Thursday, November 17, 2011

Rendang Ayam Pedas Cili Padi

Amboi pagi2 dah masuk entry makanan ko. Ape hal? Haha, saje jek nak menjamu mata korang dan mengenceskan korang hari ni.. Raya dah lepas dah tapi aku pulak terasa nak beraya semalam... Bukannya apa ternampak resepi Rendang ayam kat kongsi resepi semalam terus aku klik. Rupanya resepi ni diberi oleh Ucu Bakery. Tapi aku tak salin pon resepinya. Ingat2 gitu jek.. Masak pon ikut suka aku nak campak apa dulu.. hahaha... Dek kerana dah teringin (sbb masa raya tak jumpe benda2 ni semua) maka balik kerja terus gi kedai cari bahan yang takde... Kebetulan sayur2 untuk buat lodeh pon ada dlm peti ais rumah aku, projek melodeh pon aku buat sekali..

Balik keje semalam suami aku mengadu lapar giler sbb tghari die tak makan. Terpaksalah aku bertungkus lumus masak dgn segera.Tak dan lansung nak refer balik kat resepi. Sebab tu aku kata aku main campak jek. Tapi siap pon 2 jam lepas tu kooo..hehe. Tak kesahlah yang penting hasilnya maveles sesangat...

Nak ke resepinya? Sebab rasa rendang ni maveles maka aku dengan senang hati nak kongsikannya.. Resepi asal boleh klik sini.

Rendang Ayam Pedas Cili Padi

Bahan2 (Versi aku masak)

8 ketul ayam
3 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1/2 biji bawang besar*
1/2 inci halia*
1/2 inci lengkuas*
1/2 inci kunyit*
3 batang serai*
20 biji cili padi* (aku letak lebih rasanya)kisar bahan bertanda *
1/2 sudu ketumbar (disangai dan tumbuk)
1/2 sudu jintan manis (disangai dan tumbuk)
santan dari sebiji kelapa
daun kunyit (hiris halus)
1 sudu kecil kerisik
gula melaka
garam
air asam jawa

Cara2.
1. Tumis bahan kisar hingga naik baunya. Masukkan ketumbar dan jintan. Kacau sebati.
2. masukkan santan, daun kunyit dan ayam.
3. Setelah separuh kering, masukkan kerisik. Perasakan dgn garam, gula dan asam jawa.
4. Tunggu hingga kuah kering dan bolehlah dihidangkan. (Kalau ayam belum masak leh tambah air dan biarkan kering semula.

Versi close up.. Tengok gambar ni pon dah buat aku lapar beb sbb sedap sangat...Bukan puji diri sendiri tapi memang sedap...hehehe

Lepas rendang masak, aku teruskan dengan lodeh pulak. Yang ni pon korang nak resepi jugak ke? Aku buat ikut suka hati aku je. Haha. Nasib baik aku rajin harini so aku bagi jugaklah. Ni lodeh versi putih sbb malas nak letak kunyit..hehe..

Masak Lodeh

Bahan2.
Sayur2 ikut suka
-kentang
-kobis bunga
-kobis
-kacang panjang
-lobak merah
-tahu kering
-suun
3 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1 sudu besar udang kering* tumbuk
1 biji lada besar (belah macam bunga)
santan dari sebiji kelapa
Garam secukup rasa

Cara2
1. Masukkan santan, dan bahan tumbuk dalam periuk. Masak atas api sambil kuahnya ditimbuk (betul ke bahasa aku ni) selalu. Kalau tak kuah berketul. tak cantik.
2. Masukkan kentang sbb kentang lambat empuk.
3. Setelah kentang lembut, masukkan sayur yang keras dahulu.
4. agak2 sayur tu dah masak masukkan bahan2 yang tinggal..Perasakan dengan garam.. Siap.

Menu makan malam semalam. jangan tak caya siap rebus ketupat segera tu.. Stok memang ada kat rumah lebih buat open house masa raya..heheh. Makan semalam memang heaven sungguh. Sampai aku rasa tak nak berhenti makan tapi perut dah kenyang bebeno.. nampak sangat kemaruk rendang. hehe.Sedap dan pedas beb. So hari ni aku bawa bekal nasi himpit dgn rendang utk lunch karang. Tak sabar pulak nak makan..huhu. Suami ku pulak aku bekalkan rendang, lodeh dgn ketupat utk makan kat opis die. Boleh tahan banyaklah siap aku masukkan dalam mangkuk tingkat.. Dah macam raya betul dah...hahaha.

Jom layan si bujang kasyah makan nasi himpit dgn lodeh.. Banyak die makan semalam.. Sedaplah tu..

Tengok dalam mangkuk sampai 3 sudu. Satu sudu untuk aku suap die. lagi 2 sudu memang utk die pegang.. Berangan nak makan sendiri..

Gamabr ni macam die dah besar je..Pandai dah sekarang ni posing bile nampak kamera.

Saje aku tak pakaikan die baju sbb die baru lepas mandi masa ni. Kalau pakai baju kang habis comot semua. Dah kena salin baju lain pulak...

"Mama, sedaplah. nanti buat lagi eh". Yelah tu macam mama ni rajin sangat.. hahaha...

Apa korang makan lunch karang????

4 Magic Words:

Qhaifa Nur said...

dapat makan rendang dengan pulut kuning aduh sedapnya...
saya lebih suka kuah lodeh gini...

Mama Gee said...

wahhh rendang cili padi laa...cik abg mama suke cili2 padi ni...leh terai nnti...bioo berasap telingaa dia makan...asekk omplen mama masak tak pedass jek..huhu

AnneRaini said...

Qhaifa:betullah kalo ada pulut kuning pon sodap..

AnneRaini said...

mama gee: kalo nak berasap telinga harus guna cili padi satu plastik..hihihi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...