Thursday, November 24, 2011

Tentang Dhia

Sejak dua menjak ni aku rajin pulak melayan drama Tentang Dhia yang keudara pukul 7 malam setiap isnin-khamis tu. Sblm ni aku malas nak layan drama2 bersiri ni takut melekat tapi yang ni aku terlayan pulak dan terbest pulak tengok..hahaha

Episod semalam buat aku tersenyum tersengih sorang2... Feelingnye rasa. muahaaaa... Paling best part yang Dhia panggil Zikir tu "abang". Suweeettttnyeeee. Kelakar jek tengok muka Zikir yang terkejut2 malu tu.. Lepas tu die pulak yang tersasul bahasakan diri die "abang"..bertambah2 suwettttt sgt...hihihihi..eiii suke suke suke! (hoi, dah2la tu perasan..)hikhik, okay2 aku sedar diri dah.

Tengok citer smlm tu teringat masa mula2 aku nak panggil suami aku abang. Masa tu kami tgh couple lagi. Sblm ni aku panggil die awak je. Sikit2 awak. Sikit2 awak. So masa gi raya, kawan aku ikutlah aku beraya sekali. Siap tido umah aku tu. So masa dalam kete kawan aku ni dengarlah aku panggil2 suami aku tu. Pastu die sound "apa wak, wak? Ingat biawak ke?" Hampeh punye kawan. Terus kami tergelak. So malam tu masa bergayut kat tepon, suami aku decide nak tukar panggilan ke abang dan sayang. Masa mula2 nak panggil tu kemain keras lidah aku nak menyebutnya. Asal panggil je gelak..Asal gelak je panggil..eh? Last2 kekallah panggilan abang sayang tu sampai sekarang..kuikuikui.

Korang nak tahu tak aku ni memang tak suka nak panggil orang abang. Memang dari dulu lagi aku tak panggil orang abang kecuali itu memang panggilan die. maksudnye kalau dah memang panggilan abang tu dah macam nama and semua org gelar die gitu, so aku panggillah abang jugak. Kalau tak aku mesti akan panggil abang siap dgn nama sekali. Contohnya macam Abang Din, Abang Zul, Abang Joe ke.. (eh, apsal sume nama ni takde kena mengena dgn aku?,,:p) Aku tak suka nak panggil orang abang sesuka hati. Aku rasa panggilan abang tu mcm sesuatu tau. Dah macam prinsip aku jugaklah takkan panggil orang abang tanpa sebab. Jangan tak tau, ada orang kat opis aku ni yang berumur more than 40 pon aku panggil nama je..huahuahua...

Tak sabar nak tunggu tentang Dhia petang ni.. tapi tak best pulak mak Zikir tu dah termakan rasuah si Rose tu.. Geram aku. Malam ni tak mo masak lagi sbb nak tengok Dhia..huahuahua...

daaaaaaaa....

1 Magic Words:

nuyui a.k.a miss YUI said...

xpernh tgk citer tu..

wah..biawak ea..haha.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...