Friday, December 30, 2011

It's time to...................

ENJOYYYYYYSSSSSSSSSSS!



p/s:harini cuti sampai isnin..Nak rambu ramba bawa Kasyah gi zoo..... Daaaaaaa....

Thursday, December 29, 2011

Imam muda Kasyah

Amin..kalau betul Kasyah jadi imam muda..hehe.. Sebenarnya saja je nak tayang gambar Kasyah pakai kopiah papa masa kat dalam kete on the way nak pergi pasar malam. Kopiah tu memang ada dalam kete sbb suami ku guna pergi solat Jumaat. Kasyah ni kalau dipakaikan apa je kat kepala mesti nak cabut tapi kalau kite puji cakap die hensem ke, lawa ke barulah die biarkan je sambil senyum2 bajet comel...hahaha.. Ikut perangai sapalah persan ni...hikhikhik

Comelnye anak mama ni.. Geram mama tau! Rasa nak peluk2 cium2 je tau.





itu saja..hehe

p/s: balik kampung haritu terserempak dgn imam muda Nazrul.. Dah namanya sekampung, haruslah terjumpekan...

Nak balik ke tak?

Dari pagi tadi dok fikir nak balik ke tak nak? nak balik ke tak nak? Kalau balik kena amik halfday so rugilah cuti aku tahun ni. Dari nak carry forward 6 hari tinggal 5 hari stgh je tapi kalau tak balik pulak mesti petang ni aku gerak lambat ke kampung sedangkan aku kena sampai awal. Haduilah..buntu aku.

Mula2 memang aku nak gerak balik kampung lepas keje. Maknanya cume balik rumah amik Kasyah kemas botol2 susu die, masak air panas gitu gini sikit and terus gerak. Tapi ada pulak benda lain nak kena buat yang akan menyebabkan perjalanan aku tergendala lebih kurang sejam. Kalau gitu dah tentulah paling cepat pon kul 7 baru masuk highway. Last2 nanti kul 10.30 malam baru sampai umah mak aku.. Huish tensen betul. Ada je benda nak buat plan aku tergendala tau. Nak kata aku ni berkira tak jugak sbb selama ni aku diam jek. Kalau bersuara pon sekali sekala jek. Tapi kalau dah selalu sgt and memang kebetulan aku ada hal memang hanginlah jadinya... Dah jadi tak ikhlas dah skrg ni.. (Aku tau korang mesti tak paham sbb memang aku tak boleh nak kasi korang paham..Korang buat2 paham jelah)

Jadi pilihannya sekarang, amik halfday, kemas2 segala dan cuma tunggu laki aku balik keje dan berdesup perginya... Boleh jimat masa disitu. Haih buntulah.. Menyampah pon ada....

p/s:nak balik ke tak?

Wednesday, December 28, 2011

Gila Cadar

Ntah apa yang merasuk diri aku sekarang ni, gile membeli cadar kooo... Semalam aku pergi ke J card member's day kat Jusco Cheras Selatan... Memang saje je nak pergi walaupun tak de plan nak shopping bagai. tapi biasalah kalo dah namanya wanita biasa, ofkos ler ada jek idea aku nak membeli.. Sudahnya aku sambar jugak beberapa helai bra. Bukannya dah lama tak beli tapi saja gatal nak gak beli. Lepas tu suami akupun tumpang sekaki.. Sibuk ngendeng aku mintak belikan baju.. Konon sale murah giler.. Baju tu RM24 je..Erm..yela malas nak cerita banyak belikan jugaklah..

Lepas dah bayar untuk baju dgn bra tu tetibe kepala otak aku leh teringat lak pasal cadar kat tingkat atas. Baju2 tu tingkat bawah.. Apalagi cargaslah aku naik ke atas dan terus membuat muka gembira excited sebab nampak cadar berlonggok2.. Gile over! Belek sana belek sini last2 aku sambar sampai 3 cadar.. Over tak? aku rasa aku over..hahahha. baru jek bulan 10 haritu aku beli 2 cadar. Ni beli lagi 3. Dah 5 dah cadar aku beli dlm masa 2 bulan.. haruslah aku stop pergi Jusco lepas ni...

Nasib baik lepas dapat cadar tu aku terus mendapat hidayah untuk stop shopping dan balik rumah untuk mengelakkan aku terjerumus lagi di lembah pembaziran yang tak berkesudahan itu..(ayat tak hengat).

Sebelum balik kenalah isi minyak dulu.. makanlah apalagi. Tadikan dah penat2 bershopping berhimpit dgn orang ramai, mesti banyak tenaga dah terbuang. So kite makan dulu untuk mengembalikan tenaga2 yang hilang tadi. Pilihanku adalah Mcdogol saja sbb aku dapat baucer RM10 drpd ex-bos aku...


Prosperity Burger dan Spicy Chicken Mcdeluxe... Prosperity die memang terbaik sbb kuah die meleleh2... kat tempat lain kedekut kuah...

Budak excited dapat keluar rumah.. gembira tak terkira die belari-larian...

Kasyah semalam makan roti burger mama dgn kentang saja sbb bubur die tak masak lagi... Kesian anak mama.. huhuhu

Cadar2 yang aku rembat semalam.. Murah2 je sbb mostly ada 70% diskaun and yang cekelat tu 80% diskaun.. Syok woooo.... Yang merah ala2 chinese new year tu sebenarnya saiz king tapi aku beli jugak sbb berkenan dgn warna merah 'metau' die tu.. Puas aku cari yang queen kalo ada merah gitu tp nan hado jah.. Beli gak saiz king dgn harapan nnti aku rajin modified je....heheh

Untuk membuktikan yang aku gila cadar, haruslah balik tu jugak aku tukar kepada yang baru... Gilelah aku.. Terserlah keoverannya..hahaha. Comel tak? Saje amik gambar bunny pink ni nak amik mood gedik2 romantik...hikhikhik... Kasyah pon excited sbb diepun sibuk nak naik atas katil baring atas cadar baru....gila ah!.. Gedik abis!

p/s: Masih ada beberapa barang yang aku nak beli tak dapat lagi tapi duit dah makin menyusut ni..adoyaiii..

Lagi-lagi makan

Semalam citer makan, harini pon citer makan jugak.. Dah kitekan makan hari2.. Betul tak? Murah rezeki aku. 2 hari ade orang belanja lunch. Semalam makan western harini kite makan Japanese food pulak. Pilihannya, tentulah Kirishima sbb dekat boleh jalan kaki jek.

Menu pilihan aku hari ini, Udon, Soba and Sushi set Rm28. Saje jek aik set ni sbb set ni takde nasi. Kalo makan nasi kang kenyang sangat pulak. Makan ni pun dah super kenyang dah aku. Thank pada education caunselor kat opis aku ni sbb belanja makan.. Ala2 bonenkai la ni.. Insyallah tahun baru nanti bos pulak nak belajan shinnenkai.. huhuhu makan free lagi...

p/s: Esok sapa pulak nak belanja aku? Boleh emel aku ye..hahaha

Tuesday, December 27, 2011

Makan lagi..

Ini entry tak bergambar sbb segan nak amik..Cerita jelah eh. Tadi bos belanja aku makan. Syok woo sbb last bos belanja makan bulan 7 sebelum pose sbb bos lama aku balik.. Sekarang ni bos baru so ni pestime bos baru belanja..

Mula2 plan nak makan kat Ben's KLCC tapi bile kami sampai sana tadi tengok orang beratur nak masuk Ben's. Takkan kami nak beratur gak sbb kitorang lunch sejam jek so tukar plan gi makan kat Dome. Aku amik spicy chicken and mushroom pasta.. Boleh tahan sedap. Ada rasa carbonara sikit sbb kuah die creamy.. Eh, sedaplah. Kawan aku amik bolognise tapi kurang mengancam. Bos aku pulak makan nasi lemak. Die adalah seorang orang Jepun yang suka makan pedas... Haha jarang orang jepun suka pedas ni..

Sekarang ni mata dah ngantuk sbb perut dah kenyang. Petang ni nak gi Jusco Balakong sbb hari ni ada J card menber's day.. Saje nak menjengahwalopon takde plan nak beli pape tapi mungkin nak cari baju utk Kasyah and cadar untuk aku..hihihi..

Okaylah..mau sambung melayan ngantuk..hihihi daaaaa

Mochi sweet

Korang pernah dengar tak kuih mochi ni? Bukan kuih koci tau tapi mochi. Hah mochi ni kuih Jepun. Tekstur kulit die memang lembik cam kuih koci. pastu dalam die ada inci macam2 jenis perasa. Ala lebih kurang koci jugaklah ye dak sbb lembik dan ada inti. Aku selalu gaklah makan sebab selalu je tetamu2 yang datang ofis aku bawa mochi ni as a gift.

Last week one of my colleague bagi mochi ni as a gift pada semua local stuffs. Buatan malaysia je tapi beli dari cafe jepun lah.

Inilah rupa mochinya. Cantikkan? Warna pink lagi. mochi agak besar dan kenyang jugaklah lepas makan sebiji ni.. Sedap pon sedap..

Ini inti dalam mochi ni. Atas sekali tu krim strawberi, bawahnya kek, pastu asa sebiji strawberi dan bawah sekali red bean paste. Em sedap tau. Krim tu dah rasa cam aiskrim dah sume die talah sejuk.. Best!

Cer korang try gi kedai Jepun dan rasa mochi ni.. Sedap bagi aku tapi mungkin tak sedap bagi korang.. Selera kite lain2.. hehe

daaaaa....

p/s:pagi2 dah citer pasal makan... tak senonoh.

Saturday, December 24, 2011

Jom balik kampung..

Rugi..rugi..patutnya malam tadi dah boleh sampai kampung dan harini da boleh bersantai2 di rumah mak tapi nampaknya aku bersantai2 kat rumah ku sendiri... Huhuhu bosan tau. Terpaksa menunggu suamiku habis kelas petang ni dan barulah gerak balik ke kampung. Dah rugi satu hari satu malam di situ..

Esok pulak majlis kawen sepupu aku. Rumahnya tak jauh sebab pakcik aku dok sefelda dgn aku. So esok memang menyibukkan diri kat kenduri kawen yolah.. Tapi rasanya aku sibuk melayan kasyah ler apa lagi... Harapan lah aku menolong sangat. Tolong tengok jelah jawabnya..

Takde apa nak cerita selain dok menunggu nak balik kampung je... lain2 kalilah sambung ye...daaaaa...

p/s: Nak shopping!

Friday, December 23, 2011

Sejuk perut ibu mengandung

Tajuk nak gempak...hihihi.. Saje je nak kongsi gambar Kasyah. Gambar amik malam tadi masa solat maghrib. Kasyah ni memang suka sgt mengacau papa die nak solat. Die akan dok atas sejadah kat depan papa die. so selalunya kalo aku ada memang aku akan bawa die lari and ajak tengok tv. Tapi malam tadi die memang mengada tak nak ikut aku tapi nak gak solat sekali.. Last2 aku bentang sejadah lain sebelah sejadah papanya so die pon followlah terbongkok2 solat gak..hahah sweet giler...

Baru je papa bentang sejadah ni terus Kasyah bongkok sujud..hahaha kelakar aku tengok die.. Kebetulan phone kat tgn, teruslah snap2 aksi die ni..

Tengoklah tu. Soh beralih pon tak nak...

Last2 mama bentang sejadah lain..tapi die taknak sejadah tu nak sejadah purple tu gak.. So papalag guna sejdah hijau tu...Sekarang die tgh rukuk... Papa die solat kat sebelah, die follow je sume..

Siap aku pakaikan kopiah yang atuk cik die bagi bawa dari Mekah.. Comel sgt anak mama... Alhamdulillah Kasyah dah tunjuk ciri2 nak jadi budak baik.. Insyaallah besar nanti teruskan ye...nanti dah besar sikit boleh follow papa gi surau pulak... Amin..

Sekarang ni Kasyah suka sgt nyanyi alif ba ta. Balik sekolah je mesti nak tgk video nyanyi alif bata. Diepun dah pandai nyanyi sama sume biji butir tu takle betul pon...rentak je lebih kurang sama...hehe..

p/s: Tgk mama solat, die buat dek je.. tak kaco pon..agaknya sbb mama berselubung kot...

Thursday, December 22, 2011

Blank

Berkali-kali buka-tutup, buka-tutup page new post ni last2 blank tak tahu nak taip apa. Punyelah dalam kereta nak pergi keje terfikir macam2 untuk ditulis. Siap ada susunan ayat lagi tapi bila sampai opis dan merenung skrin kosong depan mata, terus otak pon sama kosong...

Mana ntah perginye cerita hampir dilanggar pagi tadi? mana hilangnya citer pasal perangai sweet Kasyah di malam hari? Kemana ghaibnya bebelan panjang tak sudah2 dok benci nasib diri? Haish semuanya terbang... semuanya hilang!

Tu yang kadang2 berhari2 tanpa entry baru. Walaupun setiap hari juga blog ni disinggahi. Bukan takde cerita tapi macam tak tahu mana nak mula. Untuk aku sendiri kadang2 aku terfikir ada ke orang tertunggu2 entry aku? Kalau aku update orang baca ke? Sampai satu masa aku rasa macam syok sendiri pulak.. Suka2 update blog dan sorang2 juga yang suka2 baca. hahaha....

Well lagi seminggu dah nak habis tahun 2011. Pencapaian tahun ni taklah begitu membanggakan. Malah tahun ni tahun mencabar aku. Berhadapan dgn manusia2 hipokrit yang kononnya memahami tapi sebenarnya dialah duri... Ditindas hanya kerana aku wanita yang punya hak untuk cuti bersalin...tapi hak aku dinafikan.. Sedih nak cerita the whole story tapi itulah antara sebab kenapa aku asik sakit hati jek kat opis...so tahun ni turn out memang tak begitu memberansangkan...

Harapan aku moga tahun depan biarlah benda2 bodoh mcm tu tak terjadi lagi. Moga ada berita gembira untuk aku yang dah tentu menjadi kelebihan untuk anak aku. Orang kata setiap anak ada rezekinye tapi for Kasyah rezeki die memang lambat...Takpelah sabor je... Mana tahu ada yang seronok menanti aku tahun depan.. Siapa tahukan?

haha daripada tak tahu apa nak cerita dah pun jadi satu cerita. Jaaaaaaa....

p/s: Setiap yang berlaku ada hikmahnya.

Wishlist 2011..Berjaya ke?????

Ingat lagi tak aku ada share wish list untuk tahun 2011 tahun lepas? Tak ingat? Yelah dah setahun pun kan. Kalau nak tengok boleh klik sini. So harini aku nak update pencapaian aku untuk tahun ini. Berjaya ke aku dapatkan apa yang aku hajati? Meh kite cek satu persatu..

1. Yang pertamanya aku nak beli DSLR. Alhamdulillah aku berjaya mendapatkan sebiji DSLR pada bulan 4 yang lalu... Gigil gaklah nak beli tapi beli jugak... Dah kate wishlist.hehehe...

2. Yang keduanya pasal ASB. Konon nak duit tu cecah certain2 amount tp nan hado jelah. makin kurang lagi ada sebabnya aku dah pi gatal beli DSLR. Haruslah ada pengorbanan di situ. huhuhu.... Cuba lagi tahun ni. (tapi mcm takleh gak sebab sibuk nak berjalan)..

3. Aku nak pergi Bandung tapi bukan tahun ni. Insyaallah bulan empat tahun depan aku akan jejakkan kaki kat Bandung... Kire ini wishlist postpone punye..hehe. Tak kisahlah asalkan dapat gak pergi...

4. Lepas tu aku kononnye teringin nak beli designer handbag..Yang ni memang mungkin tidal sampai bile2... Daripada aku membazir bayar beribu utk hanbag yang lepas setahun aku boring, baiklah aku beli benda lain... Sofa ke, katil baru ke, set bilik tido Kasyah ke...betul tak?

5. Konon nak masuk kelas baking dgn sulam tapi nan hado jugak.. Mana aku nak campak si Kasyah kalo aku gi kelas tu? Dah tentu2lah takde yang boleh jaga die sbb laki ai dah sambung belajar...tunggu die habis belajar ler jawabnya...

6. Ipad? Tak kot. takde keperluan utk pakai Ipad. Kalau duit dah terlebih2 barulah boleh beli.. Itupun entah tahun bile sbb asik tak cukup duit adalah..huhu

Jadi kesimpulan yang boleh aku buat, dalam 6 yang aku wishkan cume DSLR je yang berjaya aku dptkn. Yang lain nan hado... bandung pulak postpone tahun depan..hihihi...

p/s:bilalah gaji aku nak sama besar cam Najib?????

Tuesday, December 20, 2011

Udang goreng mentega aka butter prawn

Dah lama ngidam nak makan butter prawn ni.. tapikan setiap kali pergi makan mana2 yang ada menu udang ni mesti aku tak amik. sama ada takut tak sedap ataupun masa tu nak makan benda lain, takpun memang terlupa... So weekend haritu dalam keadaan badan masih lemah2 ku gagahkan jua diri ini dok memerap kat dapur untuk masak butter prawn ni. Sebelum tu memang dah survey2 tengok kat internet sume resepi dan cara2 nak masak udang ni. Ada yang aku faham, ada yang aku confuse. So aku buat ikut cara yang pernah aku tengok dalam rancangan masak kat tv dulu.

Hasilnye dari segi rasa memang sedap sangat weh. Cume rupa paras telur tu takdela berjalur sangat. Bolehlahkan dah kate first attempt. Petang tu suamiku balik kelas terus makan nasi. Tetiba jek die tanya

"udang ni masak apa? sedapnyer,"

Teruslah sang bini yang mendengar ni kembang kempis hidungnye dek kerana dipuji begitu tanpa perlu disuruh2 mahupun dipaksa untuk cakap sedap...huahuahuha. Even mak dengan abang akupun terkedu dan terkesima merasa udang mentega yang tak pernah umat mak aku jumpe sebelum ni...hahaha..Sedap okeh!


Udang goreng mentega/ Butter prawn

bahan-bahan
300gm udang
2 biji bawang putih (cincang)
cili padi (hiris)
daun kari
1 biji telur (pukul sedikit)
50gm mentega
garam

cara2
1. Cairkan mentega dalam kuali dan gorengkan udang. Setelah masak, angkat dan ketepikan dahulu.
2. Menggunakan mentega yang sama (tambah minyak jika tak cukup mentega tadi), tuang telur dan kacau menggunakan belakang senduk hingga masak. Telur akan menjadi seperti floss.
3. Masukkan bawang putih, cili dan daun kari. Kacau sebati.
4. Masukkan udang dan perasakan dengan garam. selalunya mentega dah masin so garam tak perlu byk sgt. Angkat dan siap untuk di ngap.

Selamat mencuba!

Kek Besday untuk Mak

Hello semua... haih, lamanya tak hapdet blog. Bile nak mula balik rasa lain pulak... Biasalah status blogger sendu yang disandang memang buat kite jadi malas gini..hihihi... Agak lama jugak aku demam haritu. Khamis malam tu aku makan ubat dan terus berselubung tp pagi Jumaat tu demam balik... Petang ok dah tapi pagi sabtu tu demam balik...tghari okay pastu petang tu demam balik...gitulah ulang2 sampai ahad malam...hadouilah..terganngu perjalanan aku tau.. Kesian aku.. tapi dalam demam2 pon sempat gak aku pergi ikut rombongan kawen sepupu aku haritu.. Insyaallah majlis rumah pakcik aku hari ahad ni...

Ingat tak aku bagitau minggu lepas besday mak aku? Petang tu balik keje terus singgah kedai kek beli kek kecik untuk mak. Kedai kek tak jauh pun. Bawah rumah je.. Jadilah. Itupun aku tau mak aku dah rasa best sgt dah tu walupun die bukan makan sangat kek tu.. Cuit2 je..

Inilah keknye.. Kek strawbery.. Comel jek...rugi pulak anak2 sedara aku takde sbb diorg tu memang hantu kek...

Mak aku potong kek. Kena paksa posing dgn aku.. Terus die masuk bilik siap2 pakai tudung sbb die tahu aku nak pedajalkan gambo die untuk tontonan umum..hihihihi....

Itu jelah serba sedikit cerita sambutan kecil besday mak aku...

Friday, December 16, 2011

Berehat di rumah

Rentetan daripada entry semalam, yang aku dok sibuk sejuk tu, petang tu aku demam. Demam masa kat opis lagi. So balik semalam terpaksa drive dalam keadaan menggigil kedemaman.. Mencabar sungguh. Kebetulan pulak ada kete b##i yang hampir melanggar aku and aku terpaksa brek emergency... Hadoila memang hangin betul... Alhamdulillah sampai gak aku kat rumah..

Kat rumah aku terus berselimut dan makan ubat. Kurang sikit panas badan aku tp harini tak pergi keje sbb pagi tadi demam lagi...huhuhu... Tapi skrg ni dah start berpelun. Hopefully terus eloklah ye... Tak bestlah demam2 ni...

Okaylah malas nak membebel lagi.. kepala berat nak ngadap laptop lelama...daaaaaaaaaaaa

p/s:Nak makan popcorn GSC..sedap!

Thursday, December 15, 2011

Aletotoit..

Aletotoit.... Sebenarnya aku nak cakap alamak. Saje guna perkataan aletotoit ni sbb baca dlm paper, Saiful Apek buat lagu baru tajuk Aletotoit. Aletotoit ni maksudnya 'alamak'. Okay aku bukannya nak bercerita pasal lagu baru Apek ataupun maksud sebenar Aletotoit ni. Tapi aku nak bagitau aku sejukkkkk...

Alamak, tetiba jek sejuk sejik ni (sejik?mana ko dapat daaa?) Lepas jek aku post entry bosan tadi, tetiba badan aku rasa sejuk yang amat. Ye memang aircond kat opis aku ni sejuk tapi selalunye sejak ala-ala je. Masih mampu untuk aku menahannya. Yang skrg ni memang dah rasa mcm dok kat snowworld Genting dah. Sejuk bangat sih! Haish aku ni nak demam ke? Janganlah sbb rasanya baru jek aku demam bulan 9 haritu kot.Lagipun MC aku tinggal sehari jek. Takmo habiskan..huhuhu..

Apa aku nak buat nak hilangkan sejuk ni? Tadi aku gi amik air panas isi dalam botol. Pastu aku pegang jek botol tu sbb nak panaskan tangan. Ni air pon dah sejuk so aku masukkan tgn dlm baju pulak sbb badan aku panas.. Kat meja aku ni bolehlah aku sorok2 masuk tgn dlm baju tp kalau ada org lain dtg or lalu meja aku takkan nak biarkan tgn tu dlm baju pulak...haduila...

Tolong! Tolong!.. Aku sejuk ni....

p/s: Aku takde sweater....

Aku dah bosan...

Aku dah bosan! Aku dah bosan! Aku dah bosannnnnnn.....!
(Nyanyi sambil angguk-angguk kepala macam amy Search)


Pagi tadi masa on the way pergi keje, menempuh jalan jem macam biasa, terbit rasa bosan dalam hati aku. Tengok kereta berderet sambil gerak tersengguk-sengguk buat aku rasa macam menyampah pulak. Korang bayangkanlah, aku ni dok Putrajaya tapi keje kat tgh KL. Jarak dari rumah ke opis lebih 30km tau. Mujurlah skrg ni cuti sekolah, so jarak aku tempuh jem sikit jek tapi bulan depan bile dah start sesi sekolah balik, camne? Boleh dikatakan, separuh perjalanan aku dalam jem je tau. Bosan weh! Selagi aku keje kat sini, selagi tulah aku kena bawa kete dalam jem. perjalanan 40 minit dah jadi satu jam 15 minit.

Mulalah terfikir nak berhenti keje balik kampung. Dok Segamat lagi best. Kalau kat Segamat tu jem kat bandar je. Boleh bermalas-malasan pagi2 kat rumah sblm pergi keje. Seronoknya... nasib baiklah kat segamat tu tak byk peluang keje utk aku. kalau tak memang aku rela dok segamat je. Memang kat segamat takde panggung wayang tapi kat kl yang berlambak panggung ni pun aku tak pergi tgk wayang. So ape ade hal. Tunggu je download version.

Arghhhh..Aku dah bosan menempuh jem. Aku dah bosan terkejar2 dan tergesa2. Aku nak rileks. Aku nak santai...Aku nak balik kampungggggg..........

Wednesday, December 14, 2011

Fuh, ada gak akhirnya..

Wahhh, lambat betul aku bersiaran hari ni.. Pagi2 dtg keje sampai ofis pon awal, ingat nak ler update sebarang due entry. Tup tup bile on komputer, takde line internet. Hangin jek aku. Tak memasal aku terpaksa main solitaire dgn freecell sampai kul 2 tadi. Sengal tau!

Saje jelah aku letak gambar masa Facon Education fair weekend aritu. Malas nak cerita lelebih sbb bendanya sama jek tetiap tahun. Tapi kalau korang pergi fair ni, masuk2 jek memang terus nampak booth aku.. Ah tak suke!



Tetiba terselit gambar minah perasan student ni..hahaha

Okaylah, tibe2 tepu pulak otak aku nak update macam2 citer. Sambung lain kali jelah ek. Daaaaaaaa....

p/s:sakit kepala mengadap solitaire...

Tuesday, December 13, 2011

Ayam Goreng Berempah

Hari ni aku nak share resepi ayam goreng berempah yang aku buat untuk makan dengan nasi lemak. Aku perap ayam ni semalaman. Memang meresap. Resepi aku ambil dari blog kak Madiha. Resepi asal namanya ayam goreng berempah wangi berserdak.. Aku malas nak taip pepanjang. Ayam goreng berempah sudah. hihihi. Biasalah bila dah cube resepi ni mestilah ada menderhaka sikit.. Sikit je tak banyak.. Saya c&p resepi dari blog kak madiha ye. Jangan marah.


Ayam Goreng Berempah Wangi & Berserdak
Resepi : MaDiHaA a.k.a Ratna

Bahan2
½ ekor ayam saiz besar
1 ½ sudu kecil garam
1 sudu besar penuh gula pasir
½ sudu kecil aji (optional)
Minyak masak secukupnya
Penapis gorengan berdawai halus

Bahan kisar kering (guna food processor/blender kering)
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 ½ ~ 2 inci halia ~ potong kecik2 (bergantung saiznya besar atau kecik.. kalau kecik letakla 2 inci)
1 ½ ~ 2 inci lengkuas ~ potong kecik2 (bergantung saiznya besar atau kecik)
3 ~ 4 batang serai ~ ambil bahagian pangkal saja lebih kurang 1 jengkal/6 inci.. bersihkan & potong2 1 inci (maknanya dptlah 6 potongan bg setiap batang serai (ini adalah untuk dapatkan serdak yg panjang2)
1 inci kunyit hidup (boleh ganti 1 sudu kecik serbuk kunyit)
1 sudu besar rempah ketumbar biji
½ sudu besar rempah jintan manis biji
½ sudu kecil rempah jintan putih biji

Cara2 menyediakan.

1. Ayam dipotong beberapa bahagian & cuci bersih & tos.

2. Bahan2 kisar di atas.. dikisar menggunakan food processor atau blender kering. Kalau guna blender kering, blend sikit2 ye sebab kalau masuk semua takut tak muat. Cara nak kisar tu.. tekan on & off dengan kadar yg sekejap je. Jangan biarkan on lama sangat baru nak off sebab kadang2 bahan2 dalam tu tak dapat turun & berputar sangat. So bila kita off tu.. sekali sekala kita keluarkan dari 'ibu blender' tu.. dan kita goncang2kan isi dalamnya supaya bahan2 dalam tu bercampur & dpt berpusing & hancur dengan elok. So lakukan beberapa kali macam tu ye. Alternatif lain kalau tak pandai nak guna pengisar kering untuk blend bawang.. boleh juga guna pengisar basah tapi jangan guna air terlalu byk sbb bahan perap ni lebih elok kita tak campur air sebab air yang keluar dari bawang pun dah memadai.

3. Perapkan ayam & semua bahan2 kisar & bahan2 perasa & gaul sebati. Perapkan selama 30 minit hingga satu jam.

4. Panaskan minyak & masukkan ayam satu persatu sekali dengan rempah yang dikisar tadi. Gunakan api yang sederhana. Sesekali rempah2 yang timbul dikacau2 sikit. Bahagian bawah ayam tu sekali sekala dikarih2 sikit supaya ia tak berkerak. Tapi jangan dibalikkan selagi ia belum garing. Biarkan garing di sebelah kemudian barulah dibalikkan. Bila dah garing bolehlah diangkat & toskan. Lepas tu.. gunakan penapis berjaring halus tadi & sauk/kaup kan serdak2 yang dah garing dalam kuali tadi & toskan juga. (kalau boleh tos dalam penapis lain ye). Sauk kesemua serdak sehingga habis dengan mengorek2 atau mengarih2 sikit dasar kuali.

5. Sambung menggoreng lagi ayam & masukkan semua rempah2 yang dikisar tadi untuk mendapatkan / menghasilkan serdak yang lebih banyak.

6. Hidangkan ayam di dalam pinggan hidangan & taburkan serdak yang telah ditoskan. Ayam Goreng Berempah Wangi & Berserdak ini sedap dihidang bersama nasi lemak, nasi putih atau nasi berperisa yang lain. Memang besttt!

Maveles...Sedap. Mak akupun kata sedap tapi agak kurang masin sikit masa aku buat ni.. Tak kesahlah sbb aku memang tak kuat masin pun..hehe

p/s: rasa cam nak buat kek batik tapi malas...

Selamat Panjang Umur Mak!

Happy Besday Mak!

Harini hari jadi mak kite. Kite suke sebab hari ni mak kite ade kat rumah kite. Seronoklah boleh sambut besday mak kite sama-sama. Selalunye kite just call dan wish saje. Hadiah? Belum decide nak bagi apa. Bawa gi jalan2 je kot. Tapi mungkin nak belikan kek kecik je untuk mak kite petang ni. Mak kite tak suke kek moden ni. Bahulu suke ler..hehe

Selamat hari jadi mak. Semoga mak terus sihat dan kuat. Semoga Allah panjangkan umur mak untuk tengok anak mak ni jadi orang yang berjaya. Akak nak jadi "Dr" so mak kena tengok akak dapat "dr" tu. Insyaallah. Sayang Mak!

Kite dan mak kite.. Sama tak muka kite?????

daaaaaaa...

p/s:takde ps :p

Monday, December 12, 2011

Nasi Lemak Ayam Goreng Berempah

Kembali lagi pada hari ini.. Baiklah hari ni akak nak tunjuk cara-cara macam mana nak masak... eh, eh ni apsal aku tetibe dah macam cefwan nak buat rancangan memasak pulak ni??? Konfius kejap. Hehe. Hari ni Isnin so kembali lagi bersiaran. Macam biasa hari senin memang aku muncul lambat sikit. Maklumler tuntuntan kerjaya.. Chewah!

Ingat tak last week aku kate nak masak nasi lemak? So hari sabtu tu memang aku buat ler nasi lemak. Kali ni spesel uols sbb aku siap buat ayam goreng berempah tau. Kelas kau mariaaa! Nasi lemak tu abang aku yang masak. Aku buat sambal dgn ayam goreng berempah tu. Buat agak banyak jugaklah. Kirenya memang pagi sampai malam duk pulun nasi lemak sesaja. Memang berkilo ler lemak aku naik hari tu..hihihi.. Tapi sedap ler makan nasi lemak sbb dah agak berkurun tak makan beria kan. Selalu tu cuit2 manja je..

The lauks... Nampak tak ayam tu? menggiurkan tak? abang dgn mak aku makan bertambah sbb sedap katanya..hihihi.. kembang kejap.. Yang kat atas tu gulai ikan aye yang aku masak malam sebelumnya. Saja je buat gulai nasi dagang tu tp nasi dagangnya takde. Makan dgn nasi putih je... Layan jugak..

Kali ni siap nasi sekali. Sambal tu memang pedas mengancam weh. Esoknya makan dgn lempeng. huh meleleh air hidung..hehehe..

Nasi lemak aku... Walaupun melantak tapi still kena kontrol jumlahnya.. Takut kalau seluar jeans aku ketat kang. Sapa nak jawab?Tapi kan ni nasi 1st round. Yang 2nd round punye tak kire lagi..hihihi..

Eh, korang nak ke resepi nasi lemak ni? Alah resepi biasa je. Sama macam orang lain masak jugak. Korang google resepi lain jelah ye... Yang ayam goreng tu nanti aku share resepinye.. tunggu mod rajin sampai..

p/s:bestnye harini.. balik rumah boleh terus makan sbb mak dah masak...hahaha.. i like!

Friday, December 9, 2011

Yeay..yeay..mak kite datang..

*Lompat-lompat sambil sambung jerit yeay yeay*..

Insyaallah petang ni mak aku datang rumah aku.. Sukenyer.. Mak datang dengan abang aku naik bas. Bukannya apa sbb hari ahad aku kena keje (education fair le tu) terpaksalah import mak kejap untuk jaga Kasyah. Biasalah tu, mestilah atok berkorban untuk cucu ye dak?

Since esok mak ada kat rumah bolehlah buat nasi lemak. Berkurun dah tak makan nasi lemak. Haruslah buat jugak esok.. Kalau jadi, aku publish ler. Kalau takde tu maknanya nan hado ler tu..hihihi..

p/s:kalau mak ada rumah aku sentiasa bersih walaupun pada hari biasa..hikhikhik

FACON Education Fair 2011

FACON Education fair kembali lagi.. Aktiviti wajib aku tetiap tahun sejak tahun 2008. Aku akan berada di sini hari ahad di booth Embassy of Japan.. Kalau korang pergi sini, tegur2lah aku.. Tapi biasanya aku malu nak layan..hahaha poyo!


Eh lupa nak bagitau, Education fair ni berlangsung kat PWTC dari jam 12 tgh hingga 6 ptg. Sabtu dan ahad 10-11 december. Tapi aku takde kat sana hari sabtu. Cume ada hari ahad je. Bergilir dgn kawan aku. Peringatan, kami cuma provide info tentang scholarship saja ye.. lain2 tadak.

p/s:tak tahu nak pergi bawa kete ke naik lrt jek.. Kalau nak naik lrt still kena bawa kete smpi sg. besi..huhuhu.. males!

Eh, kenapa ko ni?

Tadikan adalah sorang hamba Allah ni tegur aku kat FB chat. Die ni kawan sekolah aku dulu tapi bukan kawan sekelas pon cume setingkatan je. Die ni aku memanglah kenal tapi kitorang taklah rapat pon. Rasanya jarang sgt kitorang bercakap. Eh, kejap pernah ke aku borak dgn die hah? Apsal aku tak ingat? Pergh kan, gile langsung takde memori antara aku dgn die. nampak sgt kenal gitu2 jek.

Alkisahnya die tegurlah aku tanya aku kat mana skrg. Aku jawablah aku kat KL. Keje. Pastukan die boleh pulak tnya aku keje apa..pastu tanya laki aku keje apa. Keje kat mana. Pastu keje sebagai apa.. Terus aku jadi pelik. Eh, ko ni kenapa? Perlu ke aku bagitau semua detail kat ko? Dahla tu siap tanya rumah aku kat mana lagi. Kite bukannya kawan bertepuk tampor kat sekolah dulu. Aku dah rasa macam ko ni nak gi merompak rumah aku ke tanya detail bagai. Yang lagi best tu die boleh tanya ulang2 kali kalo aku tak jawab soalan die. Lagi sekali aku eh? Last2 die senyap jek sbb aku malas nak layan... Adoila. Kok ye pon mengambil berat, tanyalah khabar dulu.citer2 pasal kawan2 lama.. Ni tak terus serbu tanya detail orang. kalo ko tu kawan baik aku takpe jugak..huhuhu..

Aku tak berahsia dgn kawan2 aku aku kerja mana sebagai apa (walopun kuli jek). Tapi make sure yang ko tu memang kawan aku. Kalo setakat kawan sekolah yang ntah pernah ke berbual atau tak, toksahler menyibuk gitu gaya.. Seram pulak aku.. Dulu nak pandang pon tak tetiba skrg ni kemain ramah... Memang freak!

p/s: Aku layan jer sesapa nak chat dgn aku kat fb walopun dulu tak rapat tp biar berhemah boleh tak?

Air mata...

Air mataku menitis lagi...huhuhu.. Sedihnya..Hah, korang jangan nak spekulasi kata aku bergaduh dgn laki ke apa ye.. Aku nangis tgk episod Tentang Dhia semalam.. Kesian tau bapak Dhia mati pulak.. Sedih ai. Boleh pulak Dhia teringat kata2 bapak die sblm mati tu. Pastu mak die pulak takleh terima kenyataan nangis bagai... Huwarghh sudahnya aku pon join sekaki meleleh air mata. hahaha.. Over tau ko ni Anne. Asal citer sedih jek nangis.. Asal nangis jek citer sedih. Laki aku pun dah paham bebeno dah kalo tgk citer sedih jek mesti aku join sekaki. Die dah tak heran dah..hihihi

Haritu aku baca novel yang aku baru beli. Beria baca sbb nak tahu jugak ending die. Tibe2 jek ada part menyayat hati yang takleh terimalah die punye syahdu sayu tu. Akupun apa lagi cargaslah menangis teresak2 macam dalam novel tu.. Laki akupun mencelah kata aku over baca novel pon nangis.. Habes tu dah bini ko ada hati yang mudah terusik nak wat camne. Layankan jelah... Sudahnye malam tu mata aku bengkak dek kerana banyak menangis. Coii betullah novel tu. Asik sedih jek. Kesian aku..hahahah..

Tapi tak semua cerita boleh buat aku menangis. Hanya cerita yang aku menghayati je baru aku boleh feeling sekali.. kalau citer tu nan hado, aku buat bodo jek walaopun pelakon tu dah menangis sampai banjir tmpt tu...hehehe..

Korang nangis tak kalo tengok citer sedih?

daaaaaaaaa....

p/s: Sejak kejadian baca novel tu, mata aku tiap2 malam berair merah dan pedih.. Harus gi klinik juga esok ni..tak tahan pedih tetiap malam weh.

Thursday, December 8, 2011

Awesome 10sen

Tepat jam 00.01 malam tadi, rasanya ramai yang tercongok kat depan komputer sebab nak dapatkan tiket seposen AA kali ni. Ramai gak yang aku tgk post kat FB bengang asik kena masuk 'bilik menunggu' tak sudah-sudah. Untuk aku sendiri, this time memang tak teruja nak beli tiket macam sebelum ni.. Kenapa? Sebab tahun depan dah ada 2 destinasi aku akan pergi. Bandung dang Langkawi. Kalau nak tambah lagi satu tempat, for sure ujung taun aku pegang gelaran 'cik pokai'.

Lagipun aku selalunya plan untuk ke sesuatu tempat tu, 2 tahun sebelum lagi.haha. giler awal. Since tahun depan akan ke Bandung dan Langkawi, so aku dah plan tahun 2013 aku nak pergi Universal Studio Singapore dan juga Penang. 2-2 tempat ni tak memerlukan aku beli tiket flight. Bawa kete sudah. Cuma untuk tahun 2014 aku belum fikir nak pergi mana. Mungkin Ho Chi Minh atau mungkin juga Haatyai.. Eh, Haatyai bukan nak pergi tahun depan ke??? Itu plan tak dirancang. Plan redah je kalau jadi..hahaha...

So guys, korang dah plan ke nak ke mana? Pada yang nak beli tiket flight tu, jgn putus asa. Masa yang paling sesuai nak booking adalah sebelum subuh.. Hah cepat2 plan..hihihi

p/s:Tahun 2008 = Bukit Tinggi dan Genting Highland on April, Cameron Highland and Penang on August, Melaka on December.
Tahun 2009 = Genting Highland on June, Pulau Pangkor on August, Bali on December and Melaka on December.
Tahun 2010 = Kelantan on January, Langkawi on March and Gambang Resort on December.
Tahun 2011 = Sabah on September and Melaka on December.
(Melaka tu dah macam tempat wajib pergi hujung tahun daaa... Kalau jadi ujung thn ni nak gi Melaka lagi..hihihi)

Merenung di kejauhan.....

"Kanser anda berada di tahap 4,"

Bagai halilintar kata-kata itu menerjah telingaku. Hampir putus nafasku sebaik sahaja dikhabarkan berita itu. Ya Allah, besar sungguh ujianmu padaku. Aku masih muda. Aku masih mahu terus menghirup udara-Mu Ya Allah. Kenapa? Kenapa? Maafkan aku andai mempersoalkan takdirmu tapi aku hanya insan biasa yang tak punya apa. Ah, segala yang berlaku sudah ketentuan.

Aku merenung keluar jendela hospital yang telah menjadi rumah keduaku sejak aku disahkan menghidap kanser. Sudah 6 kali aku jalani kimoterapi dan kini hanya menunggu keputusan rawatan itu. Berhasilkah atau sia-sia? Memikirkan hari-hari mendatang buat hatiku remuk. Apa akan terjadi pada anakku itu? Kasihan dia Sejak dilahirkan hanya sebentar aku mampu membelai dan menjaganya. Selebihnya die terpaksa menumpang kasih ibu dan adik-adikku. Mujur masih ramai yang sudi membantuku menjaganya saat aku terlantar begini. Tapi andai takdir tuhan menjemputku pergi? Menitis lagi air mataku... Kesian anak mama...

Suami? Entah aku sendiri tak pasti di mana dan apa dia buat sekarang ini. Hampir 10 hari aku di sini, baru sekali die datang menziarahi. Datang seperti aku ni hanya kawan jauh yang tak perlu diperhati. Mujurlah mak sudi menemani aku tika ini. Teringat kata-katanya yang mempersoalkan kesakitanku ini. Katanya aku ni asik sakit saja dan sengaja nak masuk hospital. Luluh hatiku mendengarnya. Apa sakit ini aku yang minta? Andai diberi pilihan, akupun tak mahu. Namun takdir tuhan, tak mampu untuk aku mengelaknya. Bila difikirkan kembali aku dah tak peduli kalau die dah tak mahu ambil tahu tentang aku. Aku dah penat. Ada suami tapi macam tak wujud saja. Sudahlah sakit tapi suami pula buat tak kisah. Malang sungguh nasibku. Rasanya ,andai orang lain jatuh sakit, mungkin suaminyalah yang paling terluka dan sentiasa berada disampingnya. Tapi aku? Menitis lagi air mata ini...

Ya Allah, berikanlah aku kekuatan supaya aku mampu melawan kesakitan ini. Aku tak mahu mengalah kerana aku mahu terus bernafas dan melihat anakku membesar. Aku belum puas menjaganya dan dialah penghibur yang aku ada. Aku bermohon padamu, kurangkanlah sedikit kesakitan ku ini kerana sesungguhnya aku bagai tak berdaya untuk menanggungnya. Andai takdir untuk aku pergi jua, biarlah selepas apa yang aku hajati tercapai, segala masalahku terlerai. Aku tak mahu membebankan sesiapa lagi.

Terima kasih kepada semua yang berada disampingku di saat aku memerlukan sokongan dan dorongan. Semoga Allah membalas jasamu.

p/s:Luahan hati ini aku cipta sendiri. Cuba meletakkan diri aku ditempat die sekrang. Mungkin inilah apa yang dia rasa sekarang ni. Seseorang yang aku kenal sedang bertarung dgn kanser tahap 4 skrg. Semoga Allah melindunginya.

Helloooooo.......

Kejadian malam hari selasa yang lepas...Gelak aku tengok aksi si Kasyah masa ni. Die sibuk sangat nak bercakap dalam telefon. So akupun terus dial nombor tepon rumah mak aku.. Membebellah Kasyah berborak dgn tokmak dan atoknye. Kelakar dengar Kasyah beria berborak tapi sebutir haram aku tak faham apa die cakap. Tokmak dgn atok pon layankan jelah walaopun tak faham jugak.. Sekali dengar dah macam cakap Jerman dah..hahahaha....

Hello..atok buat ape...Adik dah makan dah... Agaknya itulah yang die cakap dgn atoknye. Asik2 sebut "tok". Suke atok die dengor.. Makin geramlah orang tua tu dgn cucu die ni..hihihi

Lepas habis je cakap dgn atok dan tokmak, die still xnak lepaskan tepon tu. Terpaksa aku cabut wayar tepon sbb die suke2 tekan nombor. Kang tercall sape2 kang, tak memasal bil melambung...

Lepas tu die layan berborak sorang kat tepon. Kejap2 kang die marah2.. Kejap2 kang die sengih... Siap aku tanya die tgh marah pekerja die ke? Konon2 die bos..hahaha

Walopon tgh cakap guna tepon rumah, handphone tetap tak lepas kooooo......

Boleh tahan lama jugak die bercakap ni.. Tak penat agaknye mulut die membebel je... Aku perasan skrg Kasyah memang kuat membebel. Apa aku sebut sume nak ikut.. Kalau aku bersin pon die ikut gak...huhuhu. takleh cakap bukan2 depan die.. Harus die follow jugak kang...

daaaaaaaaa....

p/s: Gelahat anak2 memang betul2 menghiburkan hati tapi kalau dtg perangai nakal die, rasa nak cubit2 jek si kecik tu..hilang sabar!

Wednesday, December 7, 2011

Wish list 2012

Disember datang lagi... Tak lama je lagi kite akan memasuki tahun baru 2012 pula. Kejap jek kan. Bertukar tahun maknanya bertukar umur pulak. Neves pulak bile ingat umur makin meningkat ni.. Macam selalu, tahun ni mestilah aku ada wishlist untuk tahun depan pulak. Ingat lagi tak wishlist aku tahun 2011? Hah kalau tak ingat boleh tgk sini
. So amacam dgn wish list tahun lepas aku? Ada yang aku dapat and ada juga yang tak. Yang tu nanti kite ceritalah ye. Sekarang ni fokus pada apa yang aku nak tahun depan..hihihi.. Ngada kan siap ada wishlist bagai.. Ada aku kesah?

1. Sebagai permulaannya aku nak beli bag macam ni. Actually aku nak bag jenama Sembonia yang berharga RM299 tapi dah puas cari gambar kat google tp haram ada. So cari option beg yang lebih kurang macam beg tu.
Ini beg LV tapi aku tak mungkin pakai beg ni kecuali orang bagi free. haha. Beg Sembonia tu, designnye lebih kurang macam ni. Warna pon sama. Cume beza kat tali tu lah dgn material beg.. Bolehlah korang bayangkan kan...Ternampak beg ni terus berkenan, tu yang nak beli tu. Nak beli tahun ni dah sengkek..huhuhu..aim tahun depan jelah..

2. Lepas tu aku nak beli mesin jahit.. Ye ye aku memang nak menjahit tapi bukan sibuk nak buat baju cuma terfikir betapa bagusnya ada mesin jahit ni. Senang aku nak jahit langsir (macam nak tukar langsir tetiap thn). Yelah skrg ni kalau nak jahit langsir je kena balik akmpung.. Susahlah aku kena pulun habiskan jahit dalam masa 2 hari. Kalau siap takpe tp kalu tak siap dah kena balik lagi...Leceh.. Beli mesin jahit sendiri kan senang..
Takdelah nak beli mesin jahit yang canggih manggih siap sulam tu.. Dapat yang basic pon jadilah.. Dok survey2 harga boleh tahan mahal gak... Harus bayar ansuran agaknya aku ni..hihihi

3. Nak beli perfume baru... Sekarang aku cuma pakai perfume GUCCI je. Perfume lain dah yilek. Aku tersangatlah nak beli perfume Victoria Secret Ver Sexy ni. Tak terlalu mahal compare to other brands tapi masalahnya cume ada satu je kedai VS ni kat Malaysia iaitu kat KLIA. Hah, memanglah rumah aku dgn KLIA tu agak dekat tapi butik VS ni kat dalam ruang flight departure/arrival (tak pasti yang mana satu) so takde maknanyelah ko nak datang sesuka hati gi beli kat kedai ni. No flight ticket no entry okay.. Huhuhu sedih!
Sapa nak tolong belikan?????? Sungguh punah harapan sbb aku selalu naik flight AA je...

4. nak pergi Bandung..yeayyyy... Ni wish list tahun ni tapi takpelah yang penting aku akan pergi tahun depan... Sukeeeee.. Haruslah aku borong apa yang perlu ku borong disana. Flight pada 1 April 2012...Tak sabar weh.
Tempat yang wajib ku singgah bile dah ke Bandung.. Pasar baru... Bawa Rp5 juta cukup tak???

5. nak beli jeans Levi's. Since aku akan ke Bandung maka aku akan pulun beli jeans ni kat sana saja...Sabarkan hati untuk tunggu sampai April baru beli jeans walaupun dah lama beno aku tak beli jeans baru... Sib baik dah kurus.. Dapat aku pakai balik jeans lama...
jeans ni cantikkan? Orang kata jeans kat sana murah. Tapi kalau takde yang berkenan aku beli jeans kat downtown pon boleh.

6. Last but not least.. Next year aku nak pergi Langkawi..yeayyyy lagi.. Kali ni takmo pergi naik flight sbb barang terhad. Aku nak gi naik kete je and nak borong sakan kat sana.. Insyaallah kalau jadi akan pergi ke sana ujung tahun. Kenapa ujung tahun? sbb nak tunggu bonus daaaa..hehehe.. Apa yang aku borong?



Semua barang yang diatas ni. Aku nak beli set pinggan Corelle, set periuk corningware dan set periuk vision. Huh sungguk mak mak sekali aku ni..hihihi.. Naluri wanita meningkat usia memang cam ni... Selain tu aku jugak nak beli kuali tefal. Bestlah kuali tefal ni sbb aku ada gak satu kat umah... Memang berbaloi.. This time nak beli grill pan pulak. Kalau larat aku nak hangkut set buffet sekali.. Wah gilernyer aku.. Macam lah larat nak angkut sume ni naik feri tau.. Takpe aku angkutlah abang dgn mak aku gi sana sekali.. Leh tolong angkat barang..hihihihi...

Hmm..setakat ni tu jelah yang aku nak beli..Entah dapat atau tak kenalah tunggu tahun depan punye ujung tahun pulak... Kalau tak dapat aku bawa ke tahun 2013.. Boleh? daaaaaaaaaa

p/s:Bonus thn ni kena bayar kad kredit.tak dapat enjoy..huhuhu sedih.

Tuesday, December 6, 2011

Whittakers

Saya suka coklat ni!!!!

Sape kat sini pernah makan coklat whittakers ni? Sila angguk kepala sebanyak lapanploh kali. Akukan baru je dapat merasa makan coklat whittakers ni sbb kawan aku belikan masa die pergi Langkawi. Sebelum ni haram aku tahu apekebende cekelat whittakers ni. Tapi sejak2 asyik dok join forum pasal pelancongan ni, barulah aku tahu ada coklat sedap nama whittakers. Teruslah teringin nak makan. Nasib baik kebetulan kawan aku memang nak gi Langkawi so dapar ler negecek die mintak belikan..

Ini ler rupa coklat whittakers tu. Masuk jek coklat ni dalam mulut terus cakap sedap weh sbb crunchy gitu. Banyak almondnya. Suruh suami aku rasa, diepun cakap sedap. Die lagilah hantu coklat. Kalau beli coklat cadbury bar besar tu, die sorang jek yang melantak. Aku cuit2 sikit je. Tapi yang whittakers ni memang best. Kurang manis dan kurang muak. Aku ni memang suka coklat berkacang sbb tak suka makan coklat kosong je. Masa kecik dulu lagi best. Langsung tak makan coklat tau. Dah besar je baru aku leh terima rasa coklat tu. So dek sebab coklat ni aku beli sikit jek kenalah berjimat. Siap catu tu kalau nak makan..hahaha..

Apsal nak kena catu2 pulak? Cekelat ni hanya ada kat Langkawi je ke? Eh, tak. Coklat ni ada gak kat KL tapi bukan kat bahagian coklat murah biasa tu. Coklat ni agak pricey sikit. kalau kat KL ni harga die RM 17.90 untuk satu bungkus Whittakers yang consist of 3 bars mcm dlm gambar ni. (Bar die kecik je. Lebih kurang besar 2 jari setengah je). Tapi kalau kat Langkawi, harganya cume RM5.90 saja.. Tapi kawan aku beli haritu RM6.90 sbb harga cuti sekolah...huhuhu... Tak kesahlah yang penting berganda2 murahnya drpd kat KL koooo.....Tu yang sayang nak habiskan cepat tu...hehehe...

Sape nak pergi Langkawi lagi? Aku nak kirim whittakers ni...

daaaaaa......

p/s: Tak suka aiskrim coklat.

Monday, December 5, 2011

Saya takkan makan hari ni kerana........

hari ini saya puasa daaaa.....Puasa hari ni sebab meneman sang suami yang mahu berpuasa sempena hari Asyura esok. So hari ini adalah hari Tasu'a maka harini dan esok insyallah aku akan puasa. Nak tahu kelebihan puasa pada 10 muharam ni boleh klik sini. Walaupun ini ajakan suami tapi bagus gak sbb sama2 dapat fadhilatnya..hehe

Cuma yang tak bestnye aku tak bangun sahur pun pagi tadi.. Dahla malam tadi pon aku tak makan malam.. Last makan pon petang kol 3.30. Akibatnya aku terasa agak kelaparan sekarang ni weh. Di tambah lagi dgn aktiviti "pembuangan" yang berlaku telah menguatkan lagi rasa lapar ini.huhu.

Takpelah, dugaan kecik je tu. Mana tau berat aku turun 2 kg hari ni (memang membohong).

p/s:Perut lapar, mata lak pedih dan merah, pastu ngantuk dan pening kepala.. memang cukup pakej hari ni...

Friday, December 2, 2011

Lucky number 3

Aku selalu rasa no 3 adalah my number...
Mungkin jugak boleh dikatakan my favourite number kot...
So today adalah lucky number 3 day...merujuk kepada ticker di bawah ni...


Amazing!

Today is the day

Not even an hour dah nak habis keje.. Okay dah start neves skrg.. Kenapa nak neves? Sbb hari inilah segala-galanya akan terungkai. Aku harap lepas ni perkara sama tak berulang lagi.. Apa yang tak sepatutnya berlaku, janganlah terjadi. Biarlah keadilan jadi milik semua... Mana2 yang layak tu, patut dapat pengiktirafan sepatutnya. Mana yang tak berkualiti tu, bolehlah di nyahkan saja..

Aku tak tahu betul atau tidak tindakan aku ni tapi aku dah tak mampu nak tunggu lagi.. Orang baik akan terus tertindas kalau aku tak bertindak. Bukan aku dengki. Bukan juga iri hati tapi ini tentang integriti. Wah, bermadah weh.

Semoga semua yang aku harapkan akan terjadi.

Thursday, December 1, 2011

Ombak Rindu

Hari ini 1hb Disember 2011, berakhirnya penantian kepada sesiapa yang menanti filem adaptasi novel Ombak Rindu. Akupun tunggu jugak tapi taklah seexcited macam orang lain. Bukan tak minat novel ni, malah aku rasa novel nilah novel paling touching yang aku pernah baca. Dah banyak novel lain yang aku baca tapi masih lagi novel Ombak Rindu bertakhta di hati.

Sebaik saja aku tahu novel ni akan difilemkan, terus aku jadi skeptikal. Bukannya apa takut jadi macam lagenda budak setan. Memanglah citer tu best tp tak sama macam novel. Tak rasa sgt feel macam baca novel tu dulu. So aku taknak the same thing happen bile tgk Ombak Rindu the movie ni. Lagipun pemilihan Maya Karin sebagai Izzah tak menepati citarasa aku. Aku tak nampak ciri2 Izzah dalam diri die.Tapi mungkin sebenarnya die mmg boleh bawa watak Izzah tu. Entah! Kenalah tengok movie ni dulu. Lagipun Maya ni mix blood and muka die sgt tak kampung mcm watak Izzah ni. So ituje dah buat aku rasa tak teruja dgn filem ni.

Luahan kecewa si penulis novel ni sendiri menguatkan lagi rasa yang citer ni tak macam novel..huhuhu.. So skrg ni ragu2 nak pergi tgk ke tak citer ni.. Tapi saya minat giler kat novel ombak rindu tu..huwarghhhh.

Korang nak tau tak, aku beli novel ni masa aku duduk kat JB dgn sepupu aku. Masa tu baru habis STPM and result pon tak keluar lagi. Beli kat stesen bas Larkin. Tak rugi membelinya sbb tersangatlah feeling membaca novel ni. Terasa seolah2 aku ni Izzah. Kejap2 sengih, kejap2 meleleh air mata.. Emosi sungguh. Lepas baca novel ni terus aku minat dgn Fauziah Ashari. So start dari itu akupun mulalah kumpul novel2 die.

Novel2 Fauziah Ashari mengikut turutan. Semua aku ada kecuali yang terbaru, Bisik-bisik Gelora tu. Yang tu baru nak gi beli. yang lain memang aku ada dan dah banyak kali baca.
Aku suka garapan Fauziah Ashari ni. Pandai die adun cerita. Ada suka, lawak, sedih, suspen, marah..semuanya cukup. Terbuai2 emosi membaca novel dia. Cerita die lebih realistik. Takdelah asik nak citer study kat obersi je... hehe..

Korang suka tak novel ombak rindu ni?

p/s:petang ni nak gi Alamanda beli bisik-bisik gelora..

Daging Salai masak lemak cili api

Rasanya inilah first time aku masak daging salai. Ate, tak pernah menyalai daging, bile le masa nak masaknye.. Inipun lebihan daging korban kat rumah mak aku yang aku suruh abang aku salaikan... Amiklah sikit bawa balik KL. So semalam berlangsunglah projek memasak daging salai ni.. Perghkan sikit punye sedap aku masak (gile perasan aku). Suami aku siap tambah nasi lagi dek kerana kesedapannya yang melampau (:p laki aku memang selalu makan nasi bertambah...huhuhuhu).

Daging salai ni memang disalai secara traditional guna kayu api dan asapnya...So bau asap tu memang melekat sampai kat tangan beb walaupun dah abis makan.. Tapi memang layan. Alkisahnya petang ni kami kena makan lagi lauk ni sbb tak abis smlm.. Hari ni suami aku tak bawa bekal tu yang ada lebih tu. Kalo die bawa bekal memang habislah jawabnya.


Daging Salai masak lemak cili api

Bahan2
200-300gm daging salai
cili api (ikut suka nak berapa banyak)
1/2 inci kunyit hidup (smlm pakai kunyit serbuk je)
1 biji kentang (potong wedges)
sedikit halia (kisar)
1 batang serai (ketuk)
200ml santan
1 keping asam gelugur
garam secukup rasa
daun kunyit disiat2

Cara2.
1. Tumbuk cili bersama kunyit. Halia ni aku letak sbb masak daging. Kalau ikan tak letakpon halia.
2. Masukkan santan dan bahan tumbuk kedalam periuk. Masak atas api dan sentiasa ditimbuk. Masukkan kentang juga.
3. Setelah kuah mendidih masukkan daging, daun kunyit, serai dan asam. Masak sehingga kentang empuk.
4. Perasakan dgn garam dan bolehlah dimakan. Nyum.Nyum

Tengok gambar ni memang rasa lapar lah... Semalam aku makan nasi sikit je sbb takut gemuk..huahuahua.. Sudahhnya tak puas makan. huhuhu...

p/s:tak suka pisang salai...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...