Monday, November 7, 2011

Ayam pedas suka hati

Salam semua.. Masih dalam mood bercutikan? So macam mana hari raya korang semalam? Aku biasa je.. Nanti dah naik keje aku citer raya aku.. Aku masih di kampung lagi. Harini ada majlis akikah kat sini. Kami join jugak buat akikah untuk Kasyah. akikah beramai2 tumbangkan seekor lembu.. Insyaallah malam ni aku gerak balik KL.

Harini aku share satu resepi best. Bestlah bagi aku. Tapi kalau korang buat tak best tu aku tak tahu ye.. hehe . Aku bagi resepi ni nama Ayam pedas suka hati. Kenapa nama cam tu sbb sukahati ko lah nak pedas camne..hihihi


Ayam Pedas Suka Hati

Bahan (sorry takde sukatan betul2 sbb aku main campak je)

Ayam 6-8 ketul
Bawang besar dihiris
Bawang putih kisar
Bawang merah kisar
halia kisar
Cili padi 15-20 biji (ikut suke) kisar
Sedikit sos cili
daun limau purut
garam
asam keping
air secukupnya

Cara2:
1. Lumur ayam dgn serbuk kunyit dan garam. Goreng hingga masak.
2. Tumis bhn kisar hingga naik bau kemudian masukkan bawang besar. Tambah air sedikit utk kuah.
3. Mssukkan sos cili, daun limau asam keping dan kemudian masukkan ayam.Perasakan dgn garam.
4. Gaul rata hingga semua masak sebati . Siap.

Versi closap... Kami ni kalau makan mesti nak pedas2. Tak pedas tak sedap...Tak berselera gitu...

Selamat mencuba!

p/s: Esok mesti ngantuk sbb ntah pukul berapa baru sampai rumah..huwarghhh!

3 Magic Words:

Mamamya said...

best ni akak suka..selalu buat klu beli ikan keli...grg garing n masak mcm ni...

nuyui a.k.a miss YUI said...

pergh..nyum2!!

C.M.A @ CikMoonAdnan said...

haha ni mmg suka ati jer nie...

*lagi pedas lauk tu..lagi bestttt dan terangkat bila makan.. hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...