenduri kat kampung. Patutnya buat hari raya pertama tapi sbb tukang sembelih tu sibuk so terpaksa sembelih hari raya kedua. Makanya pagi2 lagi kami dah bangun siap2 nak pergi ke tempat sembelih lembu. Tak jauh sangat dari rumah atok suami tapi still kena naik kenderaan ler. Tempat tu pulak kat tepi sungai jek. So boleh layan blues sekejap. hehe.

Sebelum proses sembelih berlangsung, kenalah ada sesi jual beli tukar tuan segala dgn tuan lembu ni. Suamiku bertindak jadi ketua pada yang lain2. So dielah kena bayar, sebut beli lembu sekian2 harga pastu yang lain2 yang amik bahagian akan salam dgn suami untuk amik bahagian masing2.. gitu pulak.. Dah orang soh buat gitu, kite ikut jelah..hehehe

Lembu yang nampak sedih menunggu waktu untuk berkorban jiwa dan raga. Orang kata takleh kesian. Kalau kesian takleh makan jadi aku buat dek.

Masa ni tukang sembelih dah sampai jadi masa untuk menumbangkan lembu ni. pestime aku tengok orang sembelih lembu ko....

Akhirnya masanya pon tiba... Dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim...

Tamatlah sudah riwayat seekor lembu hitam... Takpe lembu, pengorbanan ko tak sia2. Jasamu dikenang kerana ko telah berkorban demi bangsa, agama dan negara.. ek tetibe!

Setelah lembu dipastikan tak bernyawa lagi, bermulalah proses melapah lembu pulak tapi die lapah sikit jek. lebihnya kami bawa balik dan settlekan sendiri. Kake wooo.. Sampai tghari baru siap. Masing2 dah lepak dah.

Apa fungsi aku haritu? Biasalah aku menyibuk je. Hahaha. Sementara tunggu diorang melapah so layan gambar di tepi sungai sat. Best pagi2 kat sini.. Syok jek.


Dek kerana dah pukul 9.30 and Kasyah pon belum breakfast lagi, so akupun balik umah ikut bapak mertua aku yang nak balik hntr anak sedara aku. Balik tu terus sarapan sbb perutpon dah berlagu riang dah.

Tak lama lepas aku balik, diorang yang tinggal kat lembu pon balik bawa daging. So bermulalah kerja melapah dan memotong daging. Yang perempuan dok dapur siapkan rencah segala. Sampai kepetang sibuknya. Akupun dah petang tu sibuk nak mengemas nak balik KL pulak. Yelah, esoknye kan keje.


Syukur Alhamdulillah majlis berjalan lancar. Sorylah ye takde gambar masa majlis tu. Masing2 sibuk. Aku sendiri tak sempat nak tukar baju kurung. bantai t-shirts je. Lagipun aku bukan dok depan. aku dok dapur. hehe.

Malam tu kami gerak kul 7.30 malam and sampai rumah lebih kurang pukul 3pagi. Esoknye aku tak keje sbb batuk macam yang aku bagitau sblm ni. Itu jelah ceritanya. Malas pulak nak cerita lebih2. haha. daaaaaa...

p/s:ptg ni nak balik kampung.. bestnye sbb dah dekat 2 bulan tak balik... Tapi balik sendiri je dgn kasyah. Husband ada kelas...huhuhu

5 Magic Words:

nuyui a.k.a miss YUI said...

dah akikah akhrnya..

Mamamya said...

alhamdulillah selamat dah akikag kasyah :) anak2 ni firas sorang je akak x buat lagi nih...

anisalya said...

pernah jgk la tgk drpd tgkp rumah je lembu kena sembelih. tp dgr suara lembu tu je buat kita rasa kesian. huhuhu...

Manismadu84 said...

ko balik kg drive sendiri..kasyah x wat hal ke?

AnneRaini said...

manismadu:setakat ni die okay je tp nak kena sogok die dgn mainan dgn mknn..sambil tu kena layan die berbual..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...