Thursday, November 3, 2011

Udang blackpepper dan buah melaka

Dah lama tak masukkan resepikan? Apalah mimpi aku malam tadi? tetibe jek rajin nak masukkan gambar lauk di masak 2 hari lepas... Sebab aku dah boring makan udang sambal so aku terfikir nak masak balckpepper pulak... Hehe menjadi gak. Pada aku sedap jek sbb blackpepper mmg feveret aku... Dek kerana hari ni aku rajin maka aku bagilah jugak resepi Udang blackpepper ni

Udang balckpepper

Bahan2

400gm udang
1 biji bawang besar (dihiris)
2 ulas bawang putih (tumbuk)
1/2 inci halia (tumbuk)
1 sudu kecil lada hitam (tumbuk) aku suka pedas so aku letak lebih
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicp pekat
1 sudu besar kicap manis
i biji cili (dihiris) suke pedas guna cili api
1 biji tomato
Air secukupnya
garam secukup rasa

Cara;
1. Tumis bahan tumbuk dan hiris hingga naik bau.
2. Masukkan semua jenis kicap dan sos tiram serta tomato.tambah sedikit air.
3. Masukkan udang dan tunggu hingga masak. kalau suke kuah boleh letak air lagi ikut suka. Perisakan dgn garam..

Udang blackpeepr closap vesyen...haha

Hah, yang ni pulak kuih buah melaka atau onde-onde. Buat hari sabtu lepas sbb nak habiskan stok tepung pulut. itupun tak habis lagi. Bukan boleh buat byk2 sbb yang makan aku berdua je. Nasib baik kuih ni senang nak buat..Nak resepi gak ke? Aku bagilah sbb tgh baik hatikan :p


Buah Melaka

bahan2 (Untuk 2 org makan)
200gm tepung pulut
Jus pandan (daun pandan blend dgn air dan tapis)
garam sedikit
gula melaka yg dipotong kecil
kelapa parut muda digaul sedikit garam

Cara:
1. Uli tepung dgn jus pandan sampai jadi doh. Jangan lembik sgt. Asal boleh bulat2 jek. Aku siap tambah pewarna hijau sbb tak cukup hijau jus pandan aku..hehe
2. Bulat2kan dan masukkan gula melaka dlm doh dan bulatkan semula..
3. Panaskan air dgn api sederhana dan masukkan buah melaka. bile dah masak buah melaka akan timbul. Angkat dan golekkan dalam kelapa parut.. Siap.

Lebih kelapa parut yang aku beli tu aku buat kelapa inti dgn gula merah tu... Plan nak buat kuih koci tapi haram nak mencari daun pisang.. Maknanya lambat lagilah projek koci aku tu..hehe

daaaaaaa

p/s: Rasa cam nak buat kuih bom.. best gakkan?

3 Magic Words:

Qhaifa Nur said...

last buah buah melaka masa posa ari 2..
udang blackpepper sedap juga....

nuyui a.k.a miss YUI said...

wah2..sedapnya..nsb dh knyg ni..huhu..

ieda said...

dua2 menu pilihan akak .. punnn suke makan .. masak x pernh layie ekkeke

memang kena cuba lah lepas nie kan .. rajin adik masak :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...