Tuesday, November 1, 2011

Penipuan...

Kalau kite baca dalam paper, setiap hari ada je kes penipuan dilaporkan. Orang A tipu orang B, syarikat A tipu syarikat B, anak tipu mak, laki tipu bini.. macam-macam lagilah.. Dalam dunia ni siapa yang tak pernah menipu? Aku rasa semua orang pernah menipu. Cume yang bezanya tipu besar ke tipu kecik2 je. Macam kalau ko kata ko tak lapar sedangkan perut ko kemain rancak lagu pop dance berkumandang, itu dah kire menipu gak.. Betul tak?

Kenapa orang menipu? Banyak sebabkan. Bagi aku, aku selalu menipu sebab nak jaga hati. Yelah, kalau orang tu tak lawa, tapi takkan aku nak cakap terus terang yang die tak lawa. Aku mesti cakap, "okay jek, cantik apa!" Gitulah lebih kurang. Kadang2 tipu ni perlu jugak tapi janganlah sampai kau dianggap penipu. Menipu duit org lain utk kepentingan sendiri tu dah kategori jenayah dah. Menipu selagi pihak yang ditipu rasa senang hati lebih baik. Bukan menipu sebab nak menyakitkan hati pulak...


ehsan google.. si pinocchio yang suke menipu....



kenapa aku bangkitkan pasal menipu ni sebab sekarang aku dalam penipuan. Apa yang aku tipu dan kenapa aku menipu, biarlah menjadi rahsia. Bukan untuk menjaga hati sesiapa tapi lebih kepada mententeramkan hati sendiri.. Biarlah, suatu masa nanti aku harap aku tak perlu menipu lagi...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...