Wednesday, November 30, 2011

Medan Ikan Bakar Bangi

Petang semalam suami ku ajak makan luar..huh best ni sbb takyah masak..Eleh kalo nak masak pon bukan ada barang basah kat rumah..huwargh. Aku cam malas2 nak pergi sbb nak tengok tentang Dhia tapi sbb die kata nak gi beli barang dapur kat kedai 1Malaysialah, nak gi bayar duit kete lah, itulah inilah so aku ikutkan jugak. tapi last2 sesuka hati die je tukar plan. Sudahnya pergi makan je sbb gi ngambik ngan gi ngantor adik die jek dah lebih sejam...Sabor jelah... Last2 aku jugak yang tak dapat tengok tentang Dhia. Tu yang terpaksa aku download je tu..huhuhu..mencik!

Makan kat kedai makan Medan Ikan Bakar kat Bangi. Saje je nak test sedap ke tak.. Inilah lauk2 yang kami order semalam..Boleh tahan banyak...

Siakap bakar..Sedap weh ikan bakar die..boleh order lagi pasni..

Siakap tiga rasa. Kurang sedap sbb manis. Lain2 rasa tak berapa rasa.. Baik letak siakap rasa manis je..Aku amik sekor je ikan ni tp belah dua masak lain2.

Tomyam campur. Banyak perabah dia tapi kalo tak amik pon takpe sbb lauk lain dah banyak..

Kerang goreng pedas.. Malangnya tak pedas langsung.. Kerang ni tak abis so aku bungkus bawa balik. Petang ni leh panaskan balik.. Aku nak modified kerang ni jadi pedas dan sedap..

Sotong goreng tepung. Yang ni aku suka sbb tepungnya rangup jek. Tak macam yang aku makan sebelum ni. Dah macam jemput2 dah. Sudahnya dah macam makan jemput2 sotong..

Sebab tamak order jugak tahu bakar ni. Boleh tahan sedap sbb pedas sikit. Selain tu aku order gak kailan ikan masin dan telur dadar untuk Kasyah. Total makan semalam RM71.90. Bolehlah sbb portion sume besar2 kan.. Aku meratah lauk jelah..Nasi makan sikit saje. kalo tak nnti lauk tak abis pulak..hehe

My two angels. Kasyah semalam buat perangai. Dah kenyang sikit mulalah nak turun main kat bawah pulak. Lepas tu sibuk nak celup tangan dalam air laici papa die. Sudahnya papa die minum air laici yang dah jadi air basuh tgn Kasyah..huhuhuhu.

daaaaaaaa

p/s:Balik rumah dgn kadar segera nak kejar Cinta Elysa sekali jek persidangan UMNO lah pulak.. Kecewa ai tau..huhuhu

8 Magic Words:

nuyui a.k.a miss YUI said...

amboi..mewah mkn smlm ni..sedap2..hehhe..

adarnadzmie said...

semua menu sedap2 belaka... lapor balik la..hehe

Qhaifa Nur said...

kerang masak pedas, jarang orang buat...berselera nampak

bbq tu memang pernah masuk jjcm..try lah..

Mamamya said...

wahh...sotong grg tu mmg nampak rangup lah anne...ssh tau nak jumpa sotong grg tepung yg sedap..selalunya jumpa mcm yg anne ckp tu lah..dah mcm jemput2...sotong kecik tp tepung tebal..

kat melaka byk medan ikan bakar..plg glamor dah tentu lah umbai tp 2x akak pegi agak kecewa sbb makanannya x menepati citarasa mahai je lbh..huh

AnneRaini said...

nusha:bukan senang nak dpt mkn gini..haruslah kena merayu bagai tau..tp smlm takyah merayu pon dah dpt..hihihi

AnneRaini said...

Qhaifa: memang terasa cam nak pergi tp jauhlah..

AnneRaini said...

mamamya: betullah kak byk kedai buat jemput2 sotong bukan sotong goreng tepung..

kak, sy suke mkn kat umbai tu tp kedai yg lama tulah..suka kedai no 1 sbb menepati citarasa sy..

Adzrien Shoppe said...

terliur dibuatnya... rasa macam nak try pegi je..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...